Thursday, July 30, 2015

Puasa Ramadhan dan Kejayaan mendapat syurga di akhirat

Assalamualaikum,
Saudara, kita baru sahaja selesai menunaikan syariat puasa Ramadhan bagi diri kita yang Islam. Umat Islam faham bahawa setiap kebaikan yang dikerjakan - sama ada yang wajib maupun yang sunat - digandakan Allah (a.w) dengan gandaan pahala 10 hingga 700 gandaan. Setiap kesalahan atau kemaksiatan yang kita lakukan dibalas dengan satu kejahahatan sahaja. Begitulah pemurahya Allah (a.w) terhadap hambaNya. Tetapi, dalam bulan Ramadhan, setiap kebaikan yang kita lakukan itu digandakan oleh Allah (a.w) lebih dari 700 gandaan tersebut - bergantung kepada kualiti amalan dan ibadah kita dan keikhlasan kita dalam mengerjakan ibadah tersebut. Allah (a.w) memberitahu dalam bulan Ramadhan, Allah (a.w) yang menetukan gandaan pahala setiap amalan trsebut, termasuk amalan Puasa itu sendiri. Dan, dalam bulan Ramadhan, setiap kejahatan dan kemaksiatan yang kita lakukan, Allah (a.w) juga menggandakan balasannya melebihi dari satu balasan yang ditetapkan dalam bulan-bulan selain bulan Ramadhan! Oleh itu, mereka yang tahu berwaspada.Mereka yangjahil menambah gandaan dosanya setiap kali mereka melakukan kejahatan atau kemasiatan dalam bulan Ramadhan! Maka bagi orang ini dia memudahkan dirinaya masuk neraka dan memudahkan pula disiksa secara berganda pula di ahirat kelak.
Puasa adalah Rukun Islam kedua selepas Solat. Bagi kita yang tahu dan faham tuntutan Islam - kerana kita mengaji atau menuntut ilmu mengenai ketentuan Islam - kita telahpun diberi 3 peluang untuk kembali kepada fitrah - maksudnya terhakis segala dosa-dosa kita yang lalu.
Islam memberi kita 3 peluang untuk membersihkan diri kita dari segala dosa melalui:pertama, kita berpuasa sepanjang bulan Ramadhan dengan mematuhi segala pantang larang berpuaa terutama segala sesuatu yang boleh membatalkan pahala puasa kita seperti kita mengumpat orang, mencaci hamun orang, melaga-lagakan orang, membuat pelbagai maksiat di siang hari dan dimalam hari Ramadhan. Jika kita berpuasa dengan penuh keikhlasan kerana mencari kerahmatan Allah (a.w) (maksudnya, mengharapkan pahala dari Allah (a.w) supaya kita mendapat syurga) dan kerana takutkan siksaan Allah (a.w) (yakni, takutkan dicampakkan ke dalam neraka) - Ayat 56: an-Nisa', maka kita berpeluang membersihkan dosa-dosa kita yang lalu, maka kita kembali dalam keadaan fitrah. Kedua, sepanjang Ramadhan kita mengerjakan pelbagai ibadah malam dan siang tambahan, terutama Solat Terawih, dan solat-solat qiam (tahajud, tasbih, witir, taubat dll) yang, membaca dan mengkhatamkan al-Quran dan berzikir dan bersedekah, terutama mengeluarkan sedekah untuk memberi makan dan minum kepada orang yang berpuasa ketika berbuka kerana inginlan juga kerahmatan Allah (a.w) dan takutkan siksaan dalam neraka Allah (a.w), maka kita berpeluang menghakis dosa-dosa kita yang lalu. Ketiga, pada 10 malam terakhir Ramadhan kita berjaya berIktikaf di masjid untuk mencari Lailatul Qadr, maka jika kita menemui Lailatul-Qadr, kita diberi ganjaran pahala seumpama mengerjakan pelbagai amal dan ibadah terbaik setiap saat dan ketika selama 1,000 ulan atau 83 tahun 4 bulan.
Saudara, demikianlah 3 peluang yang Allah (a.w) berikan kepada kita dalam bulan Ramadhan untuk kembali semula kepada keadaan fitran sebagaimanapertama kali dilahir oleh ibu kita dahulu - semua dosa kita dihapus kikis oleh Allah (a.w). Berapa ramaikah dari kita khususnya - dan umat Islam umumnya - yang berjaya mendapat ganjaran sedemikian? Wallahu a'lam.
Dalam sepotong hadith disebutkan bahawa ketika Rasulallah (s.a.w) sedang berkhutbah, beliau tiba-tiba menyebut 'Amin' 3 kali, dan para sahabat tercengang mengapakah Rasulallah (s.a.w) berbuat sedemikian, walhal tidak ada sesuatu dalam khutbahnya yang mengakibatkan dir menyebut kalimah 'Amn' tersebut. Apabila ditanya oleh sahabat, selepas khutbahnya, beliau memberitahu bahawa Jibril (a.s) datang membisikkan kepadanya 3 perkara, dan setiap kali selesai dia memberitahu satu perkara disuruhnya Rasulallah (s.a.w) kata 'Amin' itu. Apa dia 3 perkara tersebut?
Pertama, Jibril (a.s) memberitahu Rasulallah (s.a.w) bahawa celakalah seseorang yang Islam dan beriman ketika disebut nama Rasulallah (s.a.w)' atau 'Nabi (s.a.w)' atau 'Muhammad', dia tidak berselawat kepada Rasulallah (s.a.w) dengan menyebut 'Sallahu a'alihi wa-sallam'. Kedua, celakalah seseorang itu apakala semasa hidupnya dia masih mempunyai kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang daripadanya yang masih hidup, tidak menjaganya dan memeliharan kedua-dua dan bergaul dengan baik dengan mereka, sehinggakan tidak dapat mereka menghantarknya ke dalam syurga kerana mereka tidak redha terhadap anaknya. Syurga itu bergantung kepada keredhaan kedua ibubapa seorang anak itu. Malah amalan anak itu tidak diterima Allah (a.w) sekiiranya dia menganianya atau melakukan sesuatu yang tidak sewajarnya dilakukan oleh seorang anak terhadap ibubapanya. Ketiga, celakalah seorang Islam yang mengakui beriman itu apabila tiba Ramadhan, dia tidak berusaha meningkatkan amalan Puasa yang trbail supaya Ramadhan dapat menghakis segala dosanya dan mengembalikan dia ke alam fitrah semula.
Saudara, berapa ramaikah d8antara kita yang berjaya melaksakan puasa Ramadhan yang terbaik dan dengan itu berjaya mengembalikan kita ke dalam keadaan fitrah, bersih dari dosa?

Jazakallahu khairah