Wednesday, July 14, 2010

Menarik hari ini ... Motivasi ESQ 165 (Samb)

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini dalam akhbar Sinar Harian, termuat satu polemik pendapat serta pandangan dari para pebesar ugama di Indonesia tentang tindakan Mufti Wilayah Persekutuan yg bertindak mewartakan Proram Motivasi ESQ 165 sebagai program yg menyesatkan umat Islam. Kelmarin, tindak tanduk Mufti Wilayah itu disanggah oleh Mufti Perak, yg berpandangan tiada apa-apa yg mencurigakan dalam program ESQ tersebut. Penulis tak taulah apakah isi atau content Program ESQ tu. Mungkin ia hanyalah program motivasi macam program lain juga. Tapi, kerana program ini mendapat sambutan yg menggalakkan di banyak tempat oleh banyak organisasi dan orang atau syarikat coroporate ternama dan amat popular, maka tindakan Mufti Wilayah itu menimbulkan banyak polemik dan cemuhan. Tambahan pula, oleh kerana ramai orang yg bertempat dan berkedudukan tinggi dan berpengaruh dan berwibawa pernah menjadi almuni (bekas pelajar programnya), maka kontroversi itu semakin hebat. Hari ini jaguh ugama dan politik di Indonesia mempertikaikan tindak tanduk Mufti Wilayah itu.
Soalnya, kalau Mufti Wilayah bertindak silap, adakah dia itu cetek ilmunya tentang Islam dan syariatnya, walhal Mufti-mufti di 13 negeri lain lebih faham dan berilmu tentang Islam dan ESQ, sehingga mereka tidak sealiran dgn fikiran beliau? Mengapa wujud perbezaan pendapat? Atau, mungkinkah Mufti Wilayah cetek ilmunya tentang program ESQ dan hubungkaitnya dgn Islam dan syariatnya? Kalau Majlis Mufti tidak menolak program ESQ, mengapa pula Mufti Wilayah terasing, menolak?
Seronok juga membaca perbalahan orang-orang kuat Islam tentang suatu program yg bukanpun diajarkan oleh orang yg alim tentang Islam. Program motivasi yg rasa penulis menceduk sedikit sebanyak kekuatan kerohanian Islam dan syariatnya dan dijadikan bahan oleh motivator. Ramai orang yg bukan ahli ugama atau ulama' dalam konteks Islam gunakan sedikit sebanyak pengetahuan mereka tentang ugama bercakap macam ustaz atau macam ulama', demi menjayakan atau memarketkan program motivasinya.
Banyak contoh: Dato' Dr Fadhilah Kamsah, Dato' Ismail Kamus, Dato' Aidit Ghazali, Dato' suami-isteri Nurbaayah? adalah sample orang-orang sedemikian. Kalau kita tanya mereka tentang perincian ketetapan as-Sunnah, mereka akan terpinga-pinga. Justeru itu, personaliti di belakang program ESQ Dr Ari itu tentu sama. Bezanya, dia dan ESQ, dapat sokongan kuat orang kuat politik dan ugama di Indonesia, dan bekas pelajarnya orang kuat-kuat, mendapati programnya amat bermanfaat, maka lebih berjaya.
Soalnya, mengapakah kita telek suatu program itu sebagai program Islam walhal program itu bukan program Islam. Program pengilmuan Islam adalah program yg mengajarkan al-Quran dan as-Sunnah. Kalau orang ajar program lain, dia masukkan sikit sebanyak elemen (i.e. unsur-unsur) Islam, kita boleh lihat betulke atau tidak. Kalau tak betul, nasihatkan perancang program. Tak perlu melatah besar-besaran. Pokok pangkalnya kita wajar ingat, Prog ESQ bukan ajarkan Islam atau syariatnya. Program ESQ, macam banyak program motovasi lain, direka untuk cari fulus atau 'dirham dan dinar', bak kata masyarakat Arab jahiliah! Kalaulah resipi Barat tak menarik dan orang suka dengar ugama, masukkanlah sikit, maka dgn perencah Islam itu, 'gulai ESQ' semakin larislah pula, dan orang yg mengusahakan ESQ akan cepat jadi kayalah! Adakah orang yg mengusahakan serta memperluaskan program ESQ itu golongan orang alim (i.e. ulama')? Tak mungkin. Tapi, orang yg dilantik menasihatkan program nukilan mereka adalah dari kalangan ulama'. Berapa bayarannya (i.e. fees) mereka terima sebagai konsultan ESQ? Namun, kita harus ingatkan mereka bahawa mencari kekayaan yg sedikit menggunkan kalimah Allah (a.w) dan sabda RasulNya, sama gn memperdagangkan ugama kerana dunia. Berat padahnya ...
Saudara bolehlah baca akhbar Sinar Harian hari ini, selain akhbar lain, untuk tahu polemik kontroversi tindak-tanduk Mufti Wilayah tersebut. Atau, saudara boleh tengok program ESQ itu camne mendalam atau meluas intipati atau recipe keIslamannya, terutama dalam konteks aqidah.

Jazkallahu khairah

Menarik hari ini ... Anak yg Lupa Anak dan Bapa

Assalamualaikum,
sauadar, saya tertarik membaca berita tentang seorang bapa, Mustafa Ismail, 54, katanya dalam akhbar the Sun yg memfailkan tuntutan di mahkamah syariat K Terengganu menuntut dari anak lelakinya, Nasrun, nafkah dua cucunya (i.e. anak kepada anaknya, Nasrun) dari bapa cucunya (i.e. anaknya sendiri, Nasrun) sebanyak RM 20.0k sebagai nafkah untuk dua cucunda yg dijaganya dan dipeliharanya semenjak ditinggalkan padanya 7 tahun yg lampau, apabila Nasrun ghaib dari matanya. Nasrun meninggalkan kdeua-dua anaknya pada bapanya, Mustafa, untuk dijaga. Si anak, Nasrun, katan bapanya, Mustafa, tidak menjenguk ibu bapanya yg dah tuapun, selama 7 tahun! Mungkin, ibunya dah takda ... hanya tinggal bapanya. Anih juga. Inilah contoh anak tak mengenang jasa dan tak mensyukuri susah payah kedua-dua ibubapanya...Kedua-dua anak-anaknya yg ditinggalkan untuk jagaan bapanya, Mustafa, sudah balighpun - umur 15 dan 13 tahun!
Memang susah nak jaga budak kecil, terutama bagi orang yg sudah tua. Memang tak patutupun seorang anak lelaki dalam keluarga Islam yg membebankan kedua ibu bapanya, setelah mereka dulu bersusah payah menjaga dan memelihara serta mendidiknya sehingga dewasa dan berjaya. Kini, anaknya yg sudah dewasa dan senang hidup pula, membebankan kedua ibu bapanya sendiri menjaga anaknya pula dari umur 6 atau 8 tahun hinggalah kini 13 atau 15 tahun.
Katanya si anak itu bergaji besar (lebih dari RM 17,000.00 sebulan) Katanya pula s anak ini yg bercerai dgn isterinya, yg menyebabkan dia menyerahkan kedua ibubapanya jaga kedua-dua anaknya itu, sudah kahwin lain. Mungkin dapat isteri muda yg cun macam pelakun atau penyanyi atau pramugari pula, dan isteri pula syok pada si anak kerana gajinya atau kedudukannya atau apa saja, sehingga si anak jadi kena QC pula, mungkin. Jadi lupalah akan si ibu dan si bapa yg tua, mungkin susah dan daif pula ... Tak taulah kedudukan sebenarnya.
Yg pasti adalah si anak dalam Islam tidak bertanggung jawab dalam menguruskan zuriatnya sendiri. Ini adalah satu dosa yg besar kerana seorang bapa itu bertanggung jawab terhadap anaknya dalam perkara memberi makan minum, pakaian dan tempat tinggal dan juga pendidikan ugama. Si anak mengabaikan tanggung jawabnya. Di akhirat kelak dia akan dicampakkan ke dalam neraka kerana idak menjalankan tugasnya.
Allah (a.w) memperingatkan kita : 'Ya aiyuhallazina amanu qu anfusakum wa-ahlikun nara ...' [Maksud: Wahai orang-orang yg beriman, jagalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka ..'] [Ayat 6, Surah at_Tahrim]
Kta bertanggung jawab supaya melakukan segala sesuatu ketika hidup dari terjerumus ke dalam neraka. Kita mungkin terjerumus disebabkan oleh isteri kita. Dan, Allah (a.w) peringatkan kita juga bahawa: 'Wahai orang-orang yg beriman, sesungguhnya ada dari kalangan isteri kamu dan anak-anak kamu adalah menjadi musuh bagi kamu, maka berhati-hatilah kamu ...' [Ayat 14, Surah at-Taghabun]. Dalam kes ini dikatakan si anak tidak pernah menjenguk kedua ibu bapanya setelah bernikah lain, 7 tahun yg lampau. Dahlah tak tengok anak, satu dosa besar kerana mengabaikan tanggung jawab, tak jenguk pula kedua ibu bapa, itu satu lagi dosa besar, kerana anak lelaki mengabaikan kedua orang tuanya, adalah dosa yg besar pula. Kalaulah kedua ibubapa tersinggung dan tidak rida pula akan perbuatan anaknya, lagi parah, kerana si anak tidak mendapat keridaan Allah (a.w) - jawabnya isi neraka! Wal iyazubillah.
Mungkin si anak tak tengok dua anaknya itu kerana hasutan isteri baru yg dinikahinya 7 tahun lalu! Kalau gitu, isterinya adalah orang yg disebutkan dalam ayat al-Quran tersebut. Isterinya dah jadi 'musuhnya' dalam Islam yg akan menyebabkan atau jadi penyebab dia masuk neraka. Wal iyazubillah. Isteripun tak terlepas dari neraka tu, kerana mengikuti jejak langkah syaitan yg mengheret suaminya ke neraka pula. Tak ada siapa yg untung.
Dalam kes ini si anak meninggalkan kedua anaknya dari pernikahan pertama 7 tahun lalu, dan kedua-dua naknya kini telah berusia 13 dan 15 tahun, sudahpun baligh. Seorang lelaki itu baligh apabila berlaku salah satu perkara berikut:
1. Mimpi bersetubuh dan keluar mani bagi lelaki
2. Keluar haid bagi perempuan
3. Cukup umur bagi perempuan 12 tahun dan bagi lelaki 15 tahun
4. Sudah tumbuh bulu ari-ari (i.e. bulu kemaluan) bagi lelaki atau perempuan
Seorang bapa atau ibu itu wajib mempastikan anaknya diajarkan bagaimana bersolat dgn betul dan mula mempraktikkannya ketika seorang anak itu berumur 7 tahun dan jika anak-anak itu tidak solat setelah mencapai umur 10 tahun, anak tersebut wajib dipukul (i.e. dirotan) kerana nmeninggalkan solat.
Dan, firman Allah (a.w) lagi dalam Surah yg sama, iaitu: Sesungguhnya apa-apa harta kamu sekelian (i.e. termasuk gaji besar RM 17,000.00 sebulan itu) dan anak-anak kamu sekelian (i.e. termasuk yg dibiarkan atau yg diterbiarkan dijaga oleh orang tua kita) adalah fitnah (i.e. cubaan kehidupan)' [Ayat 15, Surah at-Taghabun] . Hartanya, dalam bentuk gaji yg lumayan tetapi tidak digunakan untuk menyara dan mendidik dua anaknya serta membantu kedua bu bapanya adalah cubaan yg berat yg akan mengheret si anak ke dalam neraka. Begitu jugalah anak-anaknya, kerana tidak dijaga dan kedua orang tuanya pula tidak mampu menguruskan pendidikan mereka sebagai warga Islam, maka kedua-dua anaknya pula akan mengheretnya ke neraka. Mudah-mudah, si anak sedar akan tanggung jawabnya. Oleh itu berwaspadalah saudara. Segala tindak tanduk kita tidak habis di dunia, kerana ada tertulis untuk dikira di akhirat.
Kes ini, bak kata hakim yg akan membicarakannya kelak, agak 'memalukan' umat Islam kerana perbalahan antara bapa dan anak yg berugama Islam pula tu! Jelaslah begitu jahilnya orang Melayu hari ini. Jelas juga sudah terbukti tanda-tanda hampirnya kiamat apakala hari semakin buruk dan perangai serta perilaku orang Islam semakin memalukan.
Mungkin kita dapat pelajaran dari kes ini, insya Allah.

Jazakallahu khairah

Tuesday, July 13, 2010

Food for Thoughts ...

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini penulis terbaca satu tulisan seorang yg ilmuwan tentang 'Fahaman Wahabbi' iaitu Shiekh Sholeh b Abdul Aziz as-Sindi dalam blog 'Salafiah Wahabiah' bertarikh 11 Julai 2010. Penulis berpandangan mereka yg taksub dengan fahaman kemazhaban wajib membacanya supaya lebih faham apa yg mereka taksubkan atau taklidkan. Tulisan itu amat jelas serta mudah difahami, bagi mereka yg mahu dan ingin faham tentang ajaran Wahabbi, ajaran kemazhaban dan seumpamanya. Penulis bukanlah orang yg taksub kpd mazhab, tapi taksub kpd Rasulallah (s.a.w) yg diutus Allah (a.w) untuk mencelikkan manusia yg jahil tentang segala sesuatu, terutama Tuhan mereka dan membawakan cahaya keimanan yg haq yg membolehkan mereka selamat di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.
Yg utama kita ingat dan akur adalah Islam dan syarianya itu terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah, bukan dari kitab-kitab karangan mana-mana individu atau kumpulan. Inilah yg ingin disedarkan oleh penulis melalui blog ini. Hendaklah kita sandarkan segala perbuatan dan perlakuan serta kata-kata kita kpd firman Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah al-Isra': 'wa-la taqfu mna laisa bihi ilmun ...' [Maksud: Dan janganlah kamu lakukan atau kerajakan atau katakan sesuatu kecuali kamu memiliki ilmu mengenainya terlebih dahulu]. [Ayat 36, Surah al-Isra']. Sumber ilmu yg pasti menghilangkan kejahilan serta prejudis kita adalah al-Quran dan as-Sunnah. Sesiapa yg memiliki dua ilmu ini pasti berfikir secara haq rasional dan tidak dipengaruhi oleh emosi atau prejudis fikiran dan ikutan.
Isi kandungan segala sesuatu yg dimuatkan dalam blog ini (yayasan-ilmu.blogspot.com' ini adalah ilmu yg haq berpandukan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah, itulah MAZHAB yg wajib diikuti oleh emua mereka yg Islam, iaitu mereka yg menepati ketetapan Allah (a.w) dalam firmanNya pada Ayat 57, Surah al-Isra': '... wa-yarjuna rahmatahu, wa-yahafuna 'azabahu ...' [Maksud: kerana mencari kerahamatan Allah (a.w) (i.e. syurga Allah (a.w)) dan takutkan aza Allah (a.w) (i.e. neraka).] [Ayat 57, Surah al-Isra']
Kita yg Islam dan beriman harus ingat bahawa kita Islam kerana itulah saja ugama yg diridai Allah (a.w). Kita ikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah kerana dua itu sajalah sumber ilmu mengenai Islam dan syariatnya dan dua itu sajalah panduan hidup mukmin yg haq.
Selamat membaca tulisan tersebut. Baik untuk kita sebagai kefahaman tentang Islam.

Jazakallahu khairah

Menarik hari ini ... Motivasi ESQ 165

Assalamualaikum,
Saudara ini, hari ini dalam akhbar Sinar Harian dimuatkan pendapat atau pandangan TS Hj Harussani Zakaria, Mufti Perak, tentang latihan motivasi ESQ 165, yg menimbulkanbeberapa konroversi akhira-akhir ini sehinggakan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan zahidi, mewartakannya sebagai satu ajaran yg sesat. Dilapurkan kelmarin bahawa beliau berpandangan tidak ada salah silap dalam program tersebut. Jika, tiada mengapakan Mufti Wilayah begitu cepat bertindak mengharamkannya? malah beliau nampaknya berbeza pendapat dgn doyen mufti, i.e. Mufti Perak tu.
Program ESQ 165 ini dikatakan diasa dan dilaksanakan oleh Dr Ary Ginanjar (kalau ikut nama tu nampak macam orang Indon - aje). Tapi, soalnya yg utama adalah: apakah ajaran Islam yg benar? Kedua, dalam menyentuh ilmu mengenai Islam dan syariatnya, kita tidak boleh pilih bulu - apakah orang Indon tidak faham tentang Islam dan syariatnya, walhal Indonesialah yg memiliki pengikut ugama Islam terbanyak di dunia? Atau, orang yg mengatakan sesuatu ajaran Islam itu sesat berdasarkan criteria apa?
Pada penulis - dan disebutkan acap kali dalam blog ini - bahawa ajaran Islam serta syariatnya yg haq itu adalah semata-mata dua sumber, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Lebih-lebih lagi as-Sunnah, kerana as-Sunnahlah menunjukkan bagaimana rumat Islam patut dan wajar mengabdikan diri mereka kpd Allah (a.w) yg Esa. Rasulallah (s.a.w) yg membawakan Islam kpd kita. Dialah yg tahu secara sempurna apa dia Islam dan syariatnya. Dialah, mengikut firman Allah (a.w) contoh terbaik (uswatun hasanah), tiada individu lain. Justeru itu, mana-mana jaran bercorak ugama atau apapun yg berlainan dari ketetapan atau ajaran al-Quran dan as-Sunnah pastilah cacat - ada yg tidak betul, kalau tidak kesemua ajaran sebahagian ajaran. Ajaran yg 100% betul hanyalah al-Quran dan as-Sunnah. Malah orang yg ingin menilai sesuatu ajaran itu sama ada batil atau haq, sama ada benar atau menyimpan, sama ada menepati atau tidak ajaran Rasulallah (s.a.w) adalah ketetapan Rasulallah (s.a.w), i.e. as-Sunnah.
Penulis nasihatkan semua orang Islam, terutama mereka yg dinobatkan alim (i.e. berilmu) tentang Islam dan syariatnya kembali kpd firman Allah (a.w) dalam Surah al-Isra': 'Wala taqfu ma laisa bihi ilmun' [Maksud: Janganlah kamu berbuat atau melakukan atau7 berkata sesuatu (tentang Islam dan syariatnya) tanpa kamu terlebih dahulu memiliki ilmu mengenainya (i.e. Islam dan syariatnya).' [Ayat 36, Surah al-Isra'] Dan, ilmu yg benar atau haq itu adalah tiga: pertama, Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran), kedua hidayah Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) dan ketiga ilmu faraid yg adil [Hadith ibnu Majah dll]. Ilmu faraid yg adil itu adalah bersandarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Mereka yg memberi pendapat atau membuat keputusan bersandarkan selain al-Quran dan as-Sunnah pastilah akan sesat - kalau tidak banyak, sedikit, kerana Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, wahia kitabballahu wa-sunnati nabiyi' [Maksud: Aku (Nabi) tinggalkan kepada kamu sekelian dua perkara yg jika kamu sekelian berpegang dgn kedua-duanya, tidak akan sesat kamu sekelian selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Sunnah NabiNya (i.e. as-Sunnah).' [Hadith]
Jelasnya, siapa saja, tak kira dia orang alim biasa atau mufti, atau Majlis Fatwa Kebangsaan bagaimana agung sekalipun, kalau dia atau pihak itu membuat ketetapan atau keputusan yg tidak bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah pasti akan tersasar atau menyimpang atau sesat. Kita tidak akan sesat selagi kita faham dan faqih Islam dan syariatnya bersandarkan ilmu al-Quran dan as-Sunnah.
Kembalilah meneliti al-Quran dan as-Sunnah. Belajarlah Kuttubul Sittah yg pasti memberikan kita landasan ilmu untuk bertindak dengan benar...

Jazakallahu khairah




Menarik Hari Ini & Semalam

Assalamualaikum,
Saudara, semalam termuat dalam akhbar The Malay Mail dan hari ini, dilapurkan oleh kebanyakan akhbar tempatan, tentang pengumuman oleh Menteri Pengajian Tinggi rating universiti di Malaysia.
Dalam Malay Mail disebutkan bahawa 18 IPT (IPTA dan IPTS) telah dinilai oleh Agensi Pengiktirafan Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency), menunjukkan bahawa IPTS menduduki tempat terkeatas berbanding dgn IPTA, spt berikut:
1. Cutin University of Technology, Sarawak
2. IIUM
3. International Medical University
4. Management & Science University
5. Monash University Sunway
6. Sunway University College
7. Swishburne University of Technology, Kampus Sarawak
8. Taylor's College University
9. The University of Nottingham, Kampus Malaysia
10. UKM,
11. University KL
12. UM
13. University Multimedia
14. UPM
15. USM
16. UTM
17. UiTM
18. Universiti Teknologi Petronas.
Tahniah kita ucapkan. Tapi, yg jelas IPTS mendahului IPTA. Dan, Universiti Malaya yg terawal di Malaysia menduduki tempat ke-12 di belakang UKM dan UKL! Apakah standard UM telah jatuh begitu hebatnya? Agaknya belum sempat VC yg baru Dato' Jasmon melakukan sesuatu untuk meningkatkan mertabat UM. Mudah-mudahan rating itu menggambarkan realiti sebenar dan bukan atas criteria yg tidak sesuai atau faulty.
Di Malaysia ini, sudah mula tumbuh bagaikan cendawan IPT sebagaimana telah berlaku berdekad di Indonesia dan Filifina. jangan nanti begitu ramai orang berijazah bekerja dalam kerajaan dan swasta, tapi kualiti kerja dan khidmat mereka tak lebih dari penuntut lulusan SPM saje!

Jazakallahu khairah

Monday, July 12, 2010

JAIS: 'Ajaran Islam Jamaah' Sesat?(samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, menyambung perbincangan kita tentang Risalah JAIS/JMNS yg membuat keputusan bahawa ajaran 'Islam Jama'ah' adalah ajaran yg sesat, kita telahpun teliti counterfactualnya dalam hujjah JAIS itu. Bukan dgn tujuan berdebat dgn mereka. Bukan dgn tujuan untuk menjatuhkan marwah dan mertabad, kebanyakan para ulama' di Malaysia, yg akui diri mereka adalah tergolong sebagai 'Ahlus-Sunnah wal-Jal jama'ah'. Dalam post sebelum ini kita telah teliti apa yg dikatakan oleh JAIS sebagai 'kesalahan umum', JAIS menyebut tentang penyebaran ajaran khilafiyah/furuiyah, yg bertentangan dgn ajaran kumpulan arus perdana Islam di Malaysia, yg mengakui diri mereka 'ahlus sunnah wal-jama'ah'. Ada beberapa perkara menjadi amalan 'Islam Jama'ah', kata JAIS, termasuk dalam kategori ini, iaitu:
1. Membayar fidyah/tahlil untuk simati
2. Membaca talqin di pusara (kubur)
3. Membaca doa qunut pada solat Subuh
4. Persentuhan antara lelaki dan perempuan ajnabi tidak membatalkan wudu'
adalah 4 perkara yg disebutkan dalam Risalah tersebut.
Seperti yg kita telahpun jelaskan dalam post mengulas Risalah ini, sesuatu amalan atau ibadah atau egangan itu adalah batil dan sesat jika bertentangan dgn ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w). Ketetapan Allah (a.w) itu adalah ketetapan al-Quran. kalau terdapat nas dan dalil al-Quran yg menyebut orang Islam itu tidak boleh buat itu dan ini, jika kita buat, maka kita menentang ketetapan Allah (a.w). Menentang ketetapan Allah (a.w) adalah kekafiran, bukan setakat melakukan dosa. Atau, melakukan sesuatu amalan dan ibadah atau perbuatan yg ditegah atau dilarang oleh Islam mengikut nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah, kerana yakin dengan ketetapan pihak lain, seperti ketetapan pemimpin Jema'ah umat Islam, adalah menentang Allah (a.w) dan RasulNya. Bukan setakat melakukan dosa. Bukan setakat mengengkari ketetapan Allah (a.w), yakni fasiq.
Sebaliknya pula, kalaulah, setelah kita teliti nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah, bahawa ketetapan JAIS itu silap atau salah, maka berat atas JAIS, sebagai contoh, ketetapan yg melanggar ketetapan Islam mengikut al-Quran dan a-Sunnh. Kemudian kita lihat pula, apakah 'Islam Jam'ah' itu ada hujjah yg haq, tentang amalan-amalan tesebut.

1. Membayar fidyah/tahlil untuk simati

Apabila kita teliti ilmu yg haq mengenai Islam dn syariatnya, iaitu ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah, kita dapati tidak ada contoh perlakuan atau perbuatan yg menunjukkan bahawa Nabi (.a.w) melakukannya. Apakah tujuan membayar fidyah? Dan, apakah tujuan majlis tahlil?
Amalan 'majlis tahlil' adalah jelas amalan masyarakat Melayu bersandarkan bukan Islam. Mungkin benar bagi ugama lain. Penulis tidak faham apakah bayaran 'fidyah' terhadap si mati itu. Yg jelas, seseorang yg meninggal tetapi dia memiliki hutang itu, hendaklah warisnya memberi hebahan supaya orang yang meminjamkan kpdnya memaklumkan waris si mati tentang hutangnya kpd mereka. Hutang adalah perkara yg amat serius dalam Islam. nyawa si mati akan tergantung di awang-awangan, setelah dikuburkan, tidak mendapat nikmat tidur lena dalam kuburnya, jikalah dia seorang bakal ahli syurga! maka, yg paling utama perlu diuruskan oleh warisnya adalah melunaskan segala hutang si mati secepat mungkin.
Tentang fidyah? Dan, tentang Tahlil tidak ada nas dan dalil al-Hadith yg menyokong amalan tersebut. Justeru itu, tiada dalam syariat Islam. Kalau diamalkan, ianya adalah satu-satu amalan yg tergolong dalam salah satu drp empat perkara iaitu sama ada amalan kurafat atau tahyul atau taklid atau bid'ah. Kesemua ini amalan yg batil dan menyesatkan.
As-Sunnah mengajarkan kita apabila seseorang itu sakit terlantar, hendaklah keluarga terdekat berusaha mempastikan yg si sakit itu, selagi belum uzur syar'i, mengerjakan solat fardunya - secara berdiri tak boleh duduk tak boleh solat berbaring, namun setiap solat fardu wajib dikerjakan. Jika tidak jika ditakdirkan mati meninggalkan satu solat, jatuh kafir dia. Ini adalah satu lagi kemungkin orang Islam ketika matinya kafir walaupun kelihatan Islam dan dia tidak murtad pula! (Ayat 102, Surah ali-Imran). Kemudian, apabila terlalu uzur dia hendak bersolat baring, maka diajarkan supaya si sakit bersolat dgn isyarat dua matanya sambil membaca tasbih dan surah dan seumpamanya.
Kemudian ketika si sakit hampir ke sakratuil maut, waris dan keluarga terapat hendaklah membacakan Surah Yaasin kepadanya, semoga dgn itu memudahkan nyawanya keluar berpisah dgn jasadnya, dan ringan 'sakratul mautnya'. Tapi, bukanlah membaca Yaasin dgn kuat sehingga mengganggu si sakit mengucapkan kalimah 'la ilaha illallah' ketika sakratul maut tiba!. Kemudian, orang yg terakrab dengannya mengajarnya menyebut 'kalimah tahlil' (i.e. 'la-ilaha illallah') Itulah yg dimaksudkan amalan tahlil dalam syariat Islam mengikut ketetapan as-Sunnah. Bukan, membaca tahlil pada malam kematian, malam ke-3, ke-7, ke 30, ke-100 dan seumpamanya.
Ketika si sakit tenat dan hampir nyawanya sampai ke kerongkongnya (i.e. sakratul maut), janganlah berbuat apa-apa kecuali ahli keluarga atau waris terdekat dan terakrab kpdnya menyuruhnya melafazkan kalimah tahlil itu. Jika itulah kalimah terakhir yg terkeluar dari mulutnya, maka si mati itu tergolong di antara orang yg menepati hadith Rasulallah (s.a.w): Barangsiapa yg kalam (i.e. kata-kata) terakhirnya adalah 'la-ilaha illallah' akan masuk syurga.' [Hadith]
Saudara, yg menentukan apakah kita dapat syurga atau tidak itu adalah bergantung kpd amalan kita sendiri. Tidak siapa dapat menolong kita. Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam al-Hadith: Ketika mati seorang anak Adam, terputuslah segala amalannya, kecuali 3 perkara: (pertama) sedekah jariah yg dikeluarkan olehnya semasa hidupnya yg akan mengalirkan pahala kepadanya; (kedua) anak-anaknya yg soleh/solehah yg mendoakannya; dan (ketiga) ilmu yg dimanfaatkan olehnya yg akan mengalirkan pahala orang yg mengamalkan ilmunya. [Hadith]
Hadith ini menyebutkan bahawa apabila kita sudah mati, memanglah putus amalan yg membolehkan kita mendapat phala dan kerahmatan Allah (a.w). Tapi, kalau kita berjaya mendidik anak-anak kita menjadi orang yg soleh/solehah (i.e. tertib menjaga kewajipannya spt solat, puasa, zakat dll yg diwajibkan atas mereka), dan mereka mendoakan kesejahteraan kita di kubur dan di akhirat, maka kita mendapat manfaat. kalau anak-anak kita jahil, berpoya-poya, membuat pelbagai maksiat pula dgn menghabiskan harta kekayaan yg kita wariskan kepada mereka, rugilah kit. kalau kita mempunyai ilmu al-Quran dan as-Sunnah yg kita ajarkan orang lain dan orang itu beramal dengannya, maka dia mengirim pahala kpd kita tanpa mengurangi pahala yg diperolehinya sedniri kerana amalan tersebut. [Nota: Bukan sebarang ilmu, termasuk ilmu perubatan dsbgnya, tidak mengalirkan dividen pahala ketika mati kita]. Atau, sedekah jariah i.e. membelajakan sebahagian harta kita untuk membela Islam dan umatnya, akan mengalirkan pahala kod kita, selagi apa-apa yg kita sedekahkan (i.e. sumbangkan) itu digunakan olek orang iman.
Insya Allah, kita akan ulas tentang Doa Qunut pada Solat Subuh dan sentuhan mukhrim dan bukan mukhrim membatalkan wudu' itu.
Sebagai prelude kpd perbincangan kita dalam post akan datang, kita rumuskan bahawa dalam syariat Islam, ketetapannya adalah spt berikut:
1. Dalam syariat Islam yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) tiada amalan Doa Qunut pada Solat Subuh. Amalan Doa Qunut sekarang ini tiada sandaran nas dan dalil al-Quran ataupun as-Sunnah.
2. Islam tidak memutuskan wudu' seseorang itu terbatal kerana persentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yg ajnabi ataupun tidak ajnabi (i.e. makhramnya).
Jelasnya, tidak ada ketetapan bahawa wudu' batal kerana bersentuhan lelaki dan perempuan. Yg pasti persentuhan lelaki dan perempuan ajnabi (i.e. bukan makhram) dalam apapun situasi, spt bersalam, adalah berdosa tapi tidak membatalkan wudu'.

Jazakallahu khairah


JAIS: 'Ajaran Islam Jamaah' Sesat?(samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita telah bincangkan Risalah JAIS/JMNS yg menyatakan bahawa ajaran 'Islam Jam'ah' adalah satu ajaran sesat. Pihak JAIS/JMNS memberikan 8 'kesalahan' aqidah, antaranya apa yg mereka katakan ketetapan 'Islam Jam'ah' mengenai najis. JAIS mempersoalkan tentang isu air wudu' dua kolah serta tafsiran air musta'mal ('kesalahan' ke-6).
Oleh kerana JAIS menyebut tentang kecukupan air untuk berwudu' itu, maka elok kita bincangkan sedikit lagi isu ini dengan melihat sabda Rasulallah (s.a.w) dalam hadith.
Menceritakan Yahya bin Said berkata menceritakan hadith kepadanya oleh Syu’bah (r.a) berkata bahawa menceritakan kepadanya oleh Abdullah bin Abdillah bin Jabarin berkata: ‘Aku mendengar Anas bin Malik (r.a) berkata dia bahawa ada Rasulallah (s.a.w) berwudu’ dengan semangkuk air, dan mandi (junub dia) dengan lima mangkok air.’ Dan, diriwayatkan hadith daripada Qatadah hadith daripada Safiah binti Saibah (yang mendapat) hadith daripada Aisyah (r.ah) (berkata) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) ada berwudu’ dia dengan satu ‘mud’ (satu ukuran air kira-kira satu liter air banyaknya) dan mandi (junub dia) dengan satu ‘sok’ (satu ukuran air kira-kira lima liter banyaknya).’ [Hadith an-Nasa’i]
Hadith di atas itu menyebutkan bahawa Anas b Malik (r.a) mengatakan Rasulallah (s.a.w) pernah berwudu' dgn air hanya dgn semangkok air dan mandi junud dgn lima mangkok air. Kemudian, Aisyah (r.ah)memberitahu bahawa Rasulallah (s.a.w) ada kalanya berwudu' hanya dgn satu mud air dan mandi junub dgn satu sok air. 'Mud' adalah ukuran air sebanyak satu liter dan 'sok' adalah ukuran air sebanyak 5 liter. Hadith an-Nasa'i adalah hadith yg sahih, maka dgn itu boleh dijadikan asas hukum dalam Islam.
Sejajar dgn ketetapan hadith inilah, maka kita yg berada di Mekah atau Madinah sering melihat orang Arab menggunakan sebotol air mineral untuk berwudu'. Islam itu mudah. Tapi, umat Islamlah yg menjadikannya sulit. Kerana ada orang yg memandai membuat peraturan tambahan yg menyebabkan sesuatu pekerjaan, spt wudu', itu menyulitkan kita beribadah, kerana terpaksa mencari air dua kolah.
Ukuran air dua kolah itu adalah untuk mempastikan bahawa air sebanyak itu tidak akan dinajiskan oleh sesuatu kotoran. Jika terdapat bangkai tikus dalam air yg dua kolah itu, maka air itu tidak dinajiskan, maka boleh digunakan untuk berwudu'. Inilah ketetapan as-Sunnah dalam dua hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Omar (r.a) berkata: ‘Ditanya kepada Rasulallah (s.a.w) (oleh seseorang) daripada urusan air (untuk berwudu’), dan apa-apa singgah padanya daripada binatang (ternakan) dan binatang buas, maka bersabda Rasulallah (s.a.w):’ Apabila air itu adalah dua kolah tidak menajiskan (oleh sesuatu akan) air tersebut.’ [Hadith Abu Daud & juga at-Termidzi, an-Nasa’i, ibnu Majah, Imam Ahmad, dll]
dan, di dalam riwayat lain
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Apakala ada air sebanyak dua kolah maka sesungguhnya air itu tidak dinajiskan oleh sesuatu.’ [Hadith Abu Daud & juga at-Termidzi, an-Nasa’i dan ibnu Majah]
Nota: Dua kolah air adalah kira-kira 160.5 liter air.
Dgn itu, Islam memberi kemudahan kpd umatnya supaya mudah dalam semua perkara, termasuklah dalam perkara berwudu'. Malangnya, pihak seumpama JAIS mempersoalkan kemudahan yg diberikan oleh Rasulallah (s.a.w) kpd umatnya. Apakah pihak seumpama JAIS itu belum ketemui hadith-hadith tersebut? Atau, mereka temui tetapi mereka, sebagai pihak berkuasa ugama (i.e. 'ulil amri') membuat ketetapan menidakkannya atau menolaknya dan memilih ketetapan yg mereka sukai sebagai panduan mutlak umat Islam? Jika demikian, pihak sedemikian meremehkan hadith. Atau, mereka menidakkan sesuatu yg ada. Atau, mereka menolak suatu ketetapan yg jelas. Allah (a.w) dalam al-Quran menyebutkan, Ayat 7, Surah al-Haysr, ambil pakaiketetapan as-Sunnah. Dan, Allah (a.w) menyebut bahawa janganlah kita mengharamkan benda-benda yg dihalalkan oleh Allah (a.w) dan janganlah kita menghalalkan benda-benda yg diharamkan Allah (a.w). Menolak ketetapan tentang sukatan air untuk berwudu' itu, seolah-olah kita mengharamkan ketetapan yg telah dihalalhan kita ikuti.
Saudara, kalau kita kaji Islam dan syariatnyam, sebagaimana yg diamalkan oleh kebanyakan kita hari ini, kita akan dapati begitu banyaknya perkara yg ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah yg tidak diterima oleh 'ulil amri' arus perdana, dan begitu banyak pula perkara yg dibenarkan oleh Islam dan syariatnya bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah yg ditolak atau tidak diterima pakai oleh 'ulil anmri' dan para ulama' dan ilmuwan Islam arus perdana. Apakah 'ulil amri' atau para ulama' dan ilmuwan yg menganggapkan diri mereka tergolong dalam istilah 'ulil amri' atau orang yg berilmu boleh mengubah syariat yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w)? Kita maklum, bahawa al-Quran dan as-Sunnah wajib diterima in toto, tidak boleh ambil separuh dan tolah separuh. Sesiapa yg menolak sebahagian ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, adalah sebenarnya menolak keseluruhannya al-Quran dan as-Sunnah. Orang yg sedemikian itu tidak boleh dianggap Islam walaupun dia bersyahadah.
Maka sehubungan itulah Allah (a.w) berfirman mengingatkan kita; 'Wahai orang yg beriman, bertaqwalah kepada Allah (a.w) dgn sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati sungguh-sungguh kecuali kamu mati sebagai orang Islam' (Ayat 102, Surah ali-Imran).Ini peringatan yg diberatkan, supaya kita pastikan bahawa kita mati benar-benar dalam Islam atau sebagai orang Islam. Apakah mungkin kita Islam mati tidak Islam? Pasti boleh jadi. Contoh: orang yg mengamalkan bid'ah dan menyebarluaskan bid'ah, terkeluar dari Islam tanpa disedari. maka jika dia mati sebelum meninggalkan amalan bid'ahnya, maka dia mati dalam keadaan tidak Islam, walaupun pada kacamata manusia ramai, dia adalah orang Islam. Berwaspadalah.

Jazakallahu khairah