Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah lihat sepotong hadith qudsi menyentuk tajuk di atas iaitu Solat Jum'at, ketika Allah (a.w) perintahkan kpd Rasulallah (s.a.w) dijadikan ibadah wajib umat Islam. Kita turunkan semula hadith tersebut:
Diriwayatkan hadith daripada Jabir bin Abdullah (r.a) berkata: ‘Telah berkhutbah Rasulallah (s.a.w) pada suatu hari, dengan sabdanya: ‘Wahai sekelian manusia! Bertaubatlah kamu kepada Allah (a.w) sebelum sesungguhnya dimatikan kamu. Dan cepatlah kamu sekelian beramal soleh sebelum sebok kamu. Dekatkanlah antara kamu sekelian dan antara Tuhan kamu. Perbanyakkanlah ingatkan (yakni, bersolat sunat, berzikir dan sebagainya) oleh sekelian kamu kepadaNya. Dan perbanyakkanlah oleh sekelian kamu akan sedekah di dalam senyap-senyap (yakni, tanpa diketahui orang) dan secara terang-terang (yakni, diketahui oleh orang sekalipun tetapi tanpa perasaan riak diri), memberi rezki pada kamu (oleh Allah (a.w)) dan semoga ditolongNya kamu dan ditampalnya (kekurangan amalan dan pahala kamu kerana sedekah itu). Ketahuilah sesungguhnya Allah (a.w) telah memfardukan atas kamu sekelian solat Jum’at di dalam tempat ini, di dalam hari ini, di dalam bulan ini, dari tahun ini sehinggalah ke hari Qiamat.
Maka barangsiapa meninggalkannya di dalam hidupnya atau sesudah tiada aku (yakni, setelah wafat aku), dan baginya (kamu diperintahkan oleh) imam yang ‘adil ataupun menyeleweng (yakni, yang tidak adil atau zalim mereka)(terus mengerjakannya), (sesiapa yang) meremehkannya (yakni, mengambil ringan atas solat Jum’at itu), atau menentangnya (yakni, tidak mengerjakannya), maka tidak akan dikumpulkan oleh Allah (a.w) bagi mereka pada hari huruhara (yakni, hari Akhirat), dan tidak diberkati (oleh Allah (a.w)) dalam perkara-perkara ugamanya. Ingatlah, (mereka yang sedemikian itu, yakni, yang tidak mengerjakannya atau meremehkannya atau menentang syariat solat Jum’at itu) tidak diterima (oleh Allah (a.w)) solatnya, tidak zakatnya, tidak hajinya, dan tidak puasanya, dan tidak amalan baiknya sehingga dia bertobat. Maka barangsiapa bertobat dia, Allah (a.w) zat yang Maha Penerima Tobat atas kamu sekelian. Ketahuilah, tidak boleh seorang perempuan mengimamkan lelaki. Dan tidak boleh mengimamkan orang Arab (yang tidak beriman) orang-orang yang berhijrah (yakni, muhajir). Dan tidak boleh mengimamkan orang yang derhaka (yakni, orang yang banyak dosanya) akan orang yang beriman, kecuali dipaksa dengan menggunakan kekerasan (yakni, kekuasaan kerajaan, kerana khuatirkan pedangnya dan cemetinya)’ [Hadith Ibnu Majjah]
Hadith di atas ini merupakan khutbah pertama bilamana syariat solat Jum’at itu difardukan oleh Allah (a.w). Perintah Allah (a.w) tersebut disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada para sahabat dan jema’ah Islam zaman itu (dan zaman kini sebagai lanjutan syariat solat Jum’at). Ketetapan yang disebutkan di dalam hadith tersebut melibatkan beberapa perkara. Dan, dalam ketetapan Rasulallah (s.a.w) tersebut, disebutkan beberapa ancaman besar terhadap umat Islam yang tidak mengerjakan atau meremehkan atau mengambil ringan solat Jum’at ini dari diamalkan olehnya. Antara yang wajib kita ingatkan adalah sekiranya kita abaikan dan ringankan solat Jum’at itu, kesemua amalan kita (fardu dan sunat) tidak diterima Allah (a.w), wal iyazubillah.
Pertama, Solat Jum’at itu telah difardukan oleh Allah (a.w) sehinggalah terjadinya Qiamat (yakni, wajib dikerjakan, tetapi hanya kepada lelaki sahaja);
Kedua, barangsiapa yang tidak mengerjakan Solat Juma’atnya, atau yang mengambil ringan solat Jum’at itu, tidak dikumpulkan Allah (a.w) pada hari qiamat, yakni di padang makhsyar (yakni, terus dicampakkan ke dalam neraka);
Ketiga, barangsiapa yang tidak mengerjakannya atau meremehkan atau mengambil ringan Solat Jumat itu, tidak diberkati Allah (a.w) hidupnya dan tidak diterima Allah (a.w) kesemua amalannya, yang fardu mahupun yang sunat;
Keempat, mereka yang tidak mengerjakan Solat Juma’at itu tidak ditolong Allah (a.w) di hari Qiamat kelak (yakni, masuk neraka);
Kelima, di dalam perkara solat, orang perempuan tidak boleh megimamkan orang lekaki (yakni, menjadi imam dalam solat berjemaah); dan
Keenam, orang yang derhaka (pasiq), yakni engkarkan perintah Allah (a.w), tidak boleh mengimamkan atau menjadi imam kepada orang yang taat dan beriman, kecuali dipaksakan berimam dengannya.
Di dalam hadith tersebut, Rasulallah (s.a.w) juga menasihatkan serta mengingatkan umat Islam beberapa perkara, iaitu:
Pertama, bertaubatlah sebelum mati dan Allah (a.w) itu Zat yg Maha Penerima Taubat;
Kedua, bersegeralah membuat amal ibadat ketika senang sebelum datang kesebokan dunia;
Ketiga, beramallah untuk mendekati diri kepada Allah (a.w) dengan melakukan pelbagai amalan seumpama berzikir, berwirid, bersolat sunat, berpuasa sunat, emmbaca al-Quran, belajar syariat Islam, dan sebagainya;
Keempat, banyakkanlah sedekah (yakni, menginfaqkan sebahagian rezki yang dikurniakan oleh Allah (a.w) sama ada secara senyap atau diam-diam ataupun secara terbuka (asalkan tidak dengan niat menunjuk-nunjuk atau riak);
Kelima, sedekah menampalkan atau menutup atau mengkifarahkan dosa-dosa yang dilakukan semasa hidup; dan
Keenam, perbanyakkanlah berzikir mengingati Allah (a.w) sebagai tanda dan bukti bersyukur kepadaNya.
Jazakallahu khairah