Assalamualaikum,
Saudara, kita tambah sedikit lagi komen kita menegnai keinginan dan kecenderungan pemimpin dan para ralib dan paderi serta penganut agama Kristian di kalangan orang China dan India, serta kaum etnik Bumiputera di Sabah dan Sarawak, mahukan empat perkara: pertama, membenarkan terjemahan Kitab Bible mereka (yang berbahsa Inggeris), iaitu 'al-Kitab' yang digunapakai oleh masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak, supaya diedarkan dan digunakan di Semenanjung untuk openganut agama Kristian (dan munkgin untuk mereka yang ingin tahu apa yang terdapat dalamnya); kedua, membenarkan supaya sebarang rujukan orang Kristian kepada Tuhan mereka mereka gunakan kalimah/perkataan 'Allah', untuk menamakan tuhan tersebut; ketiga, membenarkan mereka menggunakan kalimah 'Allah' sedemikian itu untuk kesemua publications/terbitan mereka di Malaysia - diedarkan di Semanjung, Sabah dan Sarawak; dan keempat, supaya pendokong agama Kristian - Paderi dan Bishopnya - berdakwah mengembangkan agama Kristian kepada semua rakyat Malaysia - supaya rakyat Malaysia, yang bukan Islam faham agama Kristian dan yang Islam tahu ajaran agama mereka, walaupun mungkin mereka tidak mungkin anuti agama Kristian.
Saudara, hari ini keyakinan orang Melayu terhadap agamanya sendiri - agama Islam - semakin luntur, semakin tipis dan semakin jahil terhadap Islam. Kenapa? Para ilmuan Islam sama ada yang bertugas dalam jabatan dan organisasi kerajaan (bertanggung-jawab tentang Islam) tidak berkesempatan atau tidak rela atau mahu menyempatkan masa mereka untuk berdakwah supaya memberi kefahaman serta memantapkan ilmu mereka tentang Islam. Ilmuwan Islam pula yang diluar kerajaan, tidak bersedia menyebarkan ilmu mengenai Islam, kecuali kalau membayar kepada mereka sejumlah wang yang mereka anggap munasabah kepada ketokohan dan keilmuan mereka. Kerana, mereka bergantung hidup kepada usaha menyebarkan ilmu melalui format program motivasi! Atau, mereka maisya mereka disandarkan kepada ilmu mereka tentang Islam! Kesudahannya? Semakin jahillah umat Islam tentang Islam. Semakin tidak yakin mereka tentang kehidupan akhirat. Tambahan pula mereka menjadikan idola hidup orang-orang kaya, tokoh korporat, atau mencontohi kerjaya pelakun filem, penyanyi, penceramah berkaliber, pakar motivasi dllnya, yang mewah hidup mereka. Mereka yang diberi kuasa mentadbir-uruskan agama Islam pula mengenalkan pelbagai sekatan dan hambatan kepada program bakwah sukarela dari kalangan orang yang berilmu yang inginkan simpanan/tabungan pahala akhirat tanpa mengutamakan wang ringgit dalam mengajar dan menyebarluaskan ilmu mengenai Islam. Mereka dihalangi, kerana? Mereka berdakwah tanpa Tauliah. Tidak dibenarkan sesiapa yang berilmu untuk berdakwah kecuali mendapat Tauliah dari pihak berkuasa agama. Tapi! Apabila mereka memohon ditauliahkan, ada yag sengaja dipersulitkan, digagalkan atau ditolak atau tidak diberikan! Kenapa? Kerana disyaki orang-orang tersebut menentang fahaman arus perdana, mengkritik mereka seperti menentang ketetapan yang menombor-satukan fahaman kemazhaban dan menombor-duakan as-Sunnah? Atau, mereka mengikuti mazhab selain Mazhab as-Syafie. Atau, mereka digam sebagai pengikut Islam versi yang berlainan dari ikutan/kumpulan mereka, tidak diiktiraf sebagai pengikut 'ahlus sunnah wal-jama'ah'. Atau, digam sebagai pengikut Faham Wahabi, Islam Liberal, dan pelbagai lagi branding yang mereka tidak akui fahaman Islam yang benar, semata-mata kerana tidak sejajar dengan kefahaman mereka terhadap Islam.
Hakikatnya, pengikut Islam arus perdana sendiri tidak faham atau kurang faham tuntutan Islam yang benar itu. Islam yang benar itu hanyalah satu - iaitu Islam yang berdasarkan dan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, bukan ajaran mazhab atau mana-mana perkumpulan atau mana-mana aliran. Contoh: apakah bezanya ajaran Wahabbi dengan ajaran orang Islam arus perdana? Kerana, bagi mereka yang faham ajaran Muhammad Abdul Wahab - yang dikatakan mengasaskan fahaman Wahabbi - adalah lebih hampir kepada tuntutan al-Quran dan as-Sunnah, kerana mereka menolak fahaman syirik, tahayul dan kurafat dalam aqidah dan mereka menolak pencemaran dalam syariat (amalan dan ibadah) dalam Islam kerana taklid dan 'bida'ah'. Apabila dihalusi ajaran arus perdana, walaupun mereka akui mereka pengikut ajaran Imam as-Shafie, mereka sebenarnya banyak mengamalkan amalan yang tidakpun terdapat dalam ajaran Imam as-Syafie! Banyak amalan dan ibadah mereka dicemari oleh bid'ah yang tidakpun disuruh oleh Rasulallah (s.a.w), malah bertentangan pula dengan ketetapan al-Quran.
Saudara, dalam blog ini, kita telahpun jelaskan siapa yang boleh diiktiraf sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah' (ASWJ). Mereka berkeras bahawa merekalah ASWJ, itu sebenarnya tidak tepat mengamalkan amalan ASWJ. 'ahlus sunnah wal-jama'ah wajib mempunyai dua pra-syarat atau ciri yang benar, iaitu mereka berpandukan as-Sunnah berdasarkan sabda Rasulallah (s.a.w): 'ma ana 'alaihi, wa-ashabi' (Yang bermaksud: Apa-apa jalan Islam yang aku (Nabi) dan sahabatku ikuti) (maksudnya, berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, termasuk sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin yang empat) dan mereka berjema'ah dalam Islam. Orang Islam arus perdana tidakpun berpandukan 100% kepada as-Sunnah dan sama sekali tidak berjema'ah - tidak ada Imam, tidak ada ikrar (bai'at), walhal wujudnya Imam adalah pra-syarat halalnya keIslaman seseorang dan berjema'ah itu adalah syarat sahnya Islam dan syarat Allah (a.w) terima segala amalan dan ibadah. Inilah ketetapan induk pada Ayat 13: an-Nisa' - ikuti al-Quran dan as-Sunnah pasti dapat syurga; ikuti sebaliknya, termasuk mencemarkan ketetapan ini, pasti masuk neraka, wal iya zubillah.

Saudara, siapa yang benar dan berhak? Allah (a.w) perintahkan manusia supaya sampaikan ilmu al-Quran (dan as-Sunnah).
Firman Allah (a.w): 'Ittabi’ ma uhiya ilaika min (-ir) rabbika ...'(Yang bermaksud: (Wahai Rasulallah (s.a.w))! Sampaikan apa-apa yang diwahyukan kepada kamu dari Tuhan kamu ...) - Ayat 106: al-An’am.
Setiap yang Islam itu wajib sampaikan ilmu yang didapati atau yang dipelajarinya.Rasulallah (s.a.w) perintahkan umatnya supaya sampaikan sunnahnya walaupun sekadar sepotong hadith. Islam tidak mensyaratkan umatnya berdakwah setelah mendapat Tauliah yang ditauliahkan oleh pihak berkuasa keagamaan (dulu keAmiran/KeImaman, selepas Khalifah yang empat). Apakah dalam Islam manusia boleh menidakkan perintah Allah (a.w) dan perintah RasulNya? Tidak. Malah dalam perkara aqidah dan syariat Islam, ketetapan yang fundamental adalah Ayat 59: an-Nisa':

Firman Allah (a.w): 'Ya aiyuhallazina amanu ati’ullaha wa ati’ur rasula wa ulil amri minku; fain tanaza’tum faruddu ilallahi war rasuli in kuntum tukminuna billahi wal yaumin akhiri; zalika khairun wa akhsanu takwila.'(Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatkanlah Allah (a.w) (yakni, ikuti al-Quran) dan taatkanlah Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikutilah as-Sunnah) dan ‘ulil amri’ (yakni, orang-orang yang berkuasa atas kamu, yang memerintah dan menguruskan urusan jemaah Islam) kamu sekelian; maka jika kamu persilisih faham tentang segala sesuatu, maka kembalilah (yakni, rujuk semula kepada ketetapan) kepada Allah (a.w) (yakni, rujuk kepada al-Quran) dan Rasulallah (s.a.w) (yakni, rujuk kepada as-Sunnah), jika adalah kamu sekelian beriman dengan Allah (a.w)(yakni, percayakan Allah (a.w)), Tuhan kamu dan (beriman dengan) hari akhirat (yakni, qiamatnya dunia dan bermulanya kehidupan akhirat yang tidak bertempoh apabila kamu dihisab dan dibalas dengan balasan syurga atau neraka) - Ayat 59: an-Nisa.
Saudara, yang jelas adalah semua orang Islam yang berilmu dibolehkan, malah diwajibkan menyampaikan ilmunya. Malah ganjaran menyampaikan ilmu tersebut begitu besar sekali. Tapi, kalaulah 'ulil amri' atau kepimpinan Islam mengenakan syarat, maka ketetapan sedemikian itu adalah bertentangan dengan perintah Allah (a.w) dalam ayat dia atas itu. Jadi, tidak hairanlah bahawa orang-orang agama sendiri yang melestarikan kejahilan di kalangan umat Islam hari ini, kerana kejahilan mereka sendiri dan kerana tindak tanduk mereka yang bertentangan dengan ketetapan Islam.
Saudara, dalam perkara tuntutan orang Nesrani untuk menggunakan kalimah 'Allah' sebagai nama tuhan mereka, Allah (a.w) telahpun melarangnya dalam firmanNya berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Qalut-takhazallahu waladan subhanahu; hual-ghaniyu … al-ayat’ (Yang bermaksud: Mereka (orang Yahudi dan Nesrani) berkata: ‘Allah mempunyai anak!’ Maha-suci Dia (Allah), Dialah (Allahlah) zat yang Maha Kaya (yang memiliki segala sesuatu di dibumi dan di langit), tidak ada di sisi kalian (i.e. mereka) dari hujjah/keterangan/kebenaran dengan ini (kata-kata mereka bahawa Tuhan itu memiliki anak atau Isa itu anak Tuhan): ‘Apakah kalian mengatakan atas Allah apa-apa yang kalian tidak mengetahui (i.e. tiada ilmu mengenainya)?’ – Ayat 68: Yunus
Jelas, bahawa apakah kita yang Islam berhak membelakangkan ketetapan Allah (a.w) bahawa tidak sekali-kali sesuai boleh pengikut agama lain itu menggunakan nama 'Allah' bagi menamakan/merujuk kepada tuhan yang mereka sembah, dan bukanlah Allah! Kalaulah Allah (a.w) itu mereka akui tuhan mereka, pastilah mereka beragama Islam, dan menentang kebatilan agama-agama lain. Dapat post-post yang lalu, kita telahpun lihat cemuhan Allah (a.w) terhadap kata-kata nenek moyang orang Yahudi dan Nesrani semenjak zaman dulu lagi tentang kepercayaan mereka dan tentang penolakan mereka akan aqidah dan syariat Islam, Rasulallah (s.a.w) dan al-Quran. Janganlah kita menempah neraka semata-mata kerana pertimbangan duniawai - pendokong agama Kristian nak gunakan pelbagai helah - atas gesaan syaitan - bagi mencemarkan kesucian nama Allah (a.w), menjatuhkan mertabat serta keagungan Allah (a.w) dan mengelirukan umat Islam, terutama yang jahil Islam.
Jazakallau khairah
No comments:
Post a Comment