Monday, January 4, 2016

Kembali kepada Asal

Assalamualaikum,
Saudara, sempena tahun baru Masihi ini, kita mulakan proses muhasabah diri kita. Sudah setahun lag berlalu. Maka kita kini sudah menghabiskan setahun lagi umur kita atau kita melangkah setahun lagi kepada destinasi ajal kita. Apakah kita sudah benar0benar yakin bahawa kita berada di jalan yang benar dalam perkara agama kita? Apakah kita sudha bersedia dan menyediakan diri secukupnya untuk menemui ajal kita dan akhirnya kelak menemui Allah (a.w) yang menciptakan kita dan yang akan mengurniakan kita syurga?
Insya Allah, dalam tahun ini kita cuba muhasabah diri. Semak semula kedudukan kita.Dan, renungi kembali apakah kita telah berada di atas jalan yang benar - jalan yang diridhai Allah (a.w)? Apakah kita sudah menyemak semula segala apa yang kita lakukan dalam hidup kita dalam perkara menyediakan diri untuk kesejahteraan akhirat - percakapan dan perlakuan kita - dalam perkara aqidah, dalam urusan amalan dan ibadah - yang wajib dan yang sunat - dan segala infaq dan sedekah, dan segala amal makruf kita menepati preskripsi Islam yang Allah (a.w) beri kita panduan melalui utusannya, Rasulallah (s.a.w), berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah?
Saudara, kita mulakan hisaban diri kita dengan memahami hakikat-hakikat berikut:
Pertama, kenapa kita Islam? Dan, bagaimanakah kita menerima Islam kita? Bagaimanakah kita mengamalkan Islam kita? Apakah dasardan asas panduan kita dalam Islam selama ini?
Saudara, kita Islam kerana kita dilahirkan dalam keluarga Islam - ibu dan bapa kita Islam. Islam kita bukan pilihan kita sendiri! Maka dengan itu kita mewarisi panduan Islam yang tidak berdasarkan panduan yang hakiki lagi benar! Kita diberi pendiikan oleh ibu bapa kita untuk persediaan untuk dunia  - dari peringkat tadika, sekolah rendah, sekolah menenagh, kolej dan terus ke institusi menara gading - di university. Ada diantara kita yan pintar, maka Berjaya sampai mendapat gelaran 'Dr' kerana mendapat Ijazah Lanjutan (Post-Graduate) Ph D dalam pelbagai bidang atau sebagai Pakar/specialist dalam bidang perubatan. Berapa lama kita menyediakan diri untuk mendapatkan Ph D itu? 2+6+6+2+4 = 20 tahun - semata-mata untukmemanfaatkan kita semasa hidup selama berapa lama pula? Kita mula belajar di peringkat tadikat umur 5 tahun + 20 tahun, maka kita mula bekerja/makan gaji atau buat bisnes selepas umur 25 tahun dan kemudian pada umur 60 tahun kita 'bersara' atau rehat. Ilmu yang kita terima dan kuasai memanfaatkan kita hanya untuk 60-25 tahun = 35 tahun sahaja. Kemudian, jika umur kita panjang kita hidup dalam keadaan bersara selama 5 atau 10 atau 15 tahun lagi! Kemudian ajal kita sampai.
Kita Islam kerana kita diberitahu bahawa Islam sajalah agama yang dicipta Allah (a.w), yang memberi peluang kita hidup, untuk kita (manusia). Kerana agama selain Islam adalah agama yang tidak diterima Allah (a.w). Islam sajalah agama yang diterima Allah (a.w), kerana Allah (a.w) yang cipta agama itu untuk kita anuti. Dan, kita diberitahu kematian bukanlah penamat cerima kehidupan kita. Kerana, ada 3 alam lagi yang wajib kita tempuhi -alam barzah ketika dalam kubur, alam padang makhsyar ketika dibangkitkan untuk menerima balasan - baik (=syurga) atau buruk (=neraka), dan akhirnya alam akhirat, iaitu kesudahan yang kekal. tanpa batasan waktu.
Soalnya, adakah kuta telah menyediakan diri sebagaimana kita menyediakan diri untuk hidup bahagian di dunia - mempelajari selok belok keperluan dan ketetapan dan tuntutan 3 alam yang lebih lama tempohnya itu? Sebenarnya, kita abaikan keperluan untuk 3 alam yang lebih panjang tempeh dan waktunya - malah yang akan kekal selama-lamanya. Kita takpun bersedia!
Kedua, bagaimana menyediakan diri untuk alam yang jauh lebih panjang dan kekal? Kita wajib faham bahawa Allah (a.w) mencipta agama untuk pegangan kita. Allah (a.w) mengutuskan seorang insan untuk memberitahu kita setiap kehendak dan preskrip Allah (a.w) yang wajib kita ikuti dan patuhi - iaitu anduan ilmu dengann membekalkan kepada kita rujukannya sebagaimana kita mencari kitab/buku rujukan untuk Berjaya sampai ke tahap Ph D untuk keperluan duniawai.
Allah (a.w) memberikan kita al-Quran - panduan mutlak bagi setiap orang Islam. Kemudian Allah (a.w_ memberikan kepada manusia (i.e. kita) Rasulallah (s.a.w) untuk membimbing kiat memahami al-Quran, maka terwujudlah as-Sunnah (atau al-Hikmah yang disebutkan dalam al-Quran). Kita diberitahu bahawa sebagai seorang Islam kita wajib taatkan secara mutlak dua pihak iaitu Aklah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Malangnya, majority orang Melayu - yang rata-rata merasakan mereka adalah orang Islam - tidak mengutamakan nasihat dan panduan Rasulallah (s.a.w), sebaliknya mereka mengutamakan pandnagan dan pendapat para ilmuwan yang mereka anggap benar, walaupn majority para ilmuwan dan ulkama', sendiri jahil tentang Islam dan tuntuannya.
Menyediakan diri untuk kejayaan akhirat memerlukan ilmu. Umat Islam itu diwajibkan belajar ilmu: 'Talabul ilmi faridatun 'ala kulli muslim'. Dan, kita diberitahu pula ilmu yang kita wajib belajar adalah 3: 'Al-ilmu thalathatun; wa-ma siwa zalika fahua fadlun; ayataun mukhkamatun, au sunnatun qaimatun, au faridatun 'adilatun' (Yang bermaksud: Adapun ilmu yang wajib dipelajari oleh orang Islam yang beriman itu ada 3, selain yang tiga itu bermanfaat (tetapi tiada nilai akhirat) (yang diwajibkan itu adalah) ayat-ayat yang menghukum (i.e. al-Quran), Sunnah yang tegak (i.e. al-Hadith yang benar sahih) dan hokum faraid (pembahagian harta warisan yang adil) - al-Hadith. Apakah kita menumpukan masa sebagaimana kita menumpukan masa belajar ilmu duniawi - membuka kitab, belajar dari guru secara formal, faham ilmunya, dan menamatkan pengajian kita sampai lulus tadikanya, peringkat rendahnya, peringkat menengahnya, peringkat kolejnya dan universitinya? Malah sampai dapat Ph D pula? Dalam ilmu akhirat - iaitu al-Quran dan al-Hadith?
Memang ada sekarang orang Islam yang belajar ilmu mengenai al-Quran (membaca, memahami tafsirnya dan menghafalnya) dan as-Sunnah (Kuttubul Sittah dll kitab hadith termasuk koleksi hadith 'pengasas' fahaman mazhab - as-Syafie spt al-Umm, ar-Risa;ah dll, Imam Ahmad ibni Hanbal spt Muato', Imam Malik b Anas, Imam Abu Hanifah, kerana mereka itu juga adalah ulama' muhadithin sebagaimana Imam  Bukhari, Muslim, an-Nasa'i, at-ermidzi, Abu Daud dan Ibnu Majah. Belajar ilmu pula melalui proses tadisi pengilmuan duniawi - peringkat rendah,  menengah, peringkat kolej dan universiti - sampai mendapat Ph D dalam bidang ilmu al-Quran dan as-Sunnah dari Universiti Madinah, Universiti Jordan dan sebagainya. Atau, belajar secara berguru dalam system dan kaedah mangkul, musnad dan muttasil dengan mahaguru al-Quran dan as-Hadith di Mekah dan Madinah? Selepas 10 atau 20 tahun menjadi hafiz dan khattam kitab-kitab hadith yang merupakan koleksi seramai 49 ulama' hadith (muhadithin)?
Tapi, walaupun begitu, masih belum faham Islam dan tututannya! Ilmu keIslaman itu wajib dipelajari secara jaedah yang dipelajari atau disampaikan oleh Allah (a.w) kepada UtusanNya - secara 'manqul' (i.e. berguru berdepan), 'musnad' (i.e. ada sanadnya atau rentetan perawi hadith sampai kepada sumber asalnya, iaitu Rasulallah (s.a.w), yakni sampai kepada penerima pertama ilmu tersebut, iaitu Rasulallah (s.a.w), dan sanad itu 'muttasil' bersambungan sampai kepada Rasulallah (s.a.w) tanpa ilmu tanpa terputusa sanad tersebut dan kerana proses sedemikian ilmu yang diterima/diperilehi adalah murni, tidak dicemar atau tercemar oleh pendapat dan pandangan manusia.
Mengapa? Sumber ilmu dalam Islam itu adalah Allah (a.w) dan panduannya adalah al-Quran dan penjelasan atau pendetailan mengenai setiap sesuatu dimensi atau perspektif ilmu itu adalah berdasarkan wahyu Allah (a.w) kepada Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) diberi hidayah oleh Allah (a.w) dan dijadikan orang yang membawakan hidayah yang benar tentang Islam. Dan, dalam konteks praktikalnya, Rasulallah (s.a.w) diajarkan oleh Malaikat Jibril (a.s). Maka dengan itu panduannya dan ilmunya murni dan tidak dicemari oleh orang lain. Kerana yang tahun secara sempurna aqidah dan syariat islam itu adalah Allah (a.w), kemudian Jibril (a.s) - orang yang menyampaikannya dan mengajarkan Rasulallah (s.a.w), dan akhirnya Rasulallah (s.a.w) - orang yang ditugaskan menyampaikannya dan mengejarkan manusia sejagat. Walaupun Rasulallah (s.a.w) - sebagai manusia tidaklah 'immortal' (hidup selama-lamanya) namu  ilmu yang disampaikan oleh beliau tetapi sah dan murni selama-lamanya sehinggalah kiamat dunia jika manusia itu berpandukan hanya al-Quran dan as-Sunnah.
Ketiga, kita berada dalam Islam hanya dengan satu matlamat dan tujuan. Apa? Kita inginkan kejayaan akhirat. Kejayaan akhirat adalah selamat dari  siksaan neraka dan mendapat kenikmatan yang paling utama dan terbaik serta tanpa batasan iaitu menjadi penghuni syurga. Kehidupan dunia adalah pendek dan sengkat berbanding kehidupan akhirat. Nikmat dunia - sebaik manapun - tidak sampai 1/70 nikmat akhirat dalam semua perkara. Sebaliknya, api dalam neraka itu adalah 70 kali ganda kepanasan api yang terpanas di dunia! Sudahlah panas, kita tersiksa tetapi kita tidak akan mati lagi dan tidak pula terlepas walaupun sesaat dalam siksaan! Maka, untuk seamat kita wajib bersedia dan menyediakan diri semasa masih hidup. Setelah sampai ajal mati kita tidak ada gunanya lagi!
Maka dengan itu, kita wajib faham bahawa syurga itu didapati dengan mematuhi ketetapan Ayat 13: an-Nisa' - taatkan Allah (a.w) (maksudnya, ikuti ketetapan al-Quran) dan taati Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, ikti ketetapan as-Sunnah. Kita tidak perlu akur dengan perintah manusia, walaupun manusia yang memerintah kita itu ulama' yang disanjung manusia, kerana kefahaman tentang Islam para ulama' tidak setanding dengan kefahaman dan ilmu Rasulallah (s.a.w). Malah ada ulama' yang membuat ijtihad (ketetapan) dalam kejahilan ilmu, contoh mufti Kedah dan Mufti Selangor yang membuat ketetapan berdasarkan pendapat para ulama' yang bertentangan dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Cuba semak fatwa yang mereka keluarkan baru-baru ini.
Dalam menjalani kehidupan kita wajib kita akur untuk mematuhi setiap suruhan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dan menjauhi setiap tegahan atau larangan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dan kita wajib waspada had-had dan batasan-batasan agama dalam perkara bentuk-bentuk ibadah dan amalan, cara dan kaedah beribadah dan beramal, supaya tidak berlawan dengan ketetapan as-Sunnah. Jika kita gagal, kita gagal mendapat syurga dan kita pasti masuk neraka - Ayat 14: an-Nisa'. Kita wajib faham mentaati Allah (a.w) dan mentaati Rasulallah (s.a.w) adalah kewajipan mutlak - tidak boleh tidak. Bukan mentaati ulama'.
Keempat, panduan agama yang benar hanyalah al-Quran dan as-Sunnah. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu: 'Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, kitabballahi wa-sunnata nabiyi' (Yang bermaksud: Aku tinggalkan pada kaian dua perkara yang jika kalian berpegang kepda kedua-duanya, kalian masti tidak akan sekali--kali sesat selama-lamanya (dalam mencari jalan selamat dari neraka dan berjaya mendapat syurga) - al-Hadith. Maka dengan itulah ilmu yang wajib kita pelajari, fahami dan jadikan asas dan panduan amalan, ibadah dan kehidupan adalah al-Quan dan as-Sunnah. Kita wajib belajar secara formal dan sistematis bukan dengan mendengar takzirah dan ceramah yang tidak menentu isi dan tujuannya.
Al-Quran itu mengandungi 3 ilmu: (a) hukum hakam dalam Islam - yang dibolehkan dan yang tidak dibolehkan kita lakukan - secara lisan atau perbuatan; jika dikerjakan diberi ganjaran ahala dan jika diabaikan dikenakan dosa, dan akhirnya menentukan apakah kita berjaya atau gagal di akhirat kelak; (b) ketetapan mengenai aqidah dan syariat Islam meliputi pelbagai bentuk pengabdian - amalan dan ibadah - dan kaedah serta cara mengamalkan ibadah dan amalan yang diwajibkan dan disunatkan; dan (c) cerita-ceritah tentang para nabi, rasul dan orang-orang atau personaliti tertentu supaya dijadi iktibar dan pengajaran - yang baik dijadikan ikutan dan yang tidak baik supaya jangan ditiru dan dijadikan contoh tauladan.
Kelima, orang Islam diwajibkan menjadikan Rasulallah (s.a.w) contoh ikutan dalam mengabdikan diri kepada Allah (a.w) dalam semua perkara.Allah (a.w) perintahkan kita supaya taatkan Rasulallah (s.a.w) - buat atau ambi pakai apa yang beliau sampaikan dan tinggalkan apa yang belaiu larang atau tegah - Ayat 7: al-Hasyr. Allah (a.w) me,beri jaminan pula bajawa jika kita entaati beliau - maksudnya ikuti panduan as-Sunnah 'to the letter', kita diakui telah mentaati Allah (a.w) - Ayat 80: an-Nisa'. Tapi, kenapa majority umat Islam menolak sebahagian ketetapan as-Sunnah dan menerima pandangan ulama' atau manusia? Apakah ada manusia yang lebih tau Islam berbanding dengan Rasulallah (s.a.w)? Malah ramai pula manusia berpandangan bahawa syariat Islam - bentuk-bentuk amalan dan ibadah, kaedah dan cara beribadah dan beramal itu - perlu ditokok tambah atau wujud penambahbaikan? Seolah-olah manusia berpandangan bahawa Rasulallah (s.a.w) belum sempat menyampaikan syariat Islam itu sepenuhnya?? Itulah asas pandnagan mereka yang mengatakan wujudnya 'bida'ah hasanah' dalam agama!
Keenam, sebagaimana yang telah dihuraikan dengan panjang lebar dalam posting yang terdahulu. Sahnya Islam itu adalah berdasarkan 2 kriteria: (1) kita berpandukan dalam semua perkara mengenai Islam kepada ketetapan atau panduan as-Sunnah (Harus ingat: berpandukan as-Sunnah termasuk berpandukan al-Quran kerana as-Sunnah memperjelaskan dan memperincikan al-Quran; dan (2) kita wajib berjema'ah secara formal dalam menganuti Islam.
Ada para ilmuwan Islam yang menyebut bahawa 'berjema'ah' itu bahawa kita bersandarkan cara dan akedah penghayatan Islam para sahabat salfus-soleh dahulu, kerana Islam yang mereka anuti adalah murni dan tidak tercemar. Ada yang berpandangan jika kita melakukan beberapa perkara amalan dan ibadah secara berjema'ah - termasuk bersolat Jema'ah, kata mereka - kita dikira sudah berjema'ah dalam Islam! Namun, kita wajib fahami ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan penejelasnannya atau perincian hakikat berjema'ah itu dihuraikan seoenuhnya oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah.
Dalam perkara ini, pokoknya, kita ditegah berfirqah atau bermazhab atau berkumpulan tersing - Ayat 103: ali-Imran yang diperincikan maksudnya dalam as-Sunnah. Kita disuruh taati 3 pihak dalam Islam , bilamana pihak ke-3 adalah 'ulil amri' (atau Imam/Amir) - orang yang diangkat mengetuai Jema'ah umat Islam - Ayat 59: an-Nisa'. Rasulallah (s.a.w) memperjelaskan ketetapan meliputi ketaatan kepada kepimpinan itu sebagai tidak mutlak, maksudnya, tidak bleh diikuti jika 'ulil amri' itu menyuruh lakukan sesuatu yang bertentangan dengan atau berlainan dari ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Sehubungan itu, kita diberitahu bahawa jika kita lakukan sesuatu yang brtentangan dengan as-Sunnah, batal amalan kita, kerana setiap sesuatu yang berlainan dari ketetaoan as-Sunnah menunjukkan pencemaran dalam amalan dan ibadah (yakni, bida'ah). Dan, jika kita tidak berjema'ah secara formal dalam Islam, maka semua amalan dan ibadah kita tidak diterima Allah (a.w).
Ketujuh, ada ketetapan dalam Islam yang kelihatan emeh dan simplistic pada kita tetapi fundamental dalam Islam. Kalau kita terlibat dalam perkara tersebut, kita menanggung kerugian yang amat besar iaitu terlepas syurga dan terjerumus ke dalam neraka. Contoh: lelaki memakai emas dan perak dan sutera. Lelaki sedemikian diharamkan masuk syurga! Contoh ke-2: lelaki yang melabuhkan bahagian bawah pakaiannya - seluar, kain atau jubah - sampai menutupi kedua buku lalinya dan amalan tersebut menjadi rutin baginya, maka dia digam sebagai sombong kepada Allah (a.w), solatnya tidak diterima Allah (a.w) dan Allah (a.w), di akhirat kelak, tidak mahu melihatnya. Sesiapa yang Allah (a.w) tidakmahu emnoleh keadanya adalah orang yang menjad penghuni neraka yang amat dibenci Allah (a.w)!Itu larangan yang Nampak 'kecil' dan 'remeh' tetap amat utama dalam urusanmentaati secara mutlak ketetapan Allah (a.w).

Jazakallahu khairah


2 comments: