Saturday, February 1, 2014

Peringatan kepada diri sendiri - Islam dan kalimah 'Allah'

Assalamualaikum,
Saudara, sempena sambutan Hari Tahun Baru Cina - kelmarin dan hari ini, dan berlatar-belakangkan kontroversi menyelubungi kalimah 'Allah' yang golongan Kristian di Malaysia ingin gunakan dalam terbitan - buku, makalah, majallah daa apa juga alat komunikasi bertulis mahupun maya pihaknya, termasuklah mengekalkan penggunaan kalimat 'Allah' dalam Bible versi Bahasa Malaysianya - kita peringatkan diri sendiri dan memperingatkan tokoh-tokoh Melayu yang merupakan pemimpin politik dan agama, bahawa mereka wajib faham Islam sebenar-benarnya sebelum membuat sebarang pendirian dan ketetapan.
Saudara, peringatan dalam post ini amat penting kepada orang yang akui dirinya Islam, kerana sebarang tindaktanduk mereka menyentuh isu kalimah 'Allah' ini mempunyai ramifikasi dan implikasi atau kesan dan akibat yang amat buruk dalam akhiratnya. Mungkin orang yang agamanya tidak Islam memiliki versi berasingan tentang 'akhirat' - apa jua agama, termasuklah agama Kristian, namun yang benarnya adalah apa yang disebutkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) mengenai kehidupan akhirat tersebut. Kita sudahpun diberitahu oleh Allah (a.w) dalam Ayat 7: as-Syura bahawa apabila mati seorang anak Adam - apakah dia Islam atau tidak Islam - hanya dua tempat baginya, tiada pilihan lain, iaitu segolongan masuk neraka dan segolongan masuk syurga. Yang pasti Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran bahawa jika seorang itu kafir atau tidak beragama Islam, pasti tak dapat syurga tetapi pasti masuk neraka, segala kebaikan yang dikerjakannya di dunia tidak dapat menolongnya untuk melepaskan dirinya dari masuk neraka, wal iya zubillah! Justeru itu, ingatlah syurga hanya boleh didapati oleh seseorang yang agamanya adalah Islam. Jelasnya, jika seseorang itu tidak Islam, dia terlepas peluang untuk dapat syurga. Justeru itu, tidak ada gunanya bagi paderi dan pengikut agama Kristian jikapun mereka berhak' menggunakan kalimah 'Allah' merujuk kepada tuhan dalam al-Kitabnya! Ini bukan bererti bahawa mereka boleh atau dibolehkan menggunakan atau menamakan tuhan mereka dengan nama 'Allah'. Itu isu kedua.
Saudara, bagi orang yang beragama Islam, keIslaman sahaja memberi peluang untuk terselamat dari neraka dan kelayakan untuk mendapat syurga di akhirat kelak. tupun belum pasti. Justeru itu Islam tidak mempastikan seseorang yang Islam itu mendapat syurga! Syuraga hanya boleh didapati oleh orang Islam jika dia berjaya memenuhi ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 13: an-Nisa' - taatkan Allah (a.w) (bermaksud, ikuti dan patuhi ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (bermaksud, ikuti dan pathi ketetapan as-Sunnah) - itu sajakepastian untuk mendapat syurga di ahirat kelak. Ketaatan terhadap Allah (a.w) ini mengandungi pelagai ketaatan yang terperinci pula, termasuklah menerim segala sesuatu yang disebutkan dalam al-Quran daripada yang sebesar-besarnya hinggalah sekecil-kecilnya. Yang benar mengagungkan Allah (a.w) dan tidaklah mencemarkan keagungannya. Termasuk dalam pencemaran tersebut adalah menyentuh aqidah dan syariat. Menyamatarafkan agama Islam dengan agama selain Islam, termasuklah mengjhormati agama lain sebagai agama yang mirip tuntuan Islam, adalah suatu pencemaran aqidah, kerana Allah (a.w) menyuruh hambaNya (i.e. umat Islam) supaya mengakkan Islam mengatasi sebarang agama citaan manusia, termasuklah agama Kristian - Ayat 28: al-Fath.
Firman Allah (a.w): 'Dialah (Allah (a.w)) yang mengutus seorang RasulNya (yakni, Nabi Muhammad (s.a.w)) dengan (membawa) hidayah (yakni, petunjuk) dan agama yang haq (benar) (iaitu agama Islam) supaya dimenangkan/mengatasi kesemua agama; dan cukuplah/memadailah Allah (a.w) menjadi saksi mereka.' - Ayat 28: al-Fath.
Saudara, membenarkan penganjur, peneraju dan pengikut agama lain - atas alasan apapun - menggunakan kalimah 'Allah' bukan sahaja merendahkan keagungan Allah (a.w) tetapi juga suatu perbuatan yang sama sekali tidak wajar bagi orang yang akui dirinya Islam dan percaya dia bahawa, jika berjaya mendapat syurga di akhirat kelak, dia akan berteu dengan Allah (.w). Jelasnya, tidak semua yang akui dirinya Islam akan berjaya mendapat syurga!
Saudara, orang yang gagal mendapat syurga dijelaskan oleh Allah (a.w) pada Ayat 14: an-Nisa' - sesiapa yang menentang Allah (a.w) dan menentang Rasulallah (s.a.w) dan melanggar batasan-batasan keettaapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), pasti dimasukkan ke dalam neraka. 'Menentang' dalam firman Allah (a.w) merangkumi segala perbuatan yang dikerjakan dan kata-kata yang diluahkan yang sama sekali berlawanan dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, seperti menjatuhkan imej dan kedudukan Allah (a.w) dengan apa jua cara, menyama tarafkan Allah (a.w) dengan sifat-sifat yang secara jelas ditetpan oleh Allah (a.w) sendiri dalam al-Quran. 'Melanggar batasan-batasan' termasuklah melanggar ketetapan yang ditetapkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Termasuk dalam pelanggaran tersebut adalah menjatuhkan kewibaan Allah (a.w) sebagai tuhan yang esa, walhal orang Kristian ingin menjatuhkan imej Allah (a.w) dengan menyamakan Allah (a.w) dengan tuhan mereka yang dikatakan meranguki tuhan tga serangkai yang memasukkan Jesus (nama yang diberikan oleh Kristian kepada Isa (a.s)) sebagai the Son of God dan virgin Mary (nama yang dirujuk oleh pihak Kristian kepada Mariam, ibu kepada Nabi Isa (a.s).
Saudara, umat Islam diperingatkan dalam kehidupannya supaya berwaspada dan janganlah membinasakan diri kerana pertimbangan-pertimbangan dunia, apa juga motif dan mitvasi yang menyebabkan mereka bertindak menyimpang dari ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya - Ayat 7: al-Hasyr, iaitu
Firman Allah (a.w): ‘Dan apa-apa yang dibawakan oleh Rasul itu maka hendaklah kamu ambil (yakni, diamal dan diibadatkan) akandia dan apa-apa yang ditegah oleh Rasulallah (s.a.w) atas kamu sekelian dengan tegah-tegahan itu, hendaklah kamu jauhi (yakni, tinggalkan.’- Ayat 7: al-Haysr.
Dan, sabda Rasulallah (s.a.w) bahawa:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Ma amartukum bihi fakhuzuhu. Wama nahaitukum ‘anhu fantahu.' (Yang bermaksud: Apa-apa yang memerintahkan aku akan kamu dengannya (yakni, sesuatu perintah) maka kamu ambillah] - Hadith ibnu Majah, Bab Mengikuti Sunnah Rasulallah (s.a.w)
Dan, lihat juga hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa mentaati aku maka sungguh-sungguh dia mentaati Allah (a.w). Dan, barangsiapa engkar (atau, melanggar) perintahku, maka sesungguhnya dia derhaka kepada Allah (a.w) - Hadith Bukhari.
Saudara, kita diberitahu dan diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa seseorang yang Islam itu hanya mendapat syurga jikalah mereka menepati ketetapan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Setiap umatku masuk syurga, selain (yakni, kecuali) orang yang ‘enggan’. Mereka (yakni, para sahabat) bertanya: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Siapakah yang ‘enggan’ itu?’ ‘Rasulallah (s.a.w) menjawab: ‘Sesiapa yang mematuhi perintahku (yakni, ikuti as-Sunnah) masuk syurga, dan sesiapa yang melanggar perintahku, maka sesungguhnya orang itu ‘enggan’ (yakni, mereka yang ‘enggan’ itu adalah mereka yang tidak mematuhi perintah Rasulallah (s.a.w) tidak masuk syurga, yakni masuk neraka).’ - Hadith Bukhari.
Firman Allah (a.w): 'Man (-ai) yuti'irrasula faqad ata'allaha.' (Yang bermaksud: Barangsiapa taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti as-Sunnah) sungguh-sungguh mereka telah mentaati Allah (a.w)) - Ayat 80: an-Nisa’. 
Saudara, dalam post yang lalu kita telahpun beritahu dan mengetahui beberapa hakikat yang amat fundamental. Apa dia? Pertama, 'Allah' yang Esa itu adalah tuhan semua manusia semenjak zaman Adam (a.s) dan Hawa (a.s) lagi, kerana manusia adalah keturuan dari mereka. Konsep 'al-Auwalun' digunakan seringkali dalam al-Quran merujuk kepada hakikat bahawa tuhan manusia itu semenjaz permulaan zaman adalah Allah (a.w). Tapi, bukanlah orang Kristian berhak menggunakan nama 'Allah' merujuk kepada tuhan mereka, kecualilah mereka masuk Islam dan akui bahawa 'Allah' itu tuhan yang Esa. Maka dengan itu, mereka yang Islam dan beriman itu dirujuk oleh Allah (a.w) dalam firmanNya berikut:
Firman Allah (a.w): 'Wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah (yakni, takutilah atau sembahlah dan perhambakanlah dirimu) kepada Allah (a.w) dengan sebenar-benar taqwa (persaan takut dalam perhambaan itu), dan janganlah kamu mati kecuali kamu mati sebagai seorang Islam (yang berpandukan as-Sunnah).’ - Ayat 102: ali-Imran.
Manakala, Allah (a.w) menuruk kepada manusia secara umum untuk memahami tugas mereka di dunia adalah:
Firman Allah (a.w): 'Wama khlaqtul jinna wal-insa illa li-ya’buduni.' (Yang bermaksud: Dan tidaklah Aku (Allah (a.w)) jadikan jinn dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri mereka (maksudnya, menyembah) kepadaKu) - Ayat 56: az-Zariat.
Manusia itu diiktiraf 'mengabdikan diri' atau 'menyembah' Allah (a.w) kita dia beragama Islam, kerana Allah (a.w) ridha hanya dengan agama ciptaanNya sendiri, iaitu Islam - Ayat 3: al-Maidah, Ayat 19: ali-Imran dll.
Saudara, dalam menangani isu penggunaan kalimah Allah ini, kita umat Islam yang beriman diperingatkan oleh Allah (a.w):
Firman Allah (a.w): 'Dan barangsiapa yang melanggar batasan-batasan (yakni, ketentuan dan ketetapan) RasulNya setelah nyata baginya petunjuk (yakni, ketetapan tersebut ada di dalam as-Sunnah atau telah diberitahu menerusi al-Hadith) dan dia mengikut jalan selain jalan orang yang beriman (yakni, orang yang patuh kepada al-Quran dan as-Sunnah), Kami (Allah (a.w)) palingkan (mereka ke arah yang mereka tujui, yakni terus tersesat) dan akan Kami (Allah (a.w)) bakar mereka dalam Neraka Jahannam, dan Neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali] - Ayat 115: an-Nisa’.
dan, peringatan Allah (a.w) berikut, bahawa:
Firman Allah (a.w): 'Dan tidak boleh bagi seseorang orang lelaki yang beriman dan seorang perempuan yang beriman, apabila memutuskan Allah (a.w) dan RasulNya sesuatu urusan atau perkara (mengenai Islam dan syariat Islam) bahawa ada bagi mereka memilih dari perkara mereka (i.e. mereka memilih dari urusan mereka (yakni, dia mengikut kehendaknya atau kata hatinya sendiri atau mereka memilih untuk mengikut ketetapan atau pandangan atau ajaran orang lain), (mereka itu menderhaka terhadap Allah (a.w) dan RasulNya) maka barangsiapa yang menderhaka kepada Allah (a.w) dan RasulNya (yakni, tidak akur dengan ketetapan Allah (a.w), yakni al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ketetapan as-Sunnah)) sesungguhnya dia telah sesat dalam kesesatan yang nyata (yakni, pasti masuk neraka).] - Ayat 36: al-Ahzab.
serta, diperingatkan pula oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadih berikut:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa rela atau ridha (yakni, bersetuju atau tidak membantah) melihat pemerintah atau pemimpin membuat sesuatu yang dimurkai Allah (a.) dia telah keluar dari agama Allah (a.w) (yakni, menjadi kafir).’- Hadith sahih al-Hakim.
Demikianlah, salah satu cabang kekufuran yang mengakibatkan mereka berfahaman sedemikian itu jatuh kafir , terkeluar dari Islam, masuk neraka, wal iya zubillah.
Saudara, kita yang Islam diperingatkan oleh Allah (a.w) dalam Surah al-Kauthar bahawa sesiapa yang mengingkari ketetapan Rasulallah (s.a.w) dan mengubah syariat agama Islam yang menjadikan syariat tersebut berbeza dari syariat yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w), tidak akan diberi peluang minum air Telaga al-Kauthar ketika berhimpun di padang mahsyar kelak dan pasti terkeluar dari Islam, atau diiktiraf sebagai umat Muhammad (asa.a.w), maksudnya terkleuar dari islam yang benar, walaupun luarannya dilihat oleh manusia sejagat atau dia sendiri menyangka yang dia kekal Islam, wal iya zubillah.
Diriwayatkan hadith darpada Ka’ab bin ‘Ujrah (r.a) berkata: ‘Keluar atasku Rasulallah (s.a.w) dan adapun aku orang yang kesembilan (dalam kumpulan itu), maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya akan ada kelak sesudahku (yakni, setelah wafat aku) beberapa amir/imam. Barangsiapa membenarkan dengan kedustaan (atau pendustaan) mereka (tentang Islam dan syariatnya) dan menolong mereka atas kezaliman mereka (yakni, pelanggaran al-Quran dan as-Sunnah), maka tiadalah mereka dari golonganku dan tiadalah aku dari golongan mereka dan tidak datang (yakni, mendekati) mereka ke telagaku (yakni, telaga al-Kauthar); dan barangsiapa tidak membenarkan mereka dengan kedustaan (atau pendustaan) mereka dan tidak menolong mereka atas kezaliman mereka (yakni, melanggar ketetapan al-Quran dan as-Sunnah), maka dia dari golonganku dan aku dari golongan mereka, dan dia akan datang ke telagaku (yakni, telaga al-Kauthar).’ [Hadith an-Nasa’i]
Kedua, Islam adalah agama untuk manusia, kerana untuk menepati pegabidan yang disebutkan/diperintahkan oleh Allah (a.w) pada Ayat 56: az-Zariat itu, manusia wajib anuti agama Allah (a.w), yakni agama Islam. Justeru itu, Islam adalah agama untuk semua manusia- tak kira bangsa, dan tak kira zaman mana dia dihidup. Islam membatalkan agama Allah (a.w) sebelumnya, iaitu agama yang dibawakan oleh Isa (a.s) yang panduannya adalah Kitab Injil (Ingat: Kitab Bible atau al-Kitab bukanlah Kitab Injil atau terjema'ah Kitab Injil), sebagaimana Kitab Injil membatalkan atau memansuhkan panduan agama nabi usa (a.s), Kitab Taurat, apakala Isa (a.s) diangkat menjadi Rasul dan kitab panduan yang ditetapkan Allah (a.w) zaman Isa (a.s) adalah Injil. Ketiga, juga kita telah faham melalui post sebeulm ini, bahawa al-Quran adalah kitab panduan hidup manusia semua bangsa dan semua zaman sehinggalah terjadinya kiamat. Justeru itu, tidak wajarlah nama 'Allah' itu diletakkan dalam kitab-kitab yang bukannya merujuk kepada al-Quran. Al-Quran itu adalah kitab yang diturunkan/dikarang sendiri oleh Allah (a.w) sebagai panduan manusia. Keempat, sehubungan itulah semua manusia diwajibkan menerima dan megakui Nabi Muhammad (sa.w) itu sebagai Rasul/Utusan Allah (a.w) kepada semua manusia - ta kira bangsa dan tak kira zaman mana mereka hidup - kerana Rasulallah (s.a.w) adalah Nabi/Rasul penamat dn Islam adalah agama untuk manusia di akhir zaman. Kerana itu, kalau orang Kristian ingin gunakan 'Allah' sebagai nama tuhan mereka, lebih baik, malah lebih rasional dan selamat, mereka masuk Islam sahaja - di akhirat mereka berjaya mendapat syurga. Alangkah baiknya ...
Saudara, pesanan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut, baik sebagai panduan meeka yang tidak Islam dan lebih-lebih lagi mereka yang akui diri mereka Islam, walhal jahil tentang Islam:
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Taraktu fikum amraini lantadillu ma tamasaktum bihima, wahia Kitabullahi wa-sunnati nabiyi.' (Yang bermaksud: ‘Aku tinggalkan kepada kamu sekelian dua perkara tidak akan sesat kamu sekelian selama-lamanya (maksudnya, mencari dan berada di atas ‘siratul mustaqim’, dan berjaya mendapat syurga, selamat dari neraka) selagi kamu sekelian berpegang dengan kedua-duanya, iaitu Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan Sunnah RasulNya (yakni, al-Hadith atau as-Sunnah)] - Hadith riyawat Imam Malik. al-Hakim dan Ibnu Abdil Barri.
Saudara, oleh itu berwaspadalah, janganlah kerana perttimbangan politik, sosial, kemasyarakatan dan demi arguments selainnya, membenarkan nama Allah (a.w) disalahgunakan oleh manusia. Yang menanggung akibat buruknya kita sendiri.

Jazakallahu khairah









No comments:

Post a Comment