Thursday, January 7, 2016

Kembali kepada Asal (Back to Basics) (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara kita teruskan penelitian kita tentang Islam - agama yang kita anuti itu - supaya kita dapat memahaminya dan dengan itu mengerjaka segala tuntuannya yang benar yang membolehkan kesemua amalan dan ibadah kita itu diterima Allah (a.w). Tidak ada gunanya kita mengamalkan pelbagai amalan dan mengerjakan pelbagai ibadah jika akhirnya tidakpun diterima Allah (a.w) dan tidakpun dicatitkan oleh para malaikat yang mencatit (Kiraman dan Katibin, atau Rakib dan Atid).
Saudara, bagi sesiapa yang betul mengaji ilmu mengenai Islam - iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah - kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa kita tidak sekali-kali akan sesat mencari jalan lurus ke syurga (siratul mustaqim) itu jika kita pastikan kita berpandukan dua panduan hidup orang Islam hak yang juga panduan amalan dan ibadah yang diterima Allah (a.w) setiap amalan dan ibadah kita. Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, kitabbalahi wa-sunnati nabiyi' (Yang bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan pada kalian  dua perkara yang jika kalian berpegang kepada keduaduanya, pasti kalian tidak akan sesat selama-amanya (mencari jalan lurus ke syurga itu), iaitu (dengan berpandukan kepada) Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Sunnah NabiNya (i.e. as-Sunnah atau al-Hadith) - al-Hadith.

Saudara, apabila kita akur dengan ketetapan ini, kita juga menepati perintah Allah (a.w): 'Wa-ma khlaqtul jinna wal-insa illa liya'buduni' (Yang bermaksud: Tidaklah Aku (Allah) jadikan jinn dan manusia kecuali untuk memperhambakan diri mereka kepadaKu) - Ayat 56: az-Zariat. Inilah perintah induk al-Quran kepada makhluk jinn dan manusia. Kerana Allah (a.w) yang mencipta mereka, maka Allah (a.w) berhak menentukan apakah tujuan mereka diberi peluang untuk menjalani kehidupan di dunia.
Saudara, sejajar dengan perintah induk itu Allah (a.w) memberitahu kita pada Ayat 13: an-Nisa': jika kita taati Allah (a.w) (maksudnya, ikuti ketetapan al-Quran) dan jika kita juga taati Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah atau al-Hadith), kita PASTI masuk syurga. Itu janji Allah (a.w). Sebaliknya Allah (a.w) memperingatkan kita pada Ayat 14: an-Nisa': jika kita menolak Allah (a.w) (i.e. menolak ketetapan al-Quran, walaupun hanya satu ayat) dan kita menolak Rasulallah (s.a.w) (i.e. menolak as-Sunnah walaupun sepotong hadith Rasulallah (s.a.w); dan kita juga melanggar batas-batas ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, batasan-batasan hukum dan ketetapan dalam al-Quran dan as-Sunnah), maka kita PASTI masuk neraka.
Saudara, bagi kita yang belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, kita tahu dan faham bahawa ketaatan terhadap/kepada Allah (a.w) itu adalah ketaatan yang mutlak - tidak boleh tidak. Begitu juga ketaatan kepada/terhadap Rasulallah (s.a.w) adalah juga ketaatan yang mutlak - tak boleh tidak. Walaupun Rasulallah (s.a.w) sudah wafat, namun kita wajib mentaatinya dengan berpandukan as-Sunnah atau sunnahnya dan mengerjakan amalan dan ibadah berdasarkan as-Sunnah. Ini adalah perintah Allah (a.w): 'Wa-ma atakumur-rasula fa-khuzuhu, wa-ma nahakum fan-tahu' (Yang bermaksud: Apa-apa yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kamu ambil (maksudnya, ambil pakai dan kerajakan) - Ayat 7:al-Haysr.
Kemudian Allah (a.w) memberi kita tahu jika kita mentaati Rasulallah (s.a.w), Allah (a.w) mengakui bahawa kita telah mentaati Allah (a.w). Firman Allah (a.w): 'Man (-ai) yuti'ir rasula fa-qad 'atallahi ' (Yang bermaksud: Barangsiapa yang mentaati Rasulallah (s.a.w) maka dia telah mentaati Allah (a.w) - Ayat 80: an-Nisa'. Kita telah diberi jaminan oleh Allah (a.w), suatu kepastian iaitu jika kita ikuti as-Sunnah sudah pasti kita mentaati peritah Allah (a.w), kerana setiap sesuatu yang diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah atas asas wahyu atau, jika perlu didemokan, maka Allah (a.w) utuskan Jibril (a.s) turun ke dunia mengajarkan Rasulallah (s.a.w) bagaimana.
Seseorang yang akui dirinya Islam, dia wajib secara mutlak, akur dengan perintah Allah (a.w) (i.e. akur dengan al-Quran - hukum-hakamnya diikuti dan dipatuhi, cerita-ceritanya diyakini dan dijadikan tauladan dan pengajaran, dan panduan-panduannya dipatuhi. Hanyalah, ketetapan yang fardhu itu wajib diikuti tanpa pengecualian, ketetapan yang bersifat sunat, itu dikerjakan sebaik mungkin atau sebanyak mungkin. Contoh: dalam perkara solat - yang fadhu wajib dibuat tanpa pengecualian, dan yang sunnat dikerjakan sebanyak mungkin. Kerana, kita bersyukur kepada Allah (a.w). Kita mengharapkan kasih sayang Allah (a.w).
Saudara, umat Islam yang berilmu itu faham bahawa dunia ini adalah tempat bersedia untuk berjaya selepas kematian - kerana akan ada siksaan dalam kubur, timbangan pahala dan dosa di padang makhsyar dan balasan yang kekal selepas itu di akhirat, iaitu syurga atau neraka. Allah (a.w) memberitahu kita bahawa hanya ada dua kesudahan bagi kita:
Firman Allah (a.w): 'Fariqun fil-jannati, wa-fariqn fis-sa'iri' (Yang bermaksud: Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka) - Ayat 7: as-Suri.
Sehubungan itu, jika kita inginkan syurga maka hendaklah penuhi ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 13: an-Nisa' itu iaitu mentaati Rasulallah (s.a.w). Contoh: apabila Allah (a.w) perintahkan supaya murnikan agama Islam - aqidah dan syariatnya, maka kita wajib murnikan tanpa menokok tambah. Dan, apabila Allah (a.w) perintahkan taati Rasulallah (s.a.w) kita wajib akur. Dan, apabila Rasulallah (s.a.w) beritahu jangan buat pembaharuan dalam urusan agama - bida'ah - jangan buat bida'ah, maka kita wajib akur jangan cemarkan Islam dengan bida'ah. Hari ini majority umat Islam mengamalkan satu atau berbagai bentuk pembaharuan atau bida'ah, walaupun kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa semua atau setiap bida'ah adalah kesesatan. Majoriti umat Islam berkeras mengatakan wujud apa yang mereka kata 'bida'ah hasanah'! Jelaslah, mereka engkar dengan perintah Rasulallah (s.a.w) dan perintah Allah (a.w). Kerana, Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam urusan agama, tiada bida'ah yang baik. Semuanya sesat dan menyesatkan!
Apakah akibatnya menolak ketetapan Rasulallah (s.a.w)? Menolak as-Sunnah? Jelas. Sesiapa yang menolak as-Sunnah walaupun sepotong hadith, maka dia terkeluar dari Islam.
Umat Islam yang belajar secara sistematis ilmu al-Quran dan as-Sunnah mengikut sistem dan kaedah yang betul, mereka tahu akibatnya. Dalam as-unnah begitu banyaknya kita temui hadith tentang 'pembaharuan dalam perkara agama' atau bida'ah ini. Antara akibatnya adalah: pertama, kesemua amalan dan ibadah kita - yang fardhu dan yang sunat - tidak diterima Allah (a.w) - jadi rugi serugi-ruginya; kedua, mengamalkan bida'ah menyebabkan kita terkeluar dari Islam tanpa kita sedari yang kita sebenarnya tidak lagi Islam; ketiga, kita dikatakan sudah syirik terhadap Allah (a.w), kerana tiada bida'ah hasanah dalam agama Allah (a.w) tidak mengampuni dosa-dosa kerana syirik. Kita wajib fahami hakikat ini. Kalau Rasulallah (s.a.w) beritahu tiada 'bida'ah hasanah' dalam perkara agama, maka Allah (a.w) sebenarnya yang memberitahu tiada bida'ah hasanah dalam perara agama - maksud dalam perkara aqidah dan syariat. Kerana mengatakan wujud walhal Allah (w.) dan RasulNya kata takda, maka seolah-olah kita atau ada pihak lain yang lebih faham tentang Islam dan lebih berkuasa dalam perkara agama, selain Allah (a.w)! Dan, ingatlah dosa syirik tidak diampun Allah (a.w). Rasulallah (s.a.w) secara jelas memberitahu umatnya (i.e. kita semua), tapi kita engkar, maka seolah-olah kita meyakini ada kuasa ketuhanan yang lebih berkuasa dari Allah (a.w) yang menyuruh kita berbuat bida'ah. Keempat, do'a orang yang mengamalkan bida'ah tidak diterima Allah (a.w). Kelima, taubat orang yang berbuat bida'ah tidak diterima Allah (a.w) selagi dia mengamalkan bida'ah.
Sauadara, hari ini kerana kejahilan ilmu di kalangan majority umat Islam, termasuk mereka yang dinobatkan sebagai 'ulama' atau menganggap dirinya ulama' mengamalkan bida'ah. Dan mereka mengajarkan pula orang lain supaya ikuti amalan mereka. Maka mereka mengajarkan kebatilan yang mendatangkan dosa. Dia berdosa kerana ajarkan kebatilan. Orang yang diajarkan kebatilan amalkan suatu kebatilan, maka berdosa pula. Dan,mereka ajarkan orang lain suatu kebatilan, dan 'muridnya' ikuti dia dan amalkan, muridnya mendapat dosa dan dia sebagai 'guru' mengajarkan nya mendapat kiriman dosa dari 'murid-murid'nya! Yang wajib diperingatkan adalah apabila seseorang yang kita ajarkan yang batil, kemudian dia amalkan yang batil itu, maka dia berdosa kerana mengamalkannya, tapi kita yang mengajarkan kebatilan sudahlah berdosa, dapat pula kiriman dosa dari orang yang kita ajarkan! Jelaslah satu 'double or triple or multiple jeopardy' bagi kita yang mempromokan kebatilan di dalam Islam, wal iya zubullah.
Oleh itu, berwaspadalah dalam urusan agama - sebagai pendakwah dan sebagai pengikut, jangan sia-siakan akhirat kita. Maka dengan itu kita wajib muhasabah diri terhadap amalan dan ibadah kita berdasarkan ilmu as-Sunnah, supaya tidaklah kita menjadi orang yang rugi- istiqamah beramal, tetapi tak diterima Allah (a.w). Maka dengan itulah kita wajib semak ilmu kita, amalan dan ibadah kita berdasarkan as-Sunnah, apakah selama ini kita berada di atas landasan yang betul, yang membolehkan mendapat syurga atau kita tersesat atau menyesatkan orang lain, atau kita tersasar jauh dari kebenaran. Maka dengan itu wajib kembali ke pangkal jalan - back to basics - supaya kita ada masauntuk memperbetulkan amalan dan ibadah, dan dapat keridhaan dan kerahmatan Allah (a.w).
Ingatlah, Allah (a.w) sentiasa membuka pintu taubat untuk kita selagi nayawa kita belum sampai ke kerongkong kita.

Jazakallahu khairah


Tuesday, January 5, 2016

Pra-syarat agama Islam yang tidak difahami umat Islam

Assalamualaikum,
Saudara, kali ini kita semak suatu topic atau subject yang tak ramai orang Islam - terutama para ulama' dan ilmuwan Islam di Nusantara fahami - bincangkan dan perjelaskan kepada kita yang beragama Islam.
Saudara, kita diberitahu - atau mungkin sudahpun tahu - bahawa Islam adalah agama yang dicipta Allah (a.w) untuk manusia jadikan agama mereka. Islam adalah agama yang diridhai Allah (a.w) untuk manusia - Ayat 3: al-Maidah. Islam adalah agama yang diiktiraf Allah (a.w) - Ayat 19: ali-Imran. Islam adalah agama yang menjadi asas manusia (dan jinn) mengabdikan diri mereka kepada Pencipta mereka, Allah (a.w) - Ayat 56: az-Zariat. Jelaslah, kalau kita terima Islam, anuti Islam, maka sudah barang pasti segala amalan dan ibadah kita diterima Allah (a.w), dan kerana itu kita selamat dari neraka dan Berjaya mendapat syurga. Dengan syarat kita menepati ketetapan Allah (a.w) berdasarkan perintahNya pada Ayat 13: an-Nisa'; dan kita tidak termasuk dalam golongan orang yang disebutkan pada firmanNya pada Ayat 14: an-Nisa'.
Saudara, dua ayat an-Nisa' itu adalah ketetapan pemutus bagi kita yang wajib kita fahami dan jadikan panduan setiap masa dalam hidup kita.
Tapi, soalnya: adakah kita benar-benar tergolong dari mereka yang akur dengan Ayat 13 itu dan tidak termasuk dalam golongan orang yang disebutkan pada Ayat 14? Kita Islam tapi belum tentu Islam kita benar dan betul menepati ketetapan Allah (a.w) sebagaimana yang disampaikan dan diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w)(sekarang berdasarkan as-Sunnah).
Saudara, jika kita akur sepenuhnya - 100% - dengan ayat 13- kita mentaati Allah (a.w) (maksudnya, ikuti panduan al-Quran secara total) dan mentaati Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, akur dengan perintah Rasulallah (s.a.w), atau sekarang as-Sunnah, secara total), maka kita pasti 100% dapat menyelamatkan diri dari neraka dan berjaya mendapat syurga. Adakah kita begitu? Orang-orang yang menyebut tentang wujudnya 'bida'ah hasanah' dalam perkara agama - dalam konteks bentuk-bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah beramal dan beribadah - telah menidakkan suatu aspek perintah Ayat 13 itu dan meliibatkan diri dalam satu aspek yang disebutkan 'wa-yata'addadu hududahu' dalam firman tersebut. Orang yang sedemikian tergolong dalam orang yang mengamalkan kebatilan dalam syariat Islam - bida'ah. Orang yang amalkan bida'ah, batal segala amalan dan ibadahnya, maka tidak akan masuk syurga kelak, kecuali dia bertaubat kepada Allah (a.w) dan Allah (a.w) menerima taubatnya. Tetapi, Allah (a.w) tidak akan menerima taubat orang-orang tersebut, kecualilah dia telah terlebih dahulu meninggalkan amalan bida'ahnya. Kerana, Allah (a.w) bukan sahaja tidak menerima setiap amalan dan ibadah orang tersebut, malah Allah (a.w) tidak menerima taubatnya, selagi dia tidak meninggalkan setiap amalannya yang bersifat atau bercorak bida'ah! Jika begitu, rugilah dia walaupun dia Islam. Kedudukan mereka tak lebih baik dari orang yang sama sekali menolak Islam, i.e. orang kafir. Dalam pada itu Rasulallah (s.a.w) menhukumi pula orang yang mengemalkan bida'ah terkeluar dari Islam tanpa mereka sedari! Jika begitu, terlucutlah Islam dari lehernya, wal iya zubillah.
Oleh itu berhati-hatilah. Semak setiap amalan kita berdasarkan ilmu as-Sunnah, bersihkan setiap amalan kita dari sebarang sesuatu yang mencemarnya dan merosakkannya, dan dengan mengilmukan diri kita, kita perbaiki amalan kita, dan mohonlah keampunan Allah (a.w) secepat mungkin. Mungkin sekejap lagi ajal kita sampai tak sempat hendak bertaubat ...
Saudara, syariat Islam itu wajib dimurnikan sebagaimana orinya, sebagaimana yang diajarkan oleh Allah (a.w) melalui wahyu dan melalui utusan Jibril (a.s), dan kemudian sebagaimana yang diajarkan, dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), yakni sebagaimana dibawakan kepada manusia asalnya oleh Rasulalah (s.a.w) lebih dari 1,435 tahun yang lampau. Agama Islam itu tidak ada tempoh penamatnya, walaupun yang diutus Allah (a.w) menyampaikannya kepada kita telahpun diwafatkan. Aqidah dan syariat agama Islam itu telah disempurnakan dalam zaman hayat Rasulallah (s.a.w). Kerana Islam itu sudah disempurnakan maka Nabi Muhammad (s.a.w) itu diwafatkan, dan Allah (a.w) tidak lagi mengutus seorang nabi selepas beliau. Beliau adalah 'khatamal nabiyin' - nabi penghabisan/penutup. Sebelum Rasulallah (s.a.w), agama Islam itu - syariatnya - disesuaikan dengan manusia zaman para rasul dan nabi sebelum beliau. Dengan terutusnya Rasulallah (s.a.w) dan turunnya al-Quran agama Islam itu sudah sempurna - Ayat 3. al-Maidah. Jika sudah sempurna maka tidak ada pertambahan atau penambahan kepada ketetapan agama Islam. Maka sesiapa yang Islam berpandukan syariat Islam yang ori itu telah menepati ketetapan Allah (a.w).
Panduannya adalah al-Quran dan as-Sunnah dan panduan hidup orang iman serta panduan untuk ketaqwaan adalah al-Quran dan as-Sunnah. Panduan untuk selamat dari neraka dan panduan untuk mendapat kurniaan syurga adalah al-Quran dan as-Sunnah semata-mata.

(-)  Ketetapan mengenai agama itu tidak akan berubah

Saudara, berikut adalah beberapa petikan firman Allah (a.w) dari al-Quran yang menyebutkan keaslian dan kemurnian dan orinya Islam itu.
Firman Allah (a.w): Maka hadapkanlah wajahmu kepada agama yang benar (condong kepada Allah (a.w), fitrah Allah (a.w) yang menetapkan fitrah manusia atas agama itu; tidak ada perubahan pada ciptaan Allah (agama dan syariatnya). (Itulah) agama yang lurus (i.e. tulin, ori atau murni), itulah agama yang ditegakkan - Ayat 30: Rom 
Saudara, ketetapan Allah (a.w), termasuk ketetapan mengenai agama yang Allah (a.w) ciptakan untuk manusia mengabdikan diri mereka kepadaNya telah ditetapkan dan disempurnakan dan tidak boleh diubahsuai atau ditokok tambah. Manusia tidak diberi mandat (mandate) oleh Allah (a.w) untuk mengubah ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam perkara agama.
Firman Allah (a.w): Dengan (itu, ie. berdasarkan firman di atas itu) kembalilah kepadaNya dan bertaqwalah kepadaNya serta laksanakanlah solat dan janganlah kamu tergolong dari kalangan orang-orang yang syirik (sebagaimana kaum Yahudi dan Nesrani dan majusi).) - Ayat 31: Rom 
Rasulallah (s.a.w) dalam hadith memeberitahu bahawa pengamal bida'ah, sebagai contoh, melakukan perbuatan dan amalan syirik. Kenapa? Sekiranya Allah (a.w) sudah tetepkan sesuatu - seperti kesempurnaan syariat agama Islam - dalam konteks bentuk-bentuk amalan dan ibadah, amal soleh dll, kita ubahsuai, maka seolah-olah kita beranggapan bahawa ada kuasa ketuhanan yang lebih berkuasa dari Allah (a.w) meminda atau mengubahsuai ketetapan Allah (a.w). Maka mereka itu sudah mengamalkan sesuatu yang bersifat syirik terhadap Allah (a.w). Maka batallah keimanan mereka, terkeluar mereka dari Islam. Malah, Rasulallah (s.a.w) memberitahu sesiapa yang amalkan bida'ah maka semua amalan dan ibadahnya - yang wajib/fardhu dan yang sunat - tidak diterima Allah (a.w) dan dia terkeluar dari Islam tanpa dia sedari yang dia keluar Islam! Oleh itu, semaklah amalan dan ibadah kita berdasarkan ilmu as-Sunnah, dan bertaubatlah, dan perbetulkanlah, mudah-mudahan kita masih sempat memperbaiki amalan dan ibadah kita sebelum ajal kita tiba, insya Allah.
Firman Allah (a.w): (jika kalian engkar maka menjadilah kalian) Dari kalangan orang-orang yang berfirqah-firqah (i.e. berfahaman lain yang berbagai-bagai) dalam agama mereka, dan adalah mereka (yang berfirqah itu) beberapa golongan; tiap-tiap golongan berbangga dan berkeras dengan apa yang ada disisi mereka (i.e. fahaman mereka), mereka berbangga.) - Ayat 32: Rom 
Hari ini majority umat Islam berkeras mengatakan wujudnya 'bida'ah hasanah' dalam Islam. Mereka membuat perubahan, tokok tambah kononnya untuk menjadikan amalan dan ibadah mereka lebih cantik dan 'sempurna', sehingga menjadi berlainan dari syariat yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w). Maka jadilah syariat agama Islam itu tercemar dan berbagi-bagai sebagaimana jadinya agama samawi (i.e. agama yang diwahyuan terdahulu - agama Yahudi dan Nesrani, apabila penganut-penganutnya meminda dan mengubah Kitab Taurat dan Injil.
Dalam ayat ini Allah (a.w) memberitahu reality kefahaman penganut agama Islam yang suka menubuhkan perkumpulan (seumpama mazhab) atau menganjurkan berbagai-bagai fahaman dalam agama (termasuk fahaman tarikat) , dan mereka masing-masing berbangga dengan kefahaman atau pegangan perkumpulan masing-masing. Mereka mengikuti jejak langkah kaum-kaum yang syirik dahulu - kaum Yahudi dan Nesrani - yang diberi kitab Taurat dan Injil tetapi mengubahnya mengikut selera mereka. Di dalam al-Quran Allah (a.w) memperingatkan manusia (yang Islam) supaya 'berjema'ah' dalam Islam maka akan ada sistem dan proses yang memastikan kemurnian Islam itu kekal, dan Allah (a.w) melarang berfirqah-firqah (termasuk, bermazhab) dalam beragama - Ayat 103: ali-Imran. Tapi itulah realitinya. Umat Islam meremehkan atau mengabaikan perintah dan peringatan tersebut. 
Sehubungan itulah juga, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa di akhir zaman – setelah ketiadaan beliau – umat Islam akan berpecah belah dalam agama/fahaman mereka tentang Islam, masing-masing berdegil dengan cara dan sistem Islam yag mereka amalkan. Akan terdapat 73 jenis atau fahaman Islam (i.e. fahaman agama Islam yang mereka ikuti kerana dipengaruhi oleh para ulama' yang jahil ilmu), daripada 73 golongan yang akui diri mereka Islam tersebut, 72 golongan atau bentuk/fahaman Islam gagal mendapat syurga, dan masuk ke dalam neraka. Hanya satu gologan atau bentuk Islam yang berjaya mendapat syurga, iaitu umat Islam yang memandu kehidupan sebagai orang iman dan beramal dalam Islam berpanduannya semata-mata sabda Rasulallah (s.a.w) ‘ma ana alaha wa-ashabi’ (yakni as-Sunnah) dan bentuk Islam yang diikuti mereka adalah ‘wa-hiya jama’ata’ (yakni, berjema'ah secara formal dalam Islam)
Islam yang tidak berpandukan as-Sunnah dan tidak pula diamalkan secara berjema’ah atau bentuk pengamalannya adalah berjema’ah, tidak akan mendapat syurga. Tambahan pula, lebih-lebih lagi Islam yang diamalkan tidak murni kerana tercemar atau dicemari dengan amalan yang sama sekali tiada panduannya dalam al-Quran dan as-Sunnah. Golongan ini menggunakan akal fikiran dan kepintaraan fikiran mereka sendiri, membuat penambahan atau mengubah syariat Islam dalam amalan dan ibadah, menyelisihi apa yang dibawakan, demokan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Maka, Isam yang diamalkan tidak lagi murni dan asli. 
Paling terdepan dalam pencemaran agama ini adalah syirik samar (contoh: mengakui kejayaan kita dalam sesuatu itu semata-mata kerana usaha kita atau kebijaksanaan akal fikiran atau strategi atau kepintaran kita), melakukan pelbagai kurafat (contoh: memakai gelang magnet kononnya boleh menghindar diri dari sesuatu penyakit/menyembuhkan sesuatu penyakit), mempercayai pelbagai perkara tahyul (contoh: adanya hantu toyol yang mencuri wang yang hilang, adanya penunggu di atas pohon besar, atau perigi buta, dll) dan dalam urusan ibadah dan amalan bertaklid kepada manusia (mengikuti amalan dan cara beramal para ulama’ dan ilmuan tertentu yang tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah) dalam tarikat dan fahaman sufi, dll dan mengamalkan bida’ah, terutama meyakini wujudnya ‘bida’ah hasanah’ dalam perkara agama (contoh: menyebut ‘Nawaitu …’ ketika berwudu’, menyebut ‘Usolli…’ ketika memulakan solat, membaca Do’a Qunut pada solat subuh, membaca tasbih ‘Subhanallah, wa-hamdulillah, wa-lailaha ilallah wallahu akbar’ dalam 7 dan 5 takbir ketika Solat Aid, menambah kalimah ‘wa-bihamdihi’ dalam tasbih Rukuk dan Sujud, berdo’a selepas solat secara berjema’ah, membaca al-Quran dan talqin di kubur, majlis tahlil berkala untuk simati, dll). Semua amalan ini tidak ada nas dan dalil al-Quran atau as-Sunnah, maka membuat pembaharuan dalam urusan agama yang manusia tidak ada hak membuat pembaharuan atau perubahan kepada agama yang dicipta Allah (a.w) sebagaimana aqidah dan syariat Islam yang disampaikan kepada manusia oleh Rasulallah (s.a.w)! 
Rasulallah (s.a.w) memberitahu Allah (a.w) tidak akan menerima kesemua amalan dan ibadah pengamal bida’ah, dan mereka terkeluar dari Islam sebagaimana terkeluarnya sehelai rambut dari adunan tepung roti (maksudnya, segala amalan dan ibadah serta aqidah Islamnya hangus, hapus dan terhakis sama sekali). Maka mereka tidak lagi diakui Islam oleh Allah (a.w). Maka, pasti mereka tidak mendapat syurga walaupun nampak lahiriahnya orang yang soleh dan ‘alim. Malah mereka syirik kerana apa yang mereka lakukan adalah suruhan satu pihak yang mengatasi suruhan Allah (a.w) dan suruhan RasulNya. 
Agama Islam itu adalah ciptaan Allah (a.w) untuk manusia dan disampaikan kepada Rasulallah (s.a.w) melalui wahyu dan perantaraan malaikat Jibril (a.s) (apakala perlu dicontohkan praktikalnya), dan disampaikan kepada manusia oleh Rasulallah (s.a.w). Tiada siapa yang boleh mengubah ciptaan dan ketetapan Allah (a.w) dalam semua perkara, termasuklah ketetapan dan peraturan mengenai Islam dan cara mengamalkan atau mengibadahkan ketetapan khusus dan umum aqidah dan syariat Islam.
Baru--baru ini Mufti Selangor dan Mufti Kedah telah mengkedepankan ijtihad yang kata mereka didasarkan kepada pandangan 'para ulama muktabar' yang mengatakan beberapa amalan yang disebutkan terkeluar dari nas dan dalil itu boleh diamalkan. Apakah begitu? Ulama' adalah mengikut al-Quran dan as-Sunnah, 'pewaris para nabi'. Rasulallah (s.a.w) memebritahu dalam as-Sunnah para nabi mewariskan ilmu - ilmu mengenai perkara akhirat - imu menegnai agama - ilmu al-Quran dan as-Sunnah (i.e. ketetapan Allah (a.w). Yang paling cocok menjadi pewaris para nabi adalah para ulama' yang memiliki ilmu al-Quran dan as-Sunnah, mereka faham dan mereka beramal hanya dengan dasar ilmu tersebut. Kalau ulama' memerintahkan berbuat sesuatu yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah, mereka bukanlah ulama' dalam konteks Islam. Mereka bukanlah 'pewaris para nabi' kerana para nabi tidak mewariskan kebatilan dalam perkara agama.
Kita hanya mampu berdoa'a semoga Allah (a.w) tunjukkan kepada mereka jalan yang benar, kerana dalam Islam umat Islam tidak dibenarkan dengar apatah lagi patuhi perintah yang bersifat 'maksiat' (= perintah yang bertentangan dengan ketetapan as-Sunnah).


Jazakallahu khairah

Monday, January 4, 2016

Kembali kepada Asal

Assalamualaikum,
Saudara, sempena tahun baru Masihi ini, kita mulakan proses muhasabah diri kita. Sudah setahun lag berlalu. Maka kita kini sudah menghabiskan setahun lagi umur kita atau kita melangkah setahun lagi kepada destinasi ajal kita. Apakah kita sudah benar0benar yakin bahawa kita berada di jalan yang benar dalam perkara agama kita? Apakah kita sudha bersedia dan menyediakan diri secukupnya untuk menemui ajal kita dan akhirnya kelak menemui Allah (a.w) yang menciptakan kita dan yang akan mengurniakan kita syurga?
Insya Allah, dalam tahun ini kita cuba muhasabah diri. Semak semula kedudukan kita.Dan, renungi kembali apakah kita telah berada di atas jalan yang benar - jalan yang diridhai Allah (a.w)? Apakah kita sudah menyemak semula segala apa yang kita lakukan dalam hidup kita dalam perkara menyediakan diri untuk kesejahteraan akhirat - percakapan dan perlakuan kita - dalam perkara aqidah, dalam urusan amalan dan ibadah - yang wajib dan yang sunat - dan segala infaq dan sedekah, dan segala amal makruf kita menepati preskripsi Islam yang Allah (a.w) beri kita panduan melalui utusannya, Rasulallah (s.a.w), berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah?
Saudara, kita mulakan hisaban diri kita dengan memahami hakikat-hakikat berikut:
Pertama, kenapa kita Islam? Dan, bagaimanakah kita menerima Islam kita? Bagaimanakah kita mengamalkan Islam kita? Apakah dasardan asas panduan kita dalam Islam selama ini?
Saudara, kita Islam kerana kita dilahirkan dalam keluarga Islam - ibu dan bapa kita Islam. Islam kita bukan pilihan kita sendiri! Maka dengan itu kita mewarisi panduan Islam yang tidak berdasarkan panduan yang hakiki lagi benar! Kita diberi pendiikan oleh ibu bapa kita untuk persediaan untuk dunia  - dari peringkat tadika, sekolah rendah, sekolah menenagh, kolej dan terus ke institusi menara gading - di university. Ada diantara kita yan pintar, maka Berjaya sampai mendapat gelaran 'Dr' kerana mendapat Ijazah Lanjutan (Post-Graduate) Ph D dalam pelbagai bidang atau sebagai Pakar/specialist dalam bidang perubatan. Berapa lama kita menyediakan diri untuk mendapatkan Ph D itu? 2+6+6+2+4 = 20 tahun - semata-mata untukmemanfaatkan kita semasa hidup selama berapa lama pula? Kita mula belajar di peringkat tadikat umur 5 tahun + 20 tahun, maka kita mula bekerja/makan gaji atau buat bisnes selepas umur 25 tahun dan kemudian pada umur 60 tahun kita 'bersara' atau rehat. Ilmu yang kita terima dan kuasai memanfaatkan kita hanya untuk 60-25 tahun = 35 tahun sahaja. Kemudian, jika umur kita panjang kita hidup dalam keadaan bersara selama 5 atau 10 atau 15 tahun lagi! Kemudian ajal kita sampai.
Kita Islam kerana kita diberitahu bahawa Islam sajalah agama yang dicipta Allah (a.w), yang memberi peluang kita hidup, untuk kita (manusia). Kerana agama selain Islam adalah agama yang tidak diterima Allah (a.w). Islam sajalah agama yang diterima Allah (a.w), kerana Allah (a.w) yang cipta agama itu untuk kita anuti. Dan, kita diberitahu kematian bukanlah penamat cerima kehidupan kita. Kerana, ada 3 alam lagi yang wajib kita tempuhi -alam barzah ketika dalam kubur, alam padang makhsyar ketika dibangkitkan untuk menerima balasan - baik (=syurga) atau buruk (=neraka), dan akhirnya alam akhirat, iaitu kesudahan yang kekal. tanpa batasan waktu.
Soalnya, adakah kuta telah menyediakan diri sebagaimana kita menyediakan diri untuk hidup bahagian di dunia - mempelajari selok belok keperluan dan ketetapan dan tuntutan 3 alam yang lebih lama tempohnya itu? Sebenarnya, kita abaikan keperluan untuk 3 alam yang lebih panjang tempeh dan waktunya - malah yang akan kekal selama-lamanya. Kita takpun bersedia!
Kedua, bagaimana menyediakan diri untuk alam yang jauh lebih panjang dan kekal? Kita wajib faham bahawa Allah (a.w) mencipta agama untuk pegangan kita. Allah (a.w) mengutuskan seorang insan untuk memberitahu kita setiap kehendak dan preskrip Allah (a.w) yang wajib kita ikuti dan patuhi - iaitu anduan ilmu dengann membekalkan kepada kita rujukannya sebagaimana kita mencari kitab/buku rujukan untuk Berjaya sampai ke tahap Ph D untuk keperluan duniawai.
Allah (a.w) memberikan kita al-Quran - panduan mutlak bagi setiap orang Islam. Kemudian Allah (a.w_ memberikan kepada manusia (i.e. kita) Rasulallah (s.a.w) untuk membimbing kiat memahami al-Quran, maka terwujudlah as-Sunnah (atau al-Hikmah yang disebutkan dalam al-Quran). Kita diberitahu bahawa sebagai seorang Islam kita wajib taatkan secara mutlak dua pihak iaitu Aklah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Malangnya, majority orang Melayu - yang rata-rata merasakan mereka adalah orang Islam - tidak mengutamakan nasihat dan panduan Rasulallah (s.a.w), sebaliknya mereka mengutamakan pandnagan dan pendapat para ilmuwan yang mereka anggap benar, walaupn majority para ilmuwan dan ulkama', sendiri jahil tentang Islam dan tuntuannya.
Menyediakan diri untuk kejayaan akhirat memerlukan ilmu. Umat Islam itu diwajibkan belajar ilmu: 'Talabul ilmi faridatun 'ala kulli muslim'. Dan, kita diberitahu pula ilmu yang kita wajib belajar adalah 3: 'Al-ilmu thalathatun; wa-ma siwa zalika fahua fadlun; ayataun mukhkamatun, au sunnatun qaimatun, au faridatun 'adilatun' (Yang bermaksud: Adapun ilmu yang wajib dipelajari oleh orang Islam yang beriman itu ada 3, selain yang tiga itu bermanfaat (tetapi tiada nilai akhirat) (yang diwajibkan itu adalah) ayat-ayat yang menghukum (i.e. al-Quran), Sunnah yang tegak (i.e. al-Hadith yang benar sahih) dan hokum faraid (pembahagian harta warisan yang adil) - al-Hadith. Apakah kita menumpukan masa sebagaimana kita menumpukan masa belajar ilmu duniawi - membuka kitab, belajar dari guru secara formal, faham ilmunya, dan menamatkan pengajian kita sampai lulus tadikanya, peringkat rendahnya, peringkat menengahnya, peringkat kolejnya dan universitinya? Malah sampai dapat Ph D pula? Dalam ilmu akhirat - iaitu al-Quran dan al-Hadith?
Memang ada sekarang orang Islam yang belajar ilmu mengenai al-Quran (membaca, memahami tafsirnya dan menghafalnya) dan as-Sunnah (Kuttubul Sittah dll kitab hadith termasuk koleksi hadith 'pengasas' fahaman mazhab - as-Syafie spt al-Umm, ar-Risa;ah dll, Imam Ahmad ibni Hanbal spt Muato', Imam Malik b Anas, Imam Abu Hanifah, kerana mereka itu juga adalah ulama' muhadithin sebagaimana Imam  Bukhari, Muslim, an-Nasa'i, at-ermidzi, Abu Daud dan Ibnu Majah. Belajar ilmu pula melalui proses tadisi pengilmuan duniawi - peringkat rendah,  menengah, peringkat kolej dan universiti - sampai mendapat Ph D dalam bidang ilmu al-Quran dan as-Sunnah dari Universiti Madinah, Universiti Jordan dan sebagainya. Atau, belajar secara berguru dalam system dan kaedah mangkul, musnad dan muttasil dengan mahaguru al-Quran dan as-Hadith di Mekah dan Madinah? Selepas 10 atau 20 tahun menjadi hafiz dan khattam kitab-kitab hadith yang merupakan koleksi seramai 49 ulama' hadith (muhadithin)?
Tapi, walaupun begitu, masih belum faham Islam dan tututannya! Ilmu keIslaman itu wajib dipelajari secara jaedah yang dipelajari atau disampaikan oleh Allah (a.w) kepada UtusanNya - secara 'manqul' (i.e. berguru berdepan), 'musnad' (i.e. ada sanadnya atau rentetan perawi hadith sampai kepada sumber asalnya, iaitu Rasulallah (s.a.w), yakni sampai kepada penerima pertama ilmu tersebut, iaitu Rasulallah (s.a.w), dan sanad itu 'muttasil' bersambungan sampai kepada Rasulallah (s.a.w) tanpa ilmu tanpa terputusa sanad tersebut dan kerana proses sedemikian ilmu yang diterima/diperilehi adalah murni, tidak dicemar atau tercemar oleh pendapat dan pandangan manusia.
Mengapa? Sumber ilmu dalam Islam itu adalah Allah (a.w) dan panduannya adalah al-Quran dan penjelasan atau pendetailan mengenai setiap sesuatu dimensi atau perspektif ilmu itu adalah berdasarkan wahyu Allah (a.w) kepada Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) diberi hidayah oleh Allah (a.w) dan dijadikan orang yang membawakan hidayah yang benar tentang Islam. Dan, dalam konteks praktikalnya, Rasulallah (s.a.w) diajarkan oleh Malaikat Jibril (a.s). Maka dengan itu panduannya dan ilmunya murni dan tidak dicemari oleh orang lain. Kerana yang tahun secara sempurna aqidah dan syariat islam itu adalah Allah (a.w), kemudian Jibril (a.s) - orang yang menyampaikannya dan mengajarkan Rasulallah (s.a.w), dan akhirnya Rasulallah (s.a.w) - orang yang ditugaskan menyampaikannya dan mengejarkan manusia sejagat. Walaupun Rasulallah (s.a.w) - sebagai manusia tidaklah 'immortal' (hidup selama-lamanya) namu  ilmu yang disampaikan oleh beliau tetapi sah dan murni selama-lamanya sehinggalah kiamat dunia jika manusia itu berpandukan hanya al-Quran dan as-Sunnah.
Ketiga, kita berada dalam Islam hanya dengan satu matlamat dan tujuan. Apa? Kita inginkan kejayaan akhirat. Kejayaan akhirat adalah selamat dari  siksaan neraka dan mendapat kenikmatan yang paling utama dan terbaik serta tanpa batasan iaitu menjadi penghuni syurga. Kehidupan dunia adalah pendek dan sengkat berbanding kehidupan akhirat. Nikmat dunia - sebaik manapun - tidak sampai 1/70 nikmat akhirat dalam semua perkara. Sebaliknya, api dalam neraka itu adalah 70 kali ganda kepanasan api yang terpanas di dunia! Sudahlah panas, kita tersiksa tetapi kita tidak akan mati lagi dan tidak pula terlepas walaupun sesaat dalam siksaan! Maka, untuk seamat kita wajib bersedia dan menyediakan diri semasa masih hidup. Setelah sampai ajal mati kita tidak ada gunanya lagi!
Maka dengan itu, kita wajib faham bahawa syurga itu didapati dengan mematuhi ketetapan Ayat 13: an-Nisa' - taatkan Allah (a.w) (maksudnya, ikuti ketetapan al-Quran) dan taati Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, ikti ketetapan as-Sunnah. Kita tidak perlu akur dengan perintah manusia, walaupun manusia yang memerintah kita itu ulama' yang disanjung manusia, kerana kefahaman tentang Islam para ulama' tidak setanding dengan kefahaman dan ilmu Rasulallah (s.a.w). Malah ada ulama' yang membuat ijtihad (ketetapan) dalam kejahilan ilmu, contoh mufti Kedah dan Mufti Selangor yang membuat ketetapan berdasarkan pendapat para ulama' yang bertentangan dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Cuba semak fatwa yang mereka keluarkan baru-baru ini.
Dalam menjalani kehidupan kita wajib kita akur untuk mematuhi setiap suruhan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dan menjauhi setiap tegahan atau larangan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dan kita wajib waspada had-had dan batasan-batasan agama dalam perkara bentuk-bentuk ibadah dan amalan, cara dan kaedah beribadah dan beramal, supaya tidak berlawan dengan ketetapan as-Sunnah. Jika kita gagal, kita gagal mendapat syurga dan kita pasti masuk neraka - Ayat 14: an-Nisa'. Kita wajib faham mentaati Allah (a.w) dan mentaati Rasulallah (s.a.w) adalah kewajipan mutlak - tidak boleh tidak. Bukan mentaati ulama'.
Keempat, panduan agama yang benar hanyalah al-Quran dan as-Sunnah. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu: 'Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, kitabballahi wa-sunnata nabiyi' (Yang bermaksud: Aku tinggalkan pada kaian dua perkara yang jika kalian berpegang kepda kedua-duanya, kalian masti tidak akan sekali--kali sesat selama-lamanya (dalam mencari jalan selamat dari neraka dan berjaya mendapat syurga) - al-Hadith. Maka dengan itulah ilmu yang wajib kita pelajari, fahami dan jadikan asas dan panduan amalan, ibadah dan kehidupan adalah al-Quan dan as-Sunnah. Kita wajib belajar secara formal dan sistematis bukan dengan mendengar takzirah dan ceramah yang tidak menentu isi dan tujuannya.
Al-Quran itu mengandungi 3 ilmu: (a) hukum hakam dalam Islam - yang dibolehkan dan yang tidak dibolehkan kita lakukan - secara lisan atau perbuatan; jika dikerjakan diberi ganjaran ahala dan jika diabaikan dikenakan dosa, dan akhirnya menentukan apakah kita berjaya atau gagal di akhirat kelak; (b) ketetapan mengenai aqidah dan syariat Islam meliputi pelbagai bentuk pengabdian - amalan dan ibadah - dan kaedah serta cara mengamalkan ibadah dan amalan yang diwajibkan dan disunatkan; dan (c) cerita-ceritah tentang para nabi, rasul dan orang-orang atau personaliti tertentu supaya dijadi iktibar dan pengajaran - yang baik dijadikan ikutan dan yang tidak baik supaya jangan ditiru dan dijadikan contoh tauladan.
Kelima, orang Islam diwajibkan menjadikan Rasulallah (s.a.w) contoh ikutan dalam mengabdikan diri kepada Allah (a.w) dalam semua perkara.Allah (a.w) perintahkan kita supaya taatkan Rasulallah (s.a.w) - buat atau ambi pakai apa yang beliau sampaikan dan tinggalkan apa yang belaiu larang atau tegah - Ayat 7: al-Hasyr. Allah (a.w) me,beri jaminan pula bajawa jika kita entaati beliau - maksudnya ikuti panduan as-Sunnah 'to the letter', kita diakui telah mentaati Allah (a.w) - Ayat 80: an-Nisa'. Tapi, kenapa majority umat Islam menolak sebahagian ketetapan as-Sunnah dan menerima pandangan ulama' atau manusia? Apakah ada manusia yang lebih tau Islam berbanding dengan Rasulallah (s.a.w)? Malah ramai pula manusia berpandangan bahawa syariat Islam - bentuk-bentuk amalan dan ibadah, kaedah dan cara beribadah dan beramal itu - perlu ditokok tambah atau wujud penambahbaikan? Seolah-olah manusia berpandangan bahawa Rasulallah (s.a.w) belum sempat menyampaikan syariat Islam itu sepenuhnya?? Itulah asas pandnagan mereka yang mengatakan wujudnya 'bida'ah hasanah' dalam agama!
Keenam, sebagaimana yang telah dihuraikan dengan panjang lebar dalam posting yang terdahulu. Sahnya Islam itu adalah berdasarkan 2 kriteria: (1) kita berpandukan dalam semua perkara mengenai Islam kepada ketetapan atau panduan as-Sunnah (Harus ingat: berpandukan as-Sunnah termasuk berpandukan al-Quran kerana as-Sunnah memperjelaskan dan memperincikan al-Quran; dan (2) kita wajib berjema'ah secara formal dalam menganuti Islam.
Ada para ilmuwan Islam yang menyebut bahawa 'berjema'ah' itu bahawa kita bersandarkan cara dan akedah penghayatan Islam para sahabat salfus-soleh dahulu, kerana Islam yang mereka anuti adalah murni dan tidak tercemar. Ada yang berpandangan jika kita melakukan beberapa perkara amalan dan ibadah secara berjema'ah - termasuk bersolat Jema'ah, kata mereka - kita dikira sudah berjema'ah dalam Islam! Namun, kita wajib fahami ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan penejelasnannya atau perincian hakikat berjema'ah itu dihuraikan seoenuhnya oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah.
Dalam perkara ini, pokoknya, kita ditegah berfirqah atau bermazhab atau berkumpulan tersing - Ayat 103: ali-Imran yang diperincikan maksudnya dalam as-Sunnah. Kita disuruh taati 3 pihak dalam Islam , bilamana pihak ke-3 adalah 'ulil amri' (atau Imam/Amir) - orang yang diangkat mengetuai Jema'ah umat Islam - Ayat 59: an-Nisa'. Rasulallah (s.a.w) memperjelaskan ketetapan meliputi ketaatan kepada kepimpinan itu sebagai tidak mutlak, maksudnya, tidak bleh diikuti jika 'ulil amri' itu menyuruh lakukan sesuatu yang bertentangan dengan atau berlainan dari ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Sehubungan itu, kita diberitahu bahawa jika kita lakukan sesuatu yang brtentangan dengan as-Sunnah, batal amalan kita, kerana setiap sesuatu yang berlainan dari ketetaoan as-Sunnah menunjukkan pencemaran dalam amalan dan ibadah (yakni, bida'ah). Dan, jika kita tidak berjema'ah secara formal dalam Islam, maka semua amalan dan ibadah kita tidak diterima Allah (a.w).
Ketujuh, ada ketetapan dalam Islam yang kelihatan emeh dan simplistic pada kita tetapi fundamental dalam Islam. Kalau kita terlibat dalam perkara tersebut, kita menanggung kerugian yang amat besar iaitu terlepas syurga dan terjerumus ke dalam neraka. Contoh: lelaki memakai emas dan perak dan sutera. Lelaki sedemikian diharamkan masuk syurga! Contoh ke-2: lelaki yang melabuhkan bahagian bawah pakaiannya - seluar, kain atau jubah - sampai menutupi kedua buku lalinya dan amalan tersebut menjadi rutin baginya, maka dia digam sebagai sombong kepada Allah (a.w), solatnya tidak diterima Allah (a.w) dan Allah (a.w), di akhirat kelak, tidak mahu melihatnya. Sesiapa yang Allah (a.w) tidakmahu emnoleh keadanya adalah orang yang menjad penghuni neraka yang amat dibenci Allah (a.w)!Itu larangan yang Nampak 'kecil' dan 'remeh' tetap amat utama dalam urusanmentaati secara mutlak ketetapan Allah (a.w).

Jazakallahu khairah