Assalamualaikum,
saudara kita teruskan penelitian kita tentang Islam - agama yang kita anuti itu - supaya kita dapat memahaminya dan dengan itu mengerjaka segala tuntuannya yang benar yang membolehkan kesemua amalan dan ibadah kita itu diterima Allah (a.w). Tidak ada gunanya kita mengamalkan pelbagai amalan dan mengerjakan pelbagai ibadah jika akhirnya tidakpun diterima Allah (a.w) dan tidakpun dicatitkan oleh para malaikat yang mencatit (Kiraman dan Katibin, atau Rakib dan Atid).
Saudara, bagi sesiapa yang betul mengaji ilmu mengenai Islam - iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah - kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa kita tidak sekali-kali akan sesat mencari jalan lurus ke syurga (siratul mustaqim) itu jika kita pastikan kita berpandukan dua panduan hidup orang Islam hak yang juga panduan amalan dan ibadah yang diterima Allah (a.w) setiap amalan dan ibadah kita. Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, kitabbalahi wa-sunnati nabiyi' (Yang bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan pada kalian dua perkara yang jika kalian berpegang kepada keduaduanya, pasti kalian tidak akan sesat selama-amanya (mencari jalan lurus ke syurga itu), iaitu (dengan berpandukan kepada) Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Sunnah NabiNya (i.e. as-Sunnah atau al-Hadith) - al-Hadith.
Saudara, apabila kita akur dengan ketetapan ini, kita juga menepati perintah Allah (a.w): 'Wa-ma khlaqtul jinna wal-insa illa liya'buduni' (Yang bermaksud: Tidaklah Aku (Allah) jadikan jinn dan manusia kecuali untuk memperhambakan diri mereka kepadaKu) - Ayat 56: az-Zariat. Inilah perintah induk al-Quran kepada makhluk jinn dan manusia. Kerana Allah (a.w) yang mencipta mereka, maka Allah (a.w) berhak menentukan apakah tujuan mereka diberi peluang untuk menjalani kehidupan di dunia.
Saudara, sejajar dengan perintah induk itu Allah (a.w) memberitahu kita pada Ayat 13: an-Nisa': jika kita taati Allah (a.w) (maksudnya, ikuti ketetapan al-Quran) dan jika kita juga taati Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah atau al-Hadith), kita PASTI masuk syurga. Itu janji Allah (a.w). Sebaliknya Allah (a.w) memperingatkan kita pada Ayat 14: an-Nisa': jika kita menolak Allah (a.w) (i.e. menolak ketetapan al-Quran, walaupun hanya satu ayat) dan kita menolak Rasulallah (s.a.w) (i.e. menolak as-Sunnah walaupun sepotong hadith Rasulallah (s.a.w); dan kita juga melanggar batas-batas ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, batasan-batasan hukum dan ketetapan dalam al-Quran dan as-Sunnah), maka kita PASTI masuk neraka.
Saudara, bagi kita yang belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, kita tahu dan faham bahawa ketaatan terhadap/kepada Allah (a.w) itu adalah ketaatan yang mutlak - tidak boleh tidak. Begitu juga ketaatan kepada/terhadap Rasulallah (s.a.w) adalah juga ketaatan yang mutlak - tak boleh tidak. Walaupun Rasulallah (s.a.w) sudah wafat, namun kita wajib mentaatinya dengan berpandukan as-Sunnah atau sunnahnya dan mengerjakan amalan dan ibadah berdasarkan as-Sunnah. Ini adalah perintah Allah (a.w): 'Wa-ma atakumur-rasula fa-khuzuhu, wa-ma nahakum fan-tahu' (Yang bermaksud: Apa-apa yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kamu ambil (maksudnya, ambil pakai dan kerajakan) - Ayat 7:al-Haysr.
Kemudian Allah (a.w) memberi kita tahu jika kita mentaati Rasulallah (s.a.w), Allah (a.w) mengakui bahawa kita telah mentaati Allah (a.w). Firman Allah (a.w): 'Man (-ai) yuti'ir rasula fa-qad 'atallahi ' (Yang bermaksud: Barangsiapa yang mentaati Rasulallah (s.a.w) maka dia telah mentaati Allah (a.w) - Ayat 80: an-Nisa'. Kita telah diberi jaminan oleh Allah (a.w), suatu kepastian iaitu jika kita ikuti as-Sunnah sudah pasti kita mentaati peritah Allah (a.w), kerana setiap sesuatu yang diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah atas asas wahyu atau, jika perlu didemokan, maka Allah (a.w) utuskan Jibril (a.s) turun ke dunia mengajarkan Rasulallah (s.a.w) bagaimana.
Seseorang yang akui dirinya Islam, dia wajib secara mutlak, akur dengan perintah Allah (a.w) (i.e. akur dengan al-Quran - hukum-hakamnya diikuti dan dipatuhi, cerita-ceritanya diyakini dan dijadikan tauladan dan pengajaran, dan panduan-panduannya dipatuhi. Hanyalah, ketetapan yang fardhu itu wajib diikuti tanpa pengecualian, ketetapan yang bersifat sunat, itu dikerjakan sebaik mungkin atau sebanyak mungkin. Contoh: dalam perkara solat - yang fadhu wajib dibuat tanpa pengecualian, dan yang sunnat dikerjakan sebanyak mungkin. Kerana, kita bersyukur kepada Allah (a.w). Kita mengharapkan kasih sayang Allah (a.w).
Saudara, umat Islam yang berilmu itu faham bahawa dunia ini adalah tempat bersedia untuk berjaya selepas kematian - kerana akan ada siksaan dalam kubur, timbangan pahala dan dosa di padang makhsyar dan balasan yang kekal selepas itu di akhirat, iaitu syurga atau neraka. Allah (a.w) memberitahu kita bahawa hanya ada dua kesudahan bagi kita:
Firman Allah (a.w): 'Fariqun fil-jannati, wa-fariqn fis-sa'iri' (Yang bermaksud: Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka) - Ayat 7: as-Suri.
Sehubungan itu, jika kita inginkan syurga maka hendaklah penuhi ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 13: an-Nisa' itu iaitu mentaati Rasulallah (s.a.w). Contoh: apabila Allah (a.w) perintahkan supaya murnikan agama Islam - aqidah dan syariatnya, maka kita wajib murnikan tanpa menokok tambah. Dan, apabila Allah (a.w) perintahkan taati Rasulallah (s.a.w) kita wajib akur. Dan, apabila Rasulallah (s.a.w) beritahu jangan buat pembaharuan dalam urusan agama - bida'ah - jangan buat bida'ah, maka kita wajib akur jangan cemarkan Islam dengan bida'ah. Hari ini majority umat Islam mengamalkan satu atau berbagai bentuk pembaharuan atau bida'ah, walaupun kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa semua atau setiap bida'ah adalah kesesatan. Majoriti umat Islam berkeras mengatakan wujud apa yang mereka kata 'bida'ah hasanah'! Jelaslah, mereka engkar dengan perintah Rasulallah (s.a.w) dan perintah Allah (a.w). Kerana, Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam urusan agama, tiada bida'ah yang baik. Semuanya sesat dan menyesatkan!
Apakah akibatnya menolak ketetapan Rasulallah (s.a.w)? Menolak as-Sunnah? Jelas. Sesiapa yang menolak as-Sunnah walaupun sepotong hadith, maka dia terkeluar dari Islam.
Umat Islam yang belajar secara sistematis ilmu al-Quran dan as-Sunnah mengikut sistem dan kaedah yang betul, mereka tahu akibatnya. Dalam as-unnah begitu banyaknya kita temui hadith tentang 'pembaharuan dalam perkara agama' atau bida'ah ini. Antara akibatnya adalah: pertama, kesemua amalan dan ibadah kita - yang fardhu dan yang sunat - tidak diterima Allah (a.w) - jadi rugi serugi-ruginya; kedua, mengamalkan bida'ah menyebabkan kita terkeluar dari Islam tanpa kita sedari yang kita sebenarnya tidak lagi Islam; ketiga, kita dikatakan sudah syirik terhadap Allah (a.w), kerana tiada bida'ah hasanah dalam agama Allah (a.w) tidak mengampuni dosa-dosa kerana syirik. Kita wajib fahami hakikat ini. Kalau Rasulallah (s.a.w) beritahu tiada 'bida'ah hasanah' dalam perkara agama, maka Allah (a.w) sebenarnya yang memberitahu tiada bida'ah hasanah dalam perara agama - maksud dalam perkara aqidah dan syariat. Kerana mengatakan wujud walhal Allah (w.) dan RasulNya kata takda, maka seolah-olah kita atau ada pihak lain yang lebih faham tentang Islam dan lebih berkuasa dalam perkara agama, selain Allah (a.w)! Dan, ingatlah dosa syirik tidak diampun Allah (a.w). Rasulallah (s.a.w) secara jelas memberitahu umatnya (i.e. kita semua), tapi kita engkar, maka seolah-olah kita meyakini ada kuasa ketuhanan yang lebih berkuasa dari Allah (a.w) yang menyuruh kita berbuat bida'ah. Keempat, do'a orang yang mengamalkan bida'ah tidak diterima Allah (a.w). Kelima, taubat orang yang berbuat bida'ah tidak diterima Allah (a.w) selagi dia mengamalkan bida'ah.
Sauadara, hari ini kerana kejahilan ilmu di kalangan majority umat Islam, termasuk mereka yang dinobatkan sebagai 'ulama' atau menganggap dirinya ulama' mengamalkan bida'ah. Dan mereka mengajarkan pula orang lain supaya ikuti amalan mereka. Maka mereka mengajarkan kebatilan yang mendatangkan dosa. Dia berdosa kerana ajarkan kebatilan. Orang yang diajarkan kebatilan amalkan suatu kebatilan, maka berdosa pula. Dan,mereka ajarkan orang lain suatu kebatilan, dan 'muridnya' ikuti dia dan amalkan, muridnya mendapat dosa dan dia sebagai 'guru' mengajarkan nya mendapat kiriman dosa dari 'murid-murid'nya! Yang wajib diperingatkan adalah apabila seseorang yang kita ajarkan yang batil, kemudian dia amalkan yang batil itu, maka dia berdosa kerana mengamalkannya, tapi kita yang mengajarkan kebatilan sudahlah berdosa, dapat pula kiriman dosa dari orang yang kita ajarkan! Jelaslah satu 'double or triple or multiple jeopardy' bagi kita yang mempromokan kebatilan di dalam Islam, wal iya zubullah.
Oleh itu, berwaspadalah dalam urusan agama - sebagai pendakwah dan sebagai pengikut, jangan sia-siakan akhirat kita. Maka dengan itu kita wajib muhasabah diri terhadap amalan dan ibadah kita berdasarkan ilmu as-Sunnah, supaya tidaklah kita menjadi orang yang rugi- istiqamah beramal, tetapi tak diterima Allah (a.w). Maka dengan itulah kita wajib semak ilmu kita, amalan dan ibadah kita berdasarkan as-Sunnah, apakah selama ini kita berada di atas landasan yang betul, yang membolehkan mendapat syurga atau kita tersesat atau menyesatkan orang lain, atau kita tersasar jauh dari kebenaran. Maka dengan itu wajib kembali ke pangkal jalan - back to basics - supaya kita ada masauntuk memperbetulkan amalan dan ibadah, dan dapat keridhaan dan kerahmatan Allah (a.w).
Ingatlah, Allah (a.w) sentiasa membuka pintu taubat untuk kita selagi nayawa kita belum sampai ke kerongkong kita.
Ingatlah, Allah (a.w) sentiasa membuka pintu taubat untuk kita selagi nayawa kita belum sampai ke kerongkong kita.
Jazakallahu khairah