Assalamualaikum,
Saudara, kita mohon maaf kerana kita janjikan untuk terus menlis tentang kematian dan persediaan untuk mati, kerana selepas kematian akan berlaku hisaban - bagi orang Islam. Kematian bukanlah penamat kepada segala sesuatu, dalam keimanan orang Islam. gama-agama lain kebanyakan percaya bahawa setelah mati semua akan dibangkitkan semula dalam bentuk atau sifat yang lain. Tidak ada hisaban. Tidak ada siksaan, hanyalah kalau buruk dia ketika hidupnya, maka dia akan dijelmakan sebagai haiwan, Kalau baik idupnya maka dia dlam kesenangan. Kesemua versi alam selepas kematian itu tidak memberatkan bagi mereka yang tidak Islam.Sebenarnya kematian adalah penamat kepada persedian untuk mati, dan bermulalah balasan terhadap apa yang telah dilakukan semasa hidup mereka.
Saudara, dalam post yang terakhir kita telah lihat apakah peringatan Allah (a.w). Sekarang kita teliti pula apakah pesanan dan peringatan Rasulallah (s.a.w) kepada manusia, terutama kita yang Islam.
Sabda Rasulallah (s.a.w)
(-) Ingatkan mati
Diriwayatkan hadith dari Abi Hurairah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Aktharu zikra hadimil-lazzati ya’nil-mauta.’ (Yang bermaksud: Memperbanyakkanlah ingatkan yang merosak kenikmatan, yakni kematian.’ – Hadith ibnu Majah di dalam Kitab Zuhud (Hadith hasan sahih)
[Nota: Umat Islam yang iman itu dinasihatkan supaya sentiasa ingatkan kematian. Justeru itu, disuruh lihat (maksudnya, ingatkan kematian) kubur supaya memperingatkan kita bahawa kematian itu adalah suatu kemestian – ‘kullu nafsin zaikatul maut.’ – yang disebutkan di atas – Ayat 175: ali-Imran. Setiap nyawa akan mengalami kematian, begitulah firman Allah (a.w).]
(-) Siksaan kubur
Diriwayatkan hadith dari Hani, hamba merdeka Othman (ibni Khattab (r.a), khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin ke-2), berkata: ‘Adapun Othman ketika berhenti di atas kubur maka menangis dia sehingga membasahi tangisannya pada janggutnya, maka dikatakan kepadanya: ‘Disebut tentang syurga dan neraka maka tidak menangis engkau dan (akan tetapi) menangis engkau dengan ini (kubur)?’ Maka berkata Othman: ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Innal qabri awallu manzilin min manazilil akhirati fain naja minhu fama ba’dahu aisaru minhu wa-in lam yanju minhu fama ba’dahu asyaddu minhu.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya kubur adalah awalnya tempat dari beberapa tempat di akhirat, maka jika selamat seseorang darinya (maksudnya, selamat dari siksaan kubur) maka apa-apa selamat dari kuburnya lebih mudah darinya, dan jika tidak selamat darinya maka apa-apa sesudahnya lebih berat darinya.) – Hadith at-Termidzi di dalam Bab Zuhud, hadith hasan.
[Nota: Hadith ini menyebut tentng siksaan kubur dan siksaan selepas dibangkitkan kelak di ahirat. Alam kubur adalah fasa pertama akhirat. Kalau selamat dari siksaan dalam kubur bererti akan selamatlah di akhirat kelak. Sebaliknya, jika tersiksa dalam kubur maka siksaan akhirat jauh lebih berat lagi. Siksaan kubur ada petanda sama ada seseorang itu ahli syurga atu ahli neraka.]
(-) Orang iman yang utama
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Omar bahawasanya dia berkata: ‘Ada aku bersama-sama dengan Rasulallah (s.a.w) maka datang pada Rasulallah (s.a.w) seorang lelaki dari orang Ansar, maka memberi ‘salam’ dia atas Nabi (s.a.w), kemudian berkata: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w) siapakah orang mukmin yang lebih utama?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ahsanuhum khuluqan.’ (Yang bermaksud: Lebih baiknya budi pekertinya). Berkata (lelaki itu): ‘Maka siapakah orang mukmin yang pintar/cerdas/cerdik?’ Bersabda (Nabi): ‘Aktharuhum lil-mauti zikran, wa-ahsanuhum lima ba’dahu isti’dadan ulaikal-akyasu.’ (Yang bermaksud: Lebih banyak mereka ingatkan kepada kematian ingat dia, dan lebih baik dia pada sesuatu setelah mati persiapannya, mereka itulah orang yang pintar/cerdas/bijak.) – Hadith ibnu Majah di dalam Kitab Zuhud (hasan).
[Nota: Dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa orang Islam beriman yang terbaik di sisi Allah (a.w) itu adalah orang yang terbaik akhlaknya. Allah (a.w) memberitahu bahawa Rasulallah (s.a.w) diutus untuk mendemokan akhlak terbaik dan membentuk manusia yang mengikuti beliau tentang akhlak terabik. Rasulallah (s.a.w) menjelaskan bahawa orang Islam yang beriman yang cerdik atau pintar itu adalah orang yang memiliki dua ciri utama, iaitu orang yang memperbanyakkan ingatannya terhadap kematian (maka kerana itu dia sedar apa yang menunggunya setelah mati), dan kerana itu maka membuat memperbaiki segala tndak tanduknya ketika di duia dengan membuat sebanyak mungkin persiapan atau persedian atau menyediakan sebanyak mungkin bekalan ketika hidup supaya dia berjaya di akhirat, selamatkan dirinya dari siksaan akhirat dan mendapat kenikmatan tertinggi di akhirat, iaitu tahap syurga tertinggi, syurga Firdaus.
Syurga itu ada 100 peringkat, dan yang terkeatas sekali dimana akan ditempatkan para rasul, nabi, syuhada, yang paling takwa dalah syurga Firdaus. Selain itu, disebutkan ada syurga Naim, syurga Adni dan sebagainya. Kekayaan seseorang ahli syurga itu diceritakan dalam al-Quran dan dalam as-Sunnah. Syurga yang paling terkebawah yang ke 100 diduduki oleh ahlinya yang diberikan oleh Allah (a.w) harta yang nilainya 10 kali dunia dan segala isinya. Rumah-rumahnya adalah berupa mahligai dan istana, yang mempunyai banyak bilik, dan setiap bilik itu didiami oleh seorang Hurul’ain. Rumah di bina dari intan berlian, permata dan emas, perak. Kebun dan ladang miliknya begitu luas sehinggakan untuk sempurna melawati kebun dan ladang tersebut memakan masa ribuan tahun. Hurun Ain itu adalah wanita yang menjadi isteri kepada penghuninya. Disebutkan bahawa mereka adalah wanita yang suci. Jika tudungnya dijatuhkan ke dalam dunia ini, maka cahayanya lebih terang benderang dari cahaya matahari. Mereka memakai kain sutera terhalus 7 lapis. Walaupun demikianpun boleh dilihat urat saraf dan saluran darahnya di betiskan!
Maka dengan itulah Allah (a.w) memberitahu kehidupan sebenarnya adalah kehidupan di akhirat. Segala sesuatu yang diidami manusia akan didapati. Malah penghuni syurga kehabisan idea apa yang mereka inginkan, maka Allah (a.w) memberitahu perkara-perkara lain dan diberikan.]
(-) Orang yang cerdik pada kacamata Islam
Diriwayatkan hadith dari Syadad b Ausin hadith dari Nabi (s.a.w) berkata: ‘A-kaisu man dana nafsihi wa-‘amila lima ba’dal-mauti wal-‘ajizu man atba’a nafsahu huaha wa-tamanna ‘alallahi.’ (Yang bermaksud: Orang yang pintar/cerdas/cerdik (di dunia) itu adalah orang yang mengoreksi (menyemak serta menilai semula) pada dirinya dan bermal dia untuk apa-apa (yang diinginya) setelah matinya, (sebaliknya) orang yang lalai/bodoh adalah orang yang mengikuti dirinya pada hawa nafsunya dan beriman (maksudnya, mengharapkan dia) atas Allah (a.w) menyelamatkannya dari nerka dan mengurniakan kepadanya syurga di akhirat.) – Hadith at-Termidzi di dalam Bab Sifat Kiamah, hadith hasan mengikut at-Termidzi.
[Nota: Rasulallah (s.a.w) memberitahu umatnya bahawa orang Islam yang beriman yang pintar dalam hidup adalah orang yang sentiasa bermuhasabah terhadap dirinya/hidupnya supaya dia melakukan kesalahan /dosa yang terminima dan melakukan semaksimum kebaikan ketika hidup demi kebajikan akhiratnya. Sebaliknya, orang yang bodoh itu adalah orang yang sentiasa dipandu oleh nafsu atau keinginannya – nakkan tempat, nama, harta, kesenangan, kemewahan, darjat, gelaran, sanjungan dll – yang merupakan matlamat hidup manusia ketika di dunia. Maka kesemua itu melalaikannya mengingati nikmat yang diperolehinya dan lupa bersyukur kepada manusia yang memberi dan kepada Allah (a.w) yang mengqadarkan untuknya segala sesuatu. Dia lupakan tanggung jawabnya sebagai manusia dan sebagai orang iman dan tentang akibta segala tindaktanduknya dan kesudahan yang akan ditemui di akhirat, ketika sudah mati.]
(-) Baik sangka terhadap Allah (a.w)
Diriwayatkan hadith dari Jabir berkata: ‘Aku mendengar Nabi (s.a.w) bersabda sebelum sebelum dimatikan tiga hari, dengan sabdanya: ‘La yamutanna ahadukum illa yuhsinu billahiz-zanna.’ (Yang bermaksud: Jangan mati sungguh salah seorang kalian kecuali dia memperbaiki dengan Allah (a.w) persangkaannya) – Hadith Muslim di dalam Kitab Sifat nikmatnya.
[Nota: Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa Allah (a.w) itu sentiasalah bersama dengan persangkaan hambaNya terhadaNya. Justeru itu sentiasalah berpersangkaan baik terhadap Allah (a.w), walaupun telah melakukan berbagai dosa dan kesalahan, kerana jika mengubah diri, pastilah Allah (a.w) mengampinui segala dosa dan kesalahan yang dipohonkan keampunan kepadaNya secara jujur, dan tidak mengulanginya lagi.].
(-) Apa yang ada setelah mati?
Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Yatba’ul-maiyita thalathatun fa-yarji’u-thnani wa-yabqa ma’ahu wahidatun: yatba’uhu ahluhu wa-maluhu wa-‘amaluhu, fa-yarji’u ahluhu wa-maluhu wa-yabqa ‘amaluhu.’ (Yang bermaksud: Mengikuti mayat tiga perkara dan kembali dua perkara (daripada tiga), dan menetap dengannya, maksudnya bersama-samanya satu perkara: mengikuti pada mayat ahlinya dan hartanya dan amalannya, maka kembali ahlinya dan hartanya, dan tetap dengannya ‘amalannya.) – Hadith Bukhari, Kitab Riqaq.
[Nota: Rasulallah (s.a.w) memberitahu umatnya bahawa ketika mati seorang Islam yang beriman, maka tiga yang mengirininya ke kubur; iaitu pertama, keluarganya; kedua, hartanya; dan ketiga, amalannya (maksudnya, segala sesuatu yang dicakapkan dan dikerjakan semasa hidupya – yang baik maupun yang buruk), kemudian setelah dikuburkan dia, maka dua daripada yang tiga akan kembali ke rumahnya, meninggalkannya d kubur, iaitu keluarganya dan hartanya. Keluarganya akan menjalani kehidupan seperti biasa setelah ketiadaannya, selain daripada ingatan yang baik atau buruk terhadapnya. Hartanya akan ditinggalkan dan diwarisi oleh keluarganya – berdasarkan pembahagian harta mengikut hukum faraid. Jika harta yang diagih-aguhkan itu disalahgunakan, maka dia juga mendapat dosa kerananya. Jika dibelanjakan demi fi sabilillah oleh keluarganya, dia menompang pahala dan jika dibelajakan dengan diniati oleh keluarganya untuk kebajikan diri simati, maka berguna untuknya hartanya yang tiggal. Segala amalan dan ibadahnya – termasuklah percakapan dan amalan yang buruk, maksudnya, yang berdosa kekal bersama-samanya di kubur. Jika uruk maka mendapat siksaan kubur pula dan jika baik, dia mampu menjawab dengan betul soalan malaikat yang menyoalnya di kubur, dan jika amalannya itu adalah amalan yang menjadikan dia ahli syurga, maka dia tidur rehat di dalam kuburnya yang menjadi salah satu dari taman-taman syurga.
Jelaslah, akibat daripada segala yang diturukan dan dikerjakan semasa di dunia mendapat ganjaran pahala atau dosa, dan balasannya diperoleh di dalam alam barzah lagi. Jika bai dunianya dalam onteks akhirat, maka selesa dan sejahteralah dia di dalam kuburnya, menunggu ganjaran syurga pula di akhirat.]
(-) Apa yang menguntungkan manusia?
Diriwayatkan hadith dari Abi Hurairah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iza mata-insanu inqata’a ‘anhu ‘amaluhu illa min thalathin: illa min sodaqatin jariatin au ‘ilmin untafa’u bihi au waladin solihin yad’u lahu.’ (Yang bermaksud: Ketika mati seorang insan putus darinya amalannya kecuali dari tiga perkara (yang tidak putus): kecuali dari sedekah jariah atau ilmu yang memanfaatkan olehnya atau anak-anak soleh/solehah yang berdo’a untuknya.) – Hadith Muslim dalam Kitab Hibah.
[Nota: Rasulallah (s.a.w) memberitahu manusia, terutama orang Islam yang beriman, setelah mati seorang itu, segala pahala yang termungkin baginya terputus, kecualilah tiga perlakuannya ketika hidupnya yang terus mendatangkan ganjaran pahala kepadanya; iaitu, pertama, wang yang dibelanjakannya dari harta, kekayaan dan rezkinya ketika hidup – amal jariah – yang terus mengalirkan pahala kepadanya sampai terjadinya kiamat; kedua, ilmu yang dimanfaatkannya untuk orang lain – mengajarkan ilmu atau mengilmukan orang lain atau membantu program/aktiviti pengilmuan kepada saudaranya sesama Islam – ilmu yang tiga iaitu al-Quran, as-Sunnah dan ilmu faraid – yang terus mengalirkan pahala selagi ada orang yang memanfaatkan ilmu yang diajarkannya atau dibantu olehnya dikembangkan; dan ketiga, doa anak-anaknya yang soleh dan solehah – anak-anaknya yang dididiknya enepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, yang mendoakan kejabikan baginya sema hidup mereka. Setelah mati anaknya, terpuutslah pula doa yang termungkin dari anak-anaknya. Yang lebih penting yang tidak terhenti manfaat akhirat kepadanya adalah ilmu yang dikembangkannya dan sedekah jariah – infaq harta – yang terus mengalirkan pahala selagi apa-apa yang diinfaqkannya kekal memanfaatkan umat Islam, spt pusat pengajian, masjid dan surau, dan sebagainya.
Justeru itulah, Allah (a.w) menyebut tentang infaq dan sedeka kerapkali dalam al-Quran kerana itulah jalan untuk mendapatkan ganjaran pahala yang banyak, yang tidak putus, dan boleh menempatkannya di dalam syurga yang tertinggi, syurga Firdaus.]
Diriwayatkan hadith dari Abi Hurarah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Inna mimma yalhaqul-mukminina min ‘amalihi wa-hasanatihi ba’da mautihi ‘ilman’aallamahu wa-nasyarahu wa-waladan solihan tarakahu wa-mushafan wa-rathahu au masjidan banahu au baitan li-ibnis-sabili banahu au nahran ajrahu au sodaqatan akhrajaha min malhi fi sihhatihi wa-hayatihi yalhaquhu min ba’di mautihi.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya sebahagian dari yang menyusuli seorang mukmin dari amalnya dan kebaikannya setelah matinya, ilmu yang mengajarkannya dan menyebarkannya (kepada dan untuk manfaat orang lain, terutama anak-anaknya) dan anak yang soleh yang meninggalkkanya warisan (untuk beramal soleh ketika hidupnya serta mendoakan kesejahteraanya) atau masjid yang dibinanya atau rumah untuk anak sabil yang dibinanya atau sungai yang megalirkan pahalanya atau sedekah yang megeluarkannya dari hartanya dalam (maksudnya, ketika) dia sihat dan hidup menyusuli perkara-perka itu dari sesudah matinya.) – Hadith ibnu Majah di dalam Kitab Mukaddimah (hadith hasan).
[Nota: Hadith ini juga menjelaskan dan memperinckan kemanfaatan yang sama bagi simati yang melakukannya semasa hidupnya. Pertama, ilmu – al-Quran, as-Sunnah dan faraid – yang disembark luaskan atau yang dikembangkannya; kedua, anakya yang soleh yang diwariskannya dengan didikan dan ilmu yang baik menjadi anak-anak yang soleh; ketiga, tempat ibadah yang dibinanya atau dibantu olehnya untuk binaannya; keempat, rumah sabilillah yang dibinanya atau dibantu membinanya demi kebajikan orang Islam yang beriman – sekolah/pusat ilmu, pusat jagaan anak-anak yatim, pusat pemulihan ibu-ibu tungga dan isteri terbiar, pusat jagaan anak-anak yatim; kelima ‘sungai yang mengalirkan air’ bermaksud membntu orang lain mendapatkan bekalan air untuk perusahaannya – pertanian dan perniagaan dan sebagainya – yang menghasilkan kebaikan baginya; sedekah dan infaq lain yang dikeluarkannya dari sebahagian hartanya ketika dia hidup. Kesemua ini mengalirkan pahala untuknya sampai kiamat dunia.]
(-) Doa meminta pertolongan Allah (a.w)
Diriwayatkan hadith dari Hisyam hadith dari bapanya hadith dari emak saudaranya: ‘Bahawasanya Nabi (s.a.w) ada berlindung (maksudnya, memohon perlindugan Allah (a.w)) (kemudian bersabda/membaca do’a): ‘Allahumma inni a’uzuika min fitnatn-nari wa-min fitnatin nar wa-min ‘azabln-nari; wa-a/uzubika min fitnatill-qabri, wa-a’uzubika min ‘azabil-qabri, wa-a’uzubika min fitnal-ghina w-a’uzubika min fitnal-faqri wa-a’uzubika min fitnatil masihi dajjal.’ (Yang bermaksud: (Setelah membaca Ta’awuz) berkata/berdoa: ‘Ya Allah ya tuhanku! Sesungguhnya aku memohon perlindunganMu dari fitnah neraka dan aku memohon perlindunganMu dari fitnah kubur dan aku memohon perlindunganMu dari ‘azab kubur dan aku memohon perlindunganMu dari fitnah kekayaan dan aku memohon perlindunganMu dari fitnah kefakiran dan aku memohon perlindunganMu dari fitnah masihi Dajjal.) – Hadith Bukhari dalam Kitab Do’a.
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) terlebih dahulu membaca Taawuz kemudian berdo’a. Ada beberapa perkara yang Rasuallah (s.a.w) memohon Allah (a.w) melindunginya dari bahaya. Pertama, fitnsh neraka; kedua, fitnah kubur; ketiga, azab kubur; keempat, azab neraka; kelima, fitnah kekayaan; keenam, fitnah kefakiran; dan akhirnya, keenam, fitnah Dajjal. ‘Fitnah’ maksudnya huruhara atau cubaan yang amat sukar bagi seorang itu mengatasinya. Fitnah sebelum terjadinya ketika benar-benar berdepan dengan apa yang diharap diselamatkan darinya – dari siksaan kubur, siksaan neraka, kerna ketika kaya, ketika faqir, sehingga menjadikan seseorang itu kufur dan terkeluar dari ketaatan terhadap Allah (a.w), dan menyimpang dari kebenaran. Hanya melalui ilmu seseorang itu tahu apakah ciri-ciri fitnah kubur, fitnah neraka itu. Apabila berdepan dengansituasi tersebut ketika masih bernyawa mampu menjaga diri dari terkena bahana fitnah tersebut dan dapat mengatasi fitnah tersebut, maka apabila berjaya menepis fitnah terebut, maka slamatlah dari siksaan kubur dan siksaan neraka itu ketika sudah mati kelak. Namun, setelah matipun seseorang itu memohon pertolongn Allah (a.w) supaya tindak tanduknya mengahadapi bahana fitnah itu terselamat. Fitnah itu datang brbagai bentuk dan situasi, ada yang berat untuk diatasi dan ada yang tidak disedari pula. Maka jika gagal mengatasi fitnah tersebut, maka terjebaklah setelah mati menghadapi siksaannya.
Fitnah kekayaan itu juga berat. Apabila diberi oleh Allah (a.w) nikmat yang banyak dari segi wang ringgit, harta benda dan kekayaan, kemewahan seringkali manusia itu lupa dan kufur nikmat, tidak ingatkan bahawa wajib baginya membelanjakan sebahagian kekayaannya demi agama Islam dan demi membela agama Allah (a.w) membela umat Islam terutama yang dhaif. Kekayaan menjadikan seseorang itu lupa daratn, menjadi sombong, bangga diri, bongkak dan kikir (kedekut), tidak mahu berpisah dengan sedikit kekayaan untuk fi sabilillah. Jika miskin dan fakir pula tetap wujud fitnah, kerana kefakiran boleh menjadikan manusia itu tidak bersyukur kepada Allah (a.w), kerana kemiskinan dan kefakiran juga satu cubaan. Dalam hadith disebutkan kefakiran boleh menjadikan seseorang yang beriman itu kufur, apabila dia mempersoalkan nasibnya kepada Allah (a.w) seolah-olah Allah (a.w) tidak menolongnya! Dalam sepotong hadith disebutkan bahawa yang paling keji di sisi Allah (a.w) adalah orang yang miskin tetapi sombong dan besar diri, tidak mahu menerima nasihat. Begitu juga. Allah (a.w) membenci orang kaya yang bakhil atau kedekut. Malah membazir pula. Maka dnga itulah Allah (a.w) mengingatkan manusia bahawa pembazir itu adalah sahabat syaitan!
Akhirnya, fitnah Dajjal. Ketika dunia hair kiamat Allah (a.w) akan hidupkan Dajjal yang 100% kafir mengajak manusia menjadi pengikutnya dan menyiksa manusia yang beriman. Dia akan menjelajah dunia, dan apabila menemui kubur orang Islam akan dibangkitkan dan dihidupkannya, kemudian diminta memilih ikuti dia atau menentang dia. Dajjal menjanjikan syurga atau neraka kepada orang iman yang ditemuinya. Kalau kekuatan iman orang iman itu rapuh mudah terpengaruh dengannya, tidak tahan dengan siksaannya. Syurga Dajjal adalah neraka Allah (a.w), dan neraka Dajjal adalah syurga Allah (a.w). Sesiapa yang terpengaruh dengan Dajjal, maka sudah pastilah dia dibangikitan di akhirat kelak sebagai ahli neraka, wal iya zubillah. Mngkin kita tidak menemui Dajjal ketika hidup, tapi akan menemui dia sebelum tibanya kiamat, jika ditakdirkan Dajjal temui kubur kita, digalinya dan disuruhnya pilih taatkan dia atau tidak. Tidak taat disiksanya, dan siksaan Dajjal itu amat berat dan tidak mudah dilamai dengan selamat, kecualilah iman kita mantap dan Allah (a.w) tolongi kita. Justru itulah para rasul dan para nabi dahulu memperingatkan umatnya yang beriman supaya memohon perlindungan Allah (a.w) dari fitnah Dajjal, kerana Dajjal itu boleh menghidupkan orang yang mati. Kuasa yang diberikan Allah (a.w) sebagai ujian kepada orang iman.]

Jaakallahu khairah