Wednesday, January 14, 2015

Orang Islam yang takut ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Semenjak tersiarkan Surat yang ditandatangani oleh 25 orang personality dalam akhbar The Sun dan The Malay Mail itu, mereka yang tersenarai itu jadi instant celebrity mempertahankan Perlembagaan Malaysia, undang-undang dunia, undang-undang manusia, undang-undang sekular, mengagungkan sistem mahkamah sivil dan kriminal yang digubal manusia, merendahkan sistem dan undang-undang Islam - walaupun undang-undang syariat yang ditentukan oleh para hakim syariah ala Malaysia - belum dapat disama-tarafkan dengan hukum-hakam Islam yang haq - yang dicipta Allah (a.w) dan disampaikan kepada manusia oleh Rasulallah (s.a.w) - berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
Namun, The Group whom I called The Group of 25 Liberals, were important personalities in their time. But, then they were not the best of the Malays nor the best of Muslims of their time. They were and still are 'modern Muslims' - liberal in heir lifestyles and their knowledge of Islam is nothing more than sketchy to say the best! They talked about Islam without referring to the al-Quran and as-Sunnah. More using their intellectual faculties. In dresses and attire, they never know that Islam prohibits them lengthening their garments to cover their ankles. Their wives never wear proper Islamic attires as prescribed by Islam. In fact their wives - then and may even be now - never cover their hair. Wear revealing clothes. Let alone cover their bosoms. They never cover their head or hairs, which is prohibited by Islam to be exposed to non-mahram! Basically they never know, or even if they were told, they never abide by the prescribed dress codes for Muslim men and women - not to lengthened their under garments - jubah or kain or seluar - above their ankles. Islam decrees that men who wear garments, in which the lower/bottom parts of which cover their ancles, Allah (a.w) will not accept their solat, and in fact they will not enter Paradise! Hence, the Islam dictates that the bottom portion of men's dress should not cover their ancles. That is the proper dress for Muslim men. If they are women, their dress can reveal their hair, their bossoms and their shapes. They never understand Islam more than what they learned from their forefathers about Islam. Hence, they practice and follow many amalan and ibadah which were considered innovations (bida'ah) in Islam as dictated by the al-Quran and the as-Sunnah.

They were mere bureaucrats doing what the government and society dictates, and not what Islam dictates. Hence, they cannot claim to be the champion of Islam, then and now. Being successful in the civil or public service does not mean that you are the best! The best are those who manage to achieve the vision and the spirit of life endevour to help the unfortunate and the oppressed and the neglected.
Saudara, majority umat Islam and kesemua rakyat Malaysia yang tidak Islam tidak faham Islam: apakah Islam dan apakah tuntutan Islam dan apakah ciri-ciri sebuah negara atau pemerintahan yang dikatakan pemerintahan dan kerajaan Islam. Malaysia akui dan pamirkan dirinya kepada masyarakat dunia sebagai negara Islam- negara Islam yang 'liberal'. Apakah ciri-ciri negara Islam yang liberal? Apakah ciri-ciri kerajaan Islam yang liberal? Apakah ciri-ciri kepimpinan Islam yang liberal? Ini adalah beberapa isu dan persoalan yang fundamental, dan relavan dalam memahai Islam dan menilai pandangan dan kedudukan The Group of 25 Liberals tersebut, dan dalam menilai respons dan riaksi umat Islam terhadap mereka dan penggunaan kalimah 'Allah' oleh Kumpulan Kristian Timur Malaysia itu. 
Islam itu hanya satu bentuk atau satu versi sahaja. Iaitu Islam yang diperintahkan oleh Allah (a.w) manusia akur dan ikuti iaitu - Ayat 59: az-Zariat - 'Aku (Allah) jadikan makhluk jinn dan manusia (bukan untuk tujuan lain) tetapi untuk memperhambakan diri atau menyembah dan mengerjakan amalan dan ibadah (sejajar dengan perintah dan ketetapan Aku (Allah (a.w))' Justeru itu, sesiapa yang qualify sedemikian adalah manusia yang menepati ketetapan tersebut. Jika menepati ketetapan tersebut maka mereka layak dikatakan Islam dan tuhan mereka adalah Allah (a.w).
Allah (a.w) utuskan para rasul - terutama Rasulallah (s.a.w) - rasul penamat untuk memberitahu dan mengajarkan manusia yang akur dengan ketetapan ayat tersebut bagaimana mengabdikan diri kepada Allah (a.w) - buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang  contoh Ayat 13: an-Nisa'; dengan mengajarkan manusia bentuk-bentuk amalan dan ibadah atau pengabdian, cara dan kaedah beribadah dan beramal, atau cara dan kaedah mengerjakan setiap amalan yang diperintahkan oleh Allah (a.w) kepada manusia yang Islam itu lakasanakan. Manusia yang Islam itu diwajibkan menerima sepenuhnya as-Sunnah kerana hanya dengan cara itu mereka benar-benar mengabdikan diri menepati ketetapan Allah (a.w) - Ayat 7: al-Haysr. Ayat 80: an-Nisa' dan Ayat 21: ali-Imran. Bukan mengikuti pendapat atau ajaran mana-mana manusia, termasuklah para imam dan ulama' yang dijadikan tokoh mazhab dewasa ini. Umat Islam hari ini mengikuti ajaran para imam atau ulama' sehingga membelakangkan ajaran Rasulallah (s.a.w). Malah apabila mereka bercakap tentang sesuatu mengenai Islam dan tuntutannya, mereka mendahulukan apa kononnya kata atau ajaran ulama'-ulama' Mazhab, spt Mazhab as-Syafie, dan tidak sekali-kali merujuk kepada al-Quran and as-Sunnah dahulu, baru merujuk kepada para ulama'. Maka timbullah, golongan umat Islam yang berbagai-bagai, termasuklah betapa hebatnya pengaruh kemazhaban di Malaysia dan negara-negara Nusantara hari ini. Fahaman yang telah menyimpang dan menyesatkan umat Islam. Kerana mereka mengabdikan diri tanpa dipandu oleh al-Quran dan as-Sunnah, tetapi dipandu oleh manusia. Mereka lupa yang diberi wahyu dan yang menerima wahyu dan yang diajarkan bagaimana Allah (a.w) perintahkan manusia mengabdikan diri kepadaNya, hanyalah Rasulallah (s.a.w)! Tiada seorangpun manusia yang sempurna ilmunya mengenai Islam kecuali Raulallah (s.a.w). Maka dengan wajib bagi manusia berpandu kepada as-Sunnah.
Para ulama' mereka sendiri tidak faham ajaran Imam as-Syafie, sehinggakan para ulama' tersebut mengagungkan Imam as-Syafie melebihi apa Imam as-Syafie sendiri inginkan, kerana Imam as-Syafie sebagai seorang Ulama' Hadith pastinya tidak mengajarkan umat Islam deviations atau innovations atau bida'ah. Saudara boleh tanya para ulama' sekarang apakah ajaran Imam as-Syafie dalam kitab-kitabnya, terutama al-Umm, tentang, sebagai contoh, dalam urusan Wudu' dan solat, haji dan umrah. Adakah apa yang mereka amalkan sekarang ini menepati ajaran Imam as-Syahfie? Apa lagi menepai as-Sunnah? Tidak.
Bagaimana menyembah dan mengabdikan diri etc itu manusia diperintahkan supaya akur dan ikuti ketetapan Rasulallah (s.a.w) secara mutlak - tak boleh tidak - Ayat 7: al-Haysr, kerana jika taatkan Rasulallah (s.a.w), i.e. ikuti as-Sunnah, pasti telah mematuhi perintah dan ketetapan Allah (a.w) - Ayat 80: an-Nisa' dan sesiapa yg ikuti perintah dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) maka Allah (a.w) akui telah mematuhi perintah dan ketetapan Allah (a.w) dan mencintai Allah (a.w), maka Allah (a.w) mencintai mereka dan menghakis segala dosa mereka - Ayat 21: ali-Imran. Justeru itu, Islam yang benar itu adalah yang menepati ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan diterjemahkan dalam realiti hidup mengikuti apa-apa yang ditetapkan, ditunjukkan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w).
Tanpa, kembali kepada ajaran yang haq dan mutlak - al-Quran dan as-Sunnah, pasti wujud 1,001 macam bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah beramal. Tak hairanlah kalau ada golongan yang akui diri mereka liberal. Kerana, dalam Islam tidak wujud apa yang disebutkan sebagai 'Islam liberal'. Islam itu hanya satu. Panduannya al-Quran dan s-Sunnah. Seseorang yang Islam tetapi jahil al-Quran dan as-Sunnah, pastilah mereka ikuti ajaran nenek moyang mereka dahulu, sebagaimana Arab jahiliah zaman Rasulallah (s.a.w) dahulu menolak Islam yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) dan mengamalkan ajaran nenk moyang mereka. Hakikatnya, umat Islam yang berpandukan ilmu warisan dari nenek moyang mereka - jika berlainan dari al-Quran dan as-Sunnah - tak ada bezanya mereka berbanding dengan masyarakat jahiliah Arab ketika Rasulallah (s.a.w) dinobatkan sebagai Rasul dulu. Bezanya hanyalah Aab jahiliah dahulu itu menyembah patung. Masyarajat Islam hari ini menyembah Allah (a.w) tetapi tidak secocok dengan dan menepati ketetapan dan perintah Allah (a.w) dalam urusan menyembahNya! Umat Islam diajarkan dan ditunjukkan bagaimana menytembah Allah (a.w0 boleh Rasulallah (s.a.w). Tetapi, umat Islam sekarang menyembah Allah (a.w) tanpa menepati kehendak Allah (a.w) sebagaimana yang diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w). Kerana mereka remehkan as-Sunnah. Mereka tinggalkan as-Sunnah. Mereka cipta sendiri segala sesuatu atas dasar ajaran manusia yang tidakpun diberi mandat oleh Allah (a.w) atau Rasulallah (s.a.w) membimbing mansuai dalam agama! Maka tak hairanlah sinario yang kita hadapi dewasa ini. Sinario dari segi pemerintahan, kerajaan, hukum hakam dan sebagainya. Justeru itu, mana-mana negara, mana-mana kerajaan dan mana-mana kepimpinan yang menetapi spesifikasi sedemikian itu telah melaksanakan aqidah dan syariat Islam dalam sistem kenegaraan, kerajaan, kepimpinan, perundangan, kemasyarakatan dll nya. Malaysia belum menepati spesifikasi tersebut. Jelaslah Malaysia adalah negara yang belum dapat dan mampu mendaulatkan ketetapan Allah (a.w) di muka bumiNya...
Saudara, sedikit sebanyak kita daulatkan ketetapan Allah (a.w) dalam kerajaan, pemerintahan, sistem, dan undang-undang tapi beberapa peratus sahaja - tidak sempurna! Justeru itu, kepimpinan Malaysia menyebut dan menghebahkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah negara Islam yang liberal dan moden...maka tidak hairanlah The Group of 25 Liberals itu sanggup, bersedia dan berani menyebut sistem, masyarakat dan kebebasan liberal dalam Malaysa. Apakah itu sistem yang diredhai Allah (a.w)? Apakah itu sistem, yang menepati kehendak Allah (a.w) manusia laksanakan di dunia... wallahu a'lam. Berfirqah-firqah, satu perkumpulan menafikan keIslaman yang lain, dan merasai diri mereka adalah Islam yang benar, tanpa merujuk kepada al-Quran dan asSunnah.
Saudara, tidak ada banyak versi Islam dalam ketetapan Allah (a.w). Tidak ada Islam liberal sebagaimana tidak adanya Islam membolehkan umatnya berpecah, Tidakada sunni atau syi'ah. Yang ada Islam yang panduanya adalah al-Quran dan as-Sunnah semata mata. Segala-galanya dalam melaksanakan dan menganutinya hendaklah berdasarkan dan menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah semata-mata - itulah agama Islam yang asli, tulen, murni dan benar. Jika begitu perundangannya hendaklah didasarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah.  
Saudara, dalam Islam itu Perlembagaan hidup umat Islam adalah al-Quran dan as-Sunnah yang wajib secara mutlak dipatuhi. Kemudian, kepimpinan memandu kerajan dan pemerintahan dan melaksanakan segala perincian dunia Islam melalui ijtihad yang dimusyawarahkan oleh barisan kepimpjnan ummah jika terdapat kekeliruan dalam memahami al-Quran dan as-Sunnah. Sebenarnya, segala sesuatu dan setiap sesuatu governing kehidupan manusia dan segala makhluk di atas bumi Allah (a.w) ini ada ketetapan yang jelas lagi sempurna dalam al-Quran dan as-Sunnah. Kerana syariat agama Islam itu sudah sempurna - Ayat 3: al-Maidah. Aqidah Islam itu sudah disemurnakan semenjak zaman Adam (a.s) dan diperkenalkan semula oleh para nabi selepasnya yang diutus sebagai 'pemberi peringatan' (nazir).
Saudara, selagi manusia Islam itu tidak menobatkan al-Quran - membacanya , memahaminya, dan mempelajari as-Sunnah sepenuhnya, maka selagi itulah manusia yang Islam itu tersesat dan disesatkan dalam Islam. Tak hairanlah apabila Rasulallah (s.a.w) memberitahu akan wujud 73 fahaman Islam di akhir zaman, kesemuanya mengakui dan yakin mereka berada di jalan yang benar (siratul mustaqim), tetapi 72 golongan atau fahaman agama tersebut, gagal mendapat syurga di akhirat kelak. Maksudnya mereka terjerumus ke dalam neraka, walaupun mereka solat, berpuasa, berzakat, menunaikan haji dan umrah, dan istiqamah dalam beramal dan beribadah. Dan Rasulallah (s.a.w) memberitahu hanya satu golongan atau fahaman agama sahaja yang berjaya mendapat syurga di akhirat kelak. Rasulallah (s.a.w) memberitahu mereka itu adalah golongan yang berpandukan 'ma ana 'alaihi, wa-ashabi' (merujuk kepada as-Sunnah - sunnah beliau dan sunnah kalifah ar-rasyidin al-Mahdiyin) dan mereka berjema'ah (secara formal dalam Islam). Kerana, Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam al-Hadith, dia perintahkan umatnya laksanakan 5 perkara, yang pertama adalah supaya berjema'ah secara formal dan jangan bermazhab, kerana Allah (a.w) perintahkan beliau dengan 5 perkara tersebut supaya berjema'ah. Perintah yang disebutkan oleh Allah (a.w) pada Ayat 103: ali-Imran.
Mudah-mudahan kita faham ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), kerana syurga itu dijanjikan oleh Allah (a.w) kepada mereka yang taatkan Allah (a.w) (maksudnya, ikuti al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, ikuti as-Sunnah) - Ayat 13: an-Nisya'. Neraka itu disediakan bagi manusia (termasuk yang akui dirinya Islam) yang menolak al-Quran dan menolak as-Sunnah dan melanggar batasan-batasan khusus (hudud) yang ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah) - Ayat 14: an-Nisa'. Ingatlah, semoga Allah (a.w) memberi petunjuk kepada kita sementara kita masih bernyawa, supaya fahami as-Sunnah untuk memahami al-Quran dan untuk berada sentiasa atas 'jalan yang lurus' untuk mendapat syurga, insya Allah. Jalan yang lurus itu adalah al-Quran dan as-Sunnah, maka berwaspadalah mengikuti ajaran para ulama' yang tidak fakih dengan al-Quran dan as-Sunnah, dan berpedomankan kepintaran dirinya sendiri.
Amin


Jazakallahu khairah


2 comments:

  1. terima kasih infonya gan.....
    infonya sangat bermamfaat dan enak dibaca......
    salam kenal dan salam sukses....
    mantap...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..
    Sangat memberi pencerahan

    ReplyDelete