Saturday, August 7, 2010

Solat Fardu dan Puasa Wajib: Peringatan ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah hubung kaitkan solat fardu dgn puasa wajib (i.e. puasa ramadhan). Kemudian kita telahpun teliti tiha potongan hadith yg menyebutkan hukuman seseorang yg tidak solat atau meninggalkan satu waktu solat fardu. Apa jadi? Boleh jadi syirik - kerana menentang perintah Allah (a.w) supaya bersolat kita tak solat, seolah-olah ada kuasa lain yg lebih berkuasa dari Allah (a.w) menghukum supaya ditinggalkan solat. Atau, kafir, kerana orang kafir tak solat. Orang Islam saja yg solat. Kita pilih yg mana satupun akibatnya tetap tempat yg sama, iaitu masuk neraka.
Dalam mentafsirkan hadith meringankan hukuman ‘kafir’ apabila meninggalkan solat itu, para ilmuwan dan ulama’ yang berpegangan dengan mazhab as-Shafie berlainan pendapat. Mereka tidak menghukum mereka yang meninggalkan solat itu ‘kafir’ tetapi hanyalah ‘fasiq’ (melanggar ketetapan Allah (a.w)) sahaja. Mereka mengatakan bahawa mereka yang meninggalkan solatnya dengan sengaja kerana sesuatu sebab walhal dia tahu sebagai seorang Islam bahawa wajib atasnya mengerjakan solat, tidaklah jatuh ‘kafir’ (yakni, keluar dari Islam) hanyalah tergolong sebagai orang yang ‘fasiq’ (melanggar perintah Allah (a.w)) sahaja. Pentakrifan hadith-hadith di atas ini sedemikian jelas berlainan daripada apa yang diputuskan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w)! Siapakah yang betul? Allah (a.w) ke atau Rasulallah (s.a.w) ke atau ulama’ke?
Wajiblah kita ingat hakikat bahawa Allah (a.w) yang menetapkan Islam itu ugama yang diredhaiNya. Allah (a.w) yang menyuruh umat manusia itu mentaatiNya dan mengikut segala perintahNya dan mengikuti perintah RasulNya. Allah (a.w) perintahkan manusia supaya mengerjakan solat lima waktu sehari semalam. Solat adalah ibadah yang terutama dalam Islam. Maka dengan itu Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa solat itu tiang ugama. Barangsiapa meninggalkan solatnya maka dia meruntuhkan ugamanya. Apabila runtuh ugamanya, dia terkeluar dari Islam.
Utamanya solat itu juga boleh difahami melalui hadith qudsi berikut yang menyatakan bahawa Allah (a.w) menjanjikan kepada hambaNya yang mengerjakan solat dalam waktunya syurga:
Diriwayatkan hadith dari Said b Musaiyab bahawa Aba Qatadah b Rabi’i menceritakan kepadanya (hadith) dengan berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Qolallahu Ta’ala: ‘ Inni faradtu ‘ala ummatika khamsa salawatin wa-‘ahidtu ‘indi annahu man ja-a yuhafizu ‘alaihinna adkhaltuhu jannata, wa-man lam yuhafiz ‘alaihinna fala ‘ahdalahu ‘indi.' [Maksud: Berfirman Allah (a.w) yang Maha Mulia dan Maha Tinggi: ‘Sesungguhnya Aku (Allah (a.w)) fardukan atas umat engkau (Muhammad) lima solat dan berjanji Aku di sisiKu bahawasanya barangsiapa yang datang (kepadaKu di akhirat) menjaga atas kelima-lima solat itu pada waktunya Aku masukkan mereka ke dalam syurga, dan barangsiapa yang tidak menjaga atas kelima-lima solat itu maka tiada janjiKu baginya di sisiKu.] [Hadith Abu Daud, Kitab Solat]
Hadith ini jelas memberitahu kita bahawa sesiapa yang tidak menjaga, yakni mengerjakan solat lima waktu, dalam waktu-waktu yang ditetapkan baginya, tidak akan mendapati janji Allah (a.w) iaitu syurga. Hanya mereka yang mengerjakannya dalam waktunya sahaja yang mendapat syurga. Jika tidak mendapat syurga, tiadalah gunanya kalaupun kita diiktiraf orang lain sebagai Islam. Malah terdapat hadith-hadith menyebutkan bahawa meninggalkan satu solatpun dikira engkar dan jatuh kafir, malah jatuh syirik, wal iyazubillah. Justeru itu, janganlah kita remehkan. Tambahan pula ahdith tersebut menyebutkan ketetapan Allah (a.w). Ketetapan Allah (a.w) itu adalah haq, yakni pasti. [Nota: Kita diperingatkan di dalam al-Quran bahawa Rasulallah (s.a.w) tidaklah bercakap menurut kehendak hawa nafsunya atau berlandaskan perasaannya atau mengikut sesuka hatinya. Dia bercakap atas perintah Allah (a.w) bercakap berpandukan wahyu yang disampaikan kepadanya sama ada secara terus ataupun melalui perantaraan Jibrail (a.s).]
Oleh itu, janganlah saudara meyakini cakap-cakap para ulama' atau ilmuwan yg mentafsirkan bahawa meninggalkan solat itu jatuh syirik atau kafir! Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) telah membuat ketetapan, maka kitasebagai hamba Allah (a.w) terima dan sebagai umat Muhammad (s.a.w), ikut ajelah. Tiada siapa yg lebih berhak membuat penentuan selain Allah (a.w) dan RasulNya. Allah (a.w) menyebut dalam Ayat 80, Surah an-Nisa': 'Barangsiapa taatkan Rasulallah (s.a.w) sudah pastilah dia mentaati Allah (a.w)'. Ketetapan Rasulallah (s.a.w) itu telah diberi endorsement oleh Allah (a.w). Maka dgn itulah wajib kita akur dan ikuti as-Sunnah sebagaimana diperintahkan oleh Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr, yg kita sering rujuk dalam blog ini.

Jazkaallahu khairah

Solat Fardu dan Puasa Wajib: Peringatan ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, menjelang tibanya Ramadhan ini, kita peringatkan diri kita bahawa segala amalan dalam bulan Ramadhan ini mendapat gandaan pahala melebihi 700 kali ganda amalan dalam bulan-bulan biasa. Tapi, haru ingat bahawa kemaksiatan yg dilakukan dalam bulan Ramadhan juga digandakan sebanyak itu dosanya! dalam pada itu, dalam post yg lalu diberitahu bahawa amalan yg terawal dihisab di akhirat kelak adalah ibadah solat (fardu). Jika cacat ibadah solat kita maka cacatlah hisaban atas amalan yg lain. Jika baik, maka baiklah hisaban ibadah dan amalan yg lain. Oleh itu prestasi kita dalam ibadah solat fardu itu menentukan segala-galanya kebajikan kita di akhirat. Jika cacat ibadah solat kita - ada banyak yg dulu tertinggal atau teralpa atau sengaja ditinggalkan atau diremehkan zaman muda, selain memohon keampunan dgn bertaubat terhadapnya, boleh ditampung dgn mengerjakan solat-solat sunat, terutama solat-solat sunat malam hari bermula 1/3 terakhir malam - Solat Tahajjud - kerana kita mendapat keampunan apabila berdoa.
Solat fardu itu tiang ugama. Ini kita sudahpun maklum dalam post yg lalu. Oleh kerana solat fardu itu tiang ugama, sebagaimana sesebuah rumah itu, ada tiangnya. kalau tidak dikerjakan bererti seumpama rumah yg tidak bertiang, maka runtuhlah rumah itu. Justeru itu, jika kita tidak bersolat, runtuhlah ugama kita. Apabila runtuh ugama kita, jadilah kita orang yg tak berugama. Pastilah kita masuk neraka. Kerana, antara ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran, hanya ugama Islam yg diridaiNya. Ugama lain atau tanpa ugama pastilah Allah (a.w) tak rida. kalau tak dapat keridaanNya, pastilah kita bertempat di neraka!
Islam menghukum sesiapa yg meninggalkan solatnya kafir. Kita tinggalkan satu waktu solatpun sudah layak menjadi kafir. Apatah lagi orang yg memang tak solat seumur hidupnya, hingga ke saat ini? Pastilah dia merasa dirinya lebih hebat dari Allah (a.w)! Yg disuruh buat tak buat. Pastilah yg ditegah jangan buat di buatnya!
Diriwayatkan hadith daripada Jabir bin Abdullah (r.a), berkata Jabir (r.a): ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Antara hamba Allah (a.w) (yang taat) dan hamba Allah (a.w) yang kafir adalah meninggalkan solat.’ [Hadith Ibnu Majah]
Hadith ini menyebutkan bahawa amat serius akibat tidak bersolat seseorang itu, iaitu dia hampir menjadi kafir (atau statusnya adalah antara kafir (yang engkarkan semua perintah Allah (a.w) dan RasulNya dan orang mukmin yang beramal dan beribadat kerana dia yakin akan menemui Allah (a.w) di akhirat kelak).
Di dalam sepotong hadith lain pula, lebih berat hukumannya seseorang yang mengakui dia Islam tetapi meninggalkan solat fardunya. Seseorang Islam yang meninggalkan solat fardunya menjadikan kafir, yakni keluar dia daripada Islam.

Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Buraidah (r.a) daripada bapanya yang berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Adapun janji yang dibuat antara seseorang itu dengan aku (Nabi (s.a.w)) adalah solat. Maka barangsiapa meninggalkan solatnya maka sesungguhnya kafir dia (yakni, menjadi kafir dia).’ [Hadith Ibnu Majah]

Hadith di atas menunjukkan bahawa orang Islam itu (melalui dua kalimah syahadahnya telah berjanji, dengan Penciptanya, Allah (a.w), dan berjanji (berbai’at)) dengan Nabi (s.a.w), yang menyampaikan perintah Allah (a.w), melalui ucapan dua kalimah syahadahnya, dengan berkata ‘Aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah (a.w); dan aku naik saksi bahawa Muhammad (s.a.w) itu Pesuruh Allah (a.w)’ dan dengan itu dia menjadi Islam dan terikat dengan janji atau ikrarnya, yakni, dia menerima dan mengamal dan mengibadatkan segala sesuatu yang diperintahkan oleh Allah (a.w) melalui perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w) yang menyampaikan perintah Allah (a.w). Antara perintah Allah (a.w) ke atasnya, adalah dia hendaklah mendirikan atau mengrjakan ibadah solatnya. Jika dia meninggalkan solatnya maka dia mungkir janji dengan Allah (a.w) dan RasulNya, maka dengan itulah menjadi kafir dia. Dia tidak lagi Islam dan dia bukan lagi umat Muhammad (s.a.w).

Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a), katanya daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Tidak ada antara hamba Allah (a.w) (yang taat itu) dan (dengan hamba yang) syirik (terhadap Allah (a.w)) itu kecuali meninggalkan solatnya. Maka ketika meninggalkan oleh seseorang hamba itu akan solatnya maka menjadi syiriklah dia (yakni, secara tidak langsung dia mengakui bahawa ada tuhan lain selain Allah (a.w) yang memerintahkan dia mendirikan solat, maka keluar dia dari Islam).’ [Hadith Ibnu Majah].

Hukuman dalam hadith di atas ini lebih serius lagi, kerana jatuh syirik seseorang Islam itu apabila dia meninggalkan solatnya, waliyazubillah. Orang yang syirik itu tidak diterima taubatnya oleh Allah (a.w), maka tidak akan masuk Syurga dia. Mengapakan dia menjadi syirik kerana meninggalkan solat (fardu)nya, walhal dia mengakui bahawa hanya Allah (a.w) yang layak disembah? Jika ditinggalkannya bererti dia akui bahawa ada ‘kuasa’ lain yang mengatasi kuasa Allah (a.w) dalam memandu kehidupan dunianya!

Untuk mendapat ganjaran pahala serta gandaan pahala semaksimum yg mungkin, pastikanlah kita mengerjakan solat fardu, tidak mengabaikannya walau satu waktupun, dan kita juga tidak abaikan Solat Terawih (8 rakaat, dibuat dua-dua rakaat satu salam, di rumah jika kita tidak ke masjid). [Nota: Spt disebutkan dalam post yg lalu yg sahihnya Solat Terawih itu adalah 8 rakaat dibuat empat-empat rakaat satu salam mengikut sunnah Nabi (s.a.w) dan sunnah Omar ibnu Khattab (r.a). Ingatlah Rasulallah (s.a.w) menyebut bahawa Allah (a.w) benarkan kata-kata Omar (r.a). dan, jikalah ada seorang nabi selepas Rasulallah (s.a.w), dia adalah Omar (r.a). Tapi kerana Rasulallah (s.a.w) adalah nabi penamat (khattamal nabiyin), maka tiadalah beliau diangkat Allah (a.w) sebagai nabi. Solat Terawih 20 rakaat itu tidak bersandarkan hadith yg sahih dan kokoh, wallahu 'alam]

Saudara bleh buat pilihan. Nak jadi syirik atau kafir terpulanglah. Yg penting meninggalkan solat seseorang itu boleh jadfi salah satu. Kedua-duanya menjadikan kita ahli neraka. Bezanya, orang syririk tidak akan masuk syurga slama-lamanya. Orang kafir juga gitu. Tapi, syirik tidak diterima Allah (a.w) taubatnya! Kafir, masih boleh taubat.

Jazakallahu khairah

Friday, August 6, 2010

Menarik hari ini ... Solat Terawih Berjema'ah

Assalamualaikum,
Saudara, mungkin saudara terbaca dalam Akhbar Sinar Harian hari ini dalam ruangan DR MAZA menjawab. Seorang bertanya tentang Solat Terawih: kata penyoal Omar b Khattab (r.a), khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, adalah orang yg memulakan Solat Terawih secara berjema'ah dan membuatnya sebanyak 20 rakaat.
Dr Maza menjawab betul apabila dia menyatakan bahawa dalam zaman hayat Rasulallah (s.a.w), Solat Terawih dalam bulan Ramadhan itu dibuat bersendirian. Namun pada malam-malam ganjil 10 malam terakhir Ramadhan, Rasulallah (s.a.w) keluar ke Masjidnya (i.e. Masjid Nabi) yg bersebelahan rumahnya untuk mensolatkan Solat Terawih. Para sahabat mengikuti beliau sebagai makmum. Apabila keluar berita mengenai esok harinya, maka ramailah pula para sahabat yg menunggu di masjid untuk bersolat Terwih secara berjema'ah, sehinggakan penuh sesak masjid. Ketika itulah Rasulallah (s.a.w) memberi tazkirah bahawa jika diamalkan sedemikian takut-takut Solat Terawih secara berjema'ah itu menjadi wajib. Dan, jika diwajibkan beliau khuatir nanti umatnya tidak mampu mengerjakannya.
Disebutkan dalam hadith bahawa, amalan tidak mewajibkan Solat Terawih di jema'ahkan kekal zaman khalifah Abu Bakar as-Siddiq (r.a). Dalam zaman Omar (r.a) beliau berpendapat adalah lebih tertib dan elok sekiranya Solat Terawih itu dijadikan kelaziman supaya di jema'ahkan di bawah seorang Imam. Dengan itu tidaklah kedapatan sinario beberapa kumpulan kecil mensolatkannya secara berjema'ah di pelbagai penjuru masjid dan sebahagian para sahabat lain pula bersolat bersendirian. Jadi sinario di masjid tidak tersusun dan tidak membayangkan kesatuan di kalangan umat Islam di masjid apabila terdapat beberapa kumpulan sahabat yg secara berasingan mensolatkannya dalam perkumpulan dan secara individu terasing.
Omar (r.a), yg kata-katanya adalah haq (yakni, dibenarkan oleh Allah (a.w)), ingin menjadikan amalan Solat Terawih secara berjema'ah zaman Nabi itu dijadikan suatu kelaziman yg berterusan dan tidak hanya untuk malam-malam ganjil 10 hari terakhir Ramadhan. Maka beliau melantik Ubai b Ka'ab sebagai Imam solat. Maka zamannya (dan pada zaman-zaman seterusnya) Solat Terawih itu dibuat sekali di bawa seorang imam yg satu dan semua sahabat berjema'ah, kecualilah sahabat yg tidak berkesempatan, bersolalaht bersendirian di rumah atau berjema'ah di rumah dgn keluarga mereka. Maka sehingga hari ini, Solat Terawih itu menjadi kelaziman salah satu solat sunat yg dikerjakan secara berjema'ah.
Omar (r.a) tidaklah membuat suatu pembaharuan atau bid'ah, kerana telahpun pernah dibuat oleh Rasulallah (s.a.w). Omar (r.a) hanyalah menjadikan suatu kelaziman supaya terus di jema'ahkan. Selain itu, Omar (r.a) juga dikatakan oleh orang yg bertanya mensolatkannya 20 rakaat. Bekas Mufti Perlis itu berkata, berpandukan penelitiannya, bahawa Omar (r.a) mensolatkan Solat Terawih itu 8 rakaat (dibuat empat-empat rakaat satu salam dan bila dicampur dgn Solat Witir 3 rakaat, jadilah 11 rakaat semuanya). Beliau tidak pula memberitahu bilakah Solat Terawih 20 rakaat itu bermula dan siapa yg mulakan. Yg beliau sebut Omar (r.a) mensolatkan Solat Terawih 8 rakaat (dibuat empat-empat rakaat satu salam kemudian dituup dgn 3 rakaat Solat Witir). Rasulallah (s.a.w) juga mensolatkan Solat Terawih itu 8 rakaat dibuat empat-empat rakaat satu salam dan kemudian ditutup dgn 3 rakaat Solat Witir. Maka dgn itulah Aisyah (r.ah) memberitahu dalam hadith bahawa solat malam Rasulallah (s.a.w) adalah 11 rakaat sama ada dalam bulan Ramadhan ataupun di luar bulan Ramadhan .
Umumnya, solat-solat malam (i.e. solat Tahajjud itu boleh disolatkan sebanyak rakaat mana yg kita suka. Mungkin kerana itu pemimpin umat Islam kemudian, selepas khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin itu, Solat Terawih di buat 20 rakaat di solatkan, sebagaimana sekarang ini, dua-dua rakaat satu salam. Wallahu 'alam. Tapi, yg jelas hadith Aisyah (r.ah) menyebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) mengerjakan solat-solat malam 11 rakaat tak kira sama ada dalam bulan Ramadhan atau selain bulan Ramadhan. Jelasnya, Rasulallah (s.a.w) membuat Solat Malam (i.e. tahajjud) itu 8 rakaat (dibuat empat-empat rakaat satu salam atau dua-dua rakaat satu salam) ditutup dengan Solat Witir 3 rakaat. Dalam hadith yg lain disebutkan bahawa solat malam itu dibuat dua-dua rakaat satu salam. Jika demikian, bererti Rasulallah (s.a.w), di luar Ramadhan, mengerjakan Solat Malam (tahajjud) itu dua-dua rakaat satu salam atau sebanyak empat tahajjud.
Kebanyakan para ulama' terutama ulama' arus perdana menggesa umat Islam membanyakkan amalan dalam bulan Ramadhan, maka dgn itu mereka galakkan buat Solat Terawih 20 rakaat setiap malam. Yg afdhalnya adalah mengikuti sunnah Rasulallah (s.a.w) (atau sunnah Omar (r.a)) mensolatkan Solat Terawih 8 rakaat sahaja dibuat empat-empat rakaat satu salam, kemudian ditutup dgn Solat Witir 3 rakaat. Sunnah Rasulallah (s.a.w) lebih utama berbanding dgn sunnah khalifah jikalah terdapat dua keketapan sunnah dalam isu yg sama.
Tentang selawat di antara solat itu tiada dalam amalan zaman Rasulallah (s.a.w) mahupun zaman khalifah. Entah bila dibulakan dan entah siapa yg memulakannya, wallahu 'alam. Kini amalan ini sudah menjadi satu ritual yg menyeronokkan. Maka hilanglah kekhusyukan Solat Terawih sebagai suatu ibadah yg serius apabila makmum terjerit-jerit menyebut kalimah 'selawat tersebut. Sudah mejadi satu nyanyian pula. Nyanyian dalam ibadah ugama hanya wujud di kalangan pengikut Kristian, terutama di kalangan orang Kristian Kulit Hitam. Tiada dalam sunnah Islam!

Jazakallahu khairah

Menarik hari ini ... Bunuh dan Membunuh??

Assalamualaikum,
Saudara, kelmarin dan hari ini masih dilapurkan peristiwan pembunuhan dalam kereta bilamana seorang lelaki dan seorang perempuan diketemui mati dengan tembakan dalam sebuah kereta Toyota Caldina di Lebuhraya NKVE dekat Shah Alam. Yg lelaki bekas ADUN Permatang, Selangaor (Datuk Abdul Aziz b Mohd Noh, berumur 64 tahun) dan yg perempuan pula aktif dalam Pergerakan Wanita UMNO di Selangor (Siti Rohana, berumur 43 tahun, janda anak tiga). Kes ini satu trajedi yg ngeri. Bedah siasat diadakan, namun tidak pula dilapurkan hasil siasatan tersebut. Di akhbar di lapurkan bahawa mereka berdua tiada hubungan kecualilah si perempuan itu pembantu khas bekas ADUN tersebut. Dikatakan tidak ada hubungan cinta. Kata Harian Kosmo lelaki pernah melamar nak kahwin dgn wanita, tapi wanita tak terima. Teori orang ramai adalah pasti ada sesuatu yg tak kena, kerana tiada orang lain yg terlibat. Mungkin kerana nak jaga nama baik di dunia, dalam terdesak bunuh dan membunh supaya tutup cerita. Cwerita dunia ditutup, cerita akhirat bermula ...Katanya, si lelaki menembak wanita tersebut (ada dua das tembakan di badan) dan kemuidan lelaki, mungkin bunuh diri, menembak dirinya (ada satu das tembakan di badan).
Yg menarik ini adalah antara beberap kes yg semakin banyak dilapurkan bahawa adanya orang Islam - tak kira tua atau muda - yg terlibat dalam pembunuhan sesama Islam dan kes-kes suicide (bunuh diri) di kalangan orang Islam. Ketetapan Islam kita semmua tau: seseorang yg membunuh diri sendiri melakukan dosa besar dan pasti tidak dapat masuk syurga di akhirat kelak. Dan, orang Islam yg membunh seorang Islam lain pula pastilah dikenakan hukum bunuh pula kecualilah keluarga yg kena bunuh minta kaffarah selain membunuh orang yg membunuh. Tapi, yg membunuh dahpuyn mati. Membunuh orang Islam pasti masuk neraka. Orang Islam yg dibunuh? Kalau dia mempertahankan dirinya dia mendapat syurga. Kerana orang yg mempertahankan dirinya sehingga terbunuh, mati syahid.
Tak taulah apa pihak Polis kata dalam kes ini. Kitapun tak tau ceritanya. namun rasanya ramai orang UMNO, terutama mereka yg sering ada hubungan dgn kedua-duanya tau serba sedikit cerita mereka. Isteri si lelaki pasti tak tahu suamunya yg sebenarnya. Keluarga si perempuan juga tak tahu cerita sebenarnya. Apakah hubungan mereka selain perempuan itu adalah pembantu khas si lelaki. Mungkin hubungan yg professional, tapi mengapa berada dalam kereta yg sama? Tidak moleklah pembantu khas, yg seorang perempuan pula, berada dalam kereta bosnya! Tapi, dalam UMNO dan dalam politik apapun boleh jadi.
Yg semakin menjadi kenyataan sekarang ini adalah betapa tipisnya keIslaman dan keimanan seorang Islam kalau seorang Islam sanggup membunuh seorang Islam yg lain! Sanggup seorang yg Islam itu membunuh diri. Banyak dah kes bunuh diri di kalangan orang Islam hari ini. Jelaslah, masyarakat Islam tidak lagi macam masyarakat Islam yg sewajarnya. Nam saja Islam tapi mereka melakukan segala sesuatu seumpama orang yg tidak Islam. Malah ramai dah bapa orang Islam yg menodai anak daranya sendiri. Ada kes-kes adik abang yg melakukan hubungan jenis (incest) seolah-olah mereka bukan satu keluarga. Pernah dulu dilapurkan hubungan seks sedemikian antara ibu dgn anak lelaki kandungnya sendiri, kerana isteri itu tiada suami.
Itulah tanda-tandanya keruntuhan keimanan di kalangan umat Islam hari ini. Siapa yg salah atau wajib dipersalahkan? Mungkin ibu bapa yg tidak mendidik anak-anak ketika kecil. Mungkin orang ugama yg tidak aktif mengilmukan orang Islam sehinggakan mereka jahil tentang Islam! Wallahu 'alam.
Mudah-mudahan kita terselamat dari fitnah ini.

Jazakallahu khairah

Monday, August 2, 2010

Solat: Betulkah Cara Solat Kita??

Assalamualaikum,
Saudara, sempena kita menyambut bulan Ramadhan dan kita diberikan gandaan pahala segala amalan kita dalam bulan Ramadhan melebihi kadar gandaan dalam bulan-bulan selain ramadhan itu, mungkin kita wajar teliti semula apakah solat yg kita kerajakan itu menepati ketetapan Allah (a.w) mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kita diberitahu bahawa segala amalan dan ibadah umat Islam itu hendaklah mencontohi cara serta kaedah yg dibuat oleh Rasulallah (s.a.w), kerana Rasulallah (s.a.w) itu adalah contoh terbaik atau model ikutan terbaik dalam mengabdikan diri kita kepada Allah (a.w). Kita wajib ikuti cara dan kaedah Rasulallah (s.a.w) mengerjakan solat kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu jika kita amalkan sesuatu amalan yg tidak secocok atau yg tidak dibawakan atau dicontohi oleh Rasulallah (s.a.w) itu, amalan atau ibadah tersebut terbatal dan tidak diterima Allah (a.w). Jika solat kita tidak diterima Allah (a.w), rugilah kita.
Menjelang ketibaan Ramadhan ini insya Allah, kita akan teliti semula cara dan kaedah kita bersolat untuk mempastikan bahawa solat kita sah dan diterima Allah (a.w) dan mendapat pahala mengerjakannya semaksimum mungkin. Dalam blog ini kita telah juga teliti beberapa aspek solat dari mula hingga akhirnya.
Kita wajib ingat bahawa solat itu adalah ibadah terutama dalam Islam, ibadah yg mula-mula dihisab di akhirat dan ibadah yg menentukan apakah kita ke neraka atau kesyurga dan apakah hisaban amalan selain solat itu mudah atau sulit? Dgn itu sesiapa yg meninggalkan solatnya pastilah tiada gunanya ibadah selainnya walaupun dikerjakannya secara istiqamah spt orang secara istiqamah berpuasa, tetapi tidak pernah solat atau sering meninggalkan solatnya. [Nota: Seseorang yg meninggalkan satu waktu solat fardu secara sengaja, maka dihukum jatuh kafir dia dan layak dia di siksa dalam neraka kerananya]. Ada sedikit maaf kalau tertinggal solat kerana sebab-sebab yg harus, seperti tertidur atau terlupa, atau sakit teruk yg tidak dapat dibantu orang lain untuk kita berwudu' atau bertayamum. Kekurangan sedmikian boleh ditampung oleh solat-solat sunat. Itulah utamanya solat sunat.
Umumnya, rutin solat itu meliputi beberapa dimensi atau komponen, iaitu:

1. Solat hendaklah dgn wudu' yg sah. Tanpa wudu' solat itu batal. Dan, tanpa wudu' yg saha, solat kita juga batal atau tidak diterima. Ramai orang Islam tidak mengetahui kaedah berwudu' yg sah atau berwudu' tidak menepati ketetapan Islam sebagaimana ditetapkan oleh as-Sunnah.
2. Solat itu sendiri hendaklah menepati cara dan kaedah Rasulallah (s.a.w) sebagaimana yg ditetapkan dalam as-Sunnah. Panduan pokok solat adalah sabda Rasulallah (s.a.w): 'Sollu kama ra-aitumuni usalli' [Maksud: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku (nabi) bersolat.' [Hadith Bukhari]. Segala ibadah dan amalan yg berlainan dari apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) tidak diterima Allah (a.w). Kerana Allah (a.w) telah memberi kita tahu dalam firmanNya pada Ayat 21, Surah al-Akhzab: 'Nescaya sesungguhnya ada segala sesuatu pada diri Rasulallah (s.a.w) itu 'uswatun hasanah' (yakni, contoh terbaik) bagi orang-orang yg ingin bertemu dgn Allah (a.w) dan hari akhirat (yakni, masuk syurga) dan ingat mereka sebanyak-banyak akan Allah (a.w).' [Ayat 21, Surah al-Akhzab]
3. Mengerjakan solat-solat sunat mengiringi waktu atau mengiringi solat-solat fardu tersebut - sama ada sebelumnya atau sesudahnya. Amalan solat sunatlah yg membuktikan ketaqwaan serta keimanan kita, kerana solat-solat sunat itu adalah tambahan yg kita kerjakan sebagai menunjukkan kesyukuran kita kepada Allah (a.w) kerana sebegitu banyak dan berbagainya nikmat yg Allah (a.w) kurniakan kpd kita setiap saat dan ketika.
4. Sesudah solat hendaklah kita berwirid dan berzikir, kalau tidak banyak memadai. Adalah tidak wajar jika kita selepas solat terus memulakan pekerjaan duniawi kita.
5. Sesudah kita berwirid dan berzikir, hendaklah kita berdoa. Sebagai manusia kita wajib berdoa kerana Allah (a.w) sukakan kita berdoa meminta segala sesuatu kepadanya dan Allah (a.w) melabelkan kita sombong jika kita tidak mahu berdoa, dan kerana keengganan kita berdoa itu kita dicampakkan oleh malaikat ke neraka kerana itulah ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 60 dalam Surah al-Ghafir.
Firman Allah (a.w): 'Dan telah berfirman Tuhan kamu sekelian (Allah (a.w)): 'Berdoalah kamu kepadaKu (Allah (a.w)) nescaya Aku (Allah (a.w)) kabulkan bagi kamu (permintaanmu); sesungguhnya orang-orang yg takbur (atau sombong atau bongkak) di kalangan hambaKu (i.e. kita semua) nescaya Aku (Allah (a.w)) masukkan mereka ke dalam neraka jahannam yg hina.' [Ayat 60, Surah al-Ghafir]
Orang yg tidak mahu berdoa dicop oleh Allah (a.w) sebagai orang yg sombor atau membesar diri dan tidak mahu mengagungkan Tuhannya walhal Allah lah yg menjadikannya dan menghidupkannya dan kemudian memberi rezki untuknya sepanjang hayatnya.
Insya Allah kita akan teliti solat itu step by step pergerakan dan bacaannya supaya kita dapat bersolat dengan pasti menepati as-Sunnah.

Jazakallahu khairah

Sunday, August 1, 2010

Puasa Fardu - Ramadhan (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, sebagai menyambung perbincangan kita mengenai bulan Ramadhan dan fadhilatnya, dalam post kali ini kita teliti sepotng hadith qudsi yg menyebut tentang pahala puasa bulan Ramadhan itu. Semua amalan dan ibadah mendapat pahala di sisi Allah (a.w) walalupun sebenarnya kita tidak wajar diberi pahalapun kerana kita bertanggungjawab memenuhi perintah Allah (a.w) untuk mengabdikan diri kita kepadanya kerana kita diberi peluang hidup. Inilah mesej Allah (a.w) dalam firmanNya pada Ayat 56, Surah az-Zariat: 'Dan tidaklah Aku (Allah (a.w)) jadikan jinn dan manusia kecuali semata-mata untuk mengabdikan diri (yakni, beramal dan beribadah) kepadaKu.' Justeru itu, tidakpun perlu diberi pahalapun. Tapi, Allah (a.w) itu amat pemurah. Walaupun tanggungjawab kita beribadah, kita tetap diberi pahala kerana mengerjakannya. Malah lebih pemurah lagi Allah (a.w) kerana setiap amalan yg baik (termasuk ibadah) diberi gandaan pahala antara 10 hingga 700 kali ganda pula, tergantung kepada sejauh mana kita benar-benar ikhlas dalam ibadah dan amalan kita semata-mata mencari keridaan Allah (a.w).

Gandaan Pahala Berpuasa

Dalam bulan Ramadhan Allah (a.w) teramat pemurah kpd kita yg Islam apabila kita berpuasa. Ada banyak kurniaanNya. Malahan pahala berpusa digandakan melebihi had 700 kali ganda gandaan amalan dan ibadah selainnya dalam bulan-bulan yg lain. Hanya Allah (a.w) yg tahu berapa banyak gandaannya yg kita dapati. Kita akan tahu di akhirat kelak. Disanalah kita menerima dividen dan bonos kerana amalan dan ibadah kita ketika di dunia.
Diriwayatkan hadith dari Abi Soleh az-Zaiyat sesungguhnya dia mendengar Aba Hurairah (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Telah berfirman Allah (a.w): 'Setiap amalan anak Adam adalah baginya (pahala yg ditetapkan, iaitu gandaan 10 hingga 700 kali ganda itu), kecuali puasa. Maka sesungguhnya puasa itu untukKu dan Aku (Allah (a.w) membalas dengan pahalanya. Adapun puasa itu adalah perisai atau pelindung (bagi orang yg berpuasa). Dan ketika ada berpuasa salah seorang kamu pada hari puasa jangan berjimak (dgn isteri di siang hari) dan jangan mengadu dumba, maka sesungguhnya (perbuatan sedemikian) memakan (ie. menghapuskan pahala) pada seseorang atau bertengkar (seseorang) maka katakanlah kepadanya 'aku berpuasa'.' Dan demi diri Muhammad (s.a.w) dalam genggamanNya (yakni, bersumpah Rasulallah (s.a.w) kpd Allah), maka sesungguhnya bau busuh dari mulut salah seorang kamu yg berpuasa itu lebih harum di sisi Allah (a.w) dari bau keharuman minyak (wangi) kasturi (misk). Bagi orang yg berpuasa itu mendapat dua kesenangan atau kegembiraan atau keriangan, (pertama) ketika berbuka mereka yg berpuasa, dan (kedua) ketika bertemu dengan Tuhannya senang atau suka Dia (Allah (a.w)) dengan puasanya (yakni, terhapus segala dosanya dan mendapat syurga dia).' [Hadith Bukhari, Kitab Puasa]
Demikianlah Allah (a.w) memberitahu orrang yg berpuasa itu bahawa pahala puasa itu hanya Allah (a.w) yg menentukan gandaannya. Pastilah gandaan lebih dari 700 kali gandaan tergantung kpd apa yg Allah (a.w) nilai puasa seseorang itu. Kemudian disebutkan bahawa orang yg berpuasa itu mendapat dua kegembiraan. Ketika di dunia ketika berbuka dan kemudian merayakan pula Aidil Fitri. Kemudian di akhirat dapat menemui Allah (a.w) kerana puasanya, yakni masuk syurga.[Nota: Disebutkan dalam hadith penghuni syurga itu dapat nikmat yg paling tinggi yg boleh diperolehi oleh manusia, iaitu nikmat melihat wajah Allah (a.w) di akhirat. Hanya ahli syurga saja yg diberi kesempatan melihat wajah Allah (a.w)].
Semoga kita diberi Allah (a.w) kekuasaan dan kemampuan untuk berpuasa sebaik mungkin dalam bulan Ramadhan yg akan datang ini, insya Allah.

Jazakallahu khairah

Puasa Fardu - Ramadhan (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan perbincangan kita tentang 'Puasa Fardu Ramadhan' memandangkan tidak lama lagi kita akan menemui Ramadhan. Terlalu banyak fadhilat puasa Ramadhan serta fadhilat kelebihan bulan Ramadhan, untuk kita sia-siakan.

Kefadhalan Puasa Ramadhan

Diriwayatkan hadith dari Abi Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan dgn penuh keimanan dan kerana mencari pahala diampunkan oleh Allah (a.w) baginya apa-apa yg didahulukannya dari beberapa dosanya yg telah lalu. Dan barangsiapa berdiri atau menetapi (yakni, mengerjakan solat dan mengimarahkan malam Ramadhan) malam lailatul qadr dgn penuh keimanan dan kerana mencari pahala di sisi Allah (a.w), diampunkan baginya apa-apa yg didahulukannya (yakni, dosa-dosa) dari dosa-dosanya yg lalu.' [Hadith Bukhari di dalam Bab Solat Terawih]
Dan juga hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abi Hurairah (r.a) sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa berdiri (yakni, menetapi pada ibadah) dalam bulan Ramadhan dgn penuh keimanan dan kerana mencari pahala di sisi Allah (a.w) baginya, diampunkan oleh Allah (a.w) baginya apa-apa yg telah didahulukan (yakni, dosa-dosanya) dari dosa-dosanya yg telah lalu.' [Hadith Bukhari di dalam Bab Solat Terawih]
Dua hadith di atas itu menyebutkan kefadhalan atau keutamaan beribadah dalam bulan Ramadhan, selain ibadah khusus berpuasa pada siang harinya. Orang yg yg menetapi beberapa ibadah sampingan dan ibdah sunat khusus pada malamnya dgn sepenuh keimanan, yakni dikerjakan semata-mata kerana menepati perintah Allah (a.w) dan dikerjakan dgn niat yg satu iaitu semata-mata mencari pahala semaksimum yg mungkin dari Allah (a.w), maka segala dosa-dosa yg lalu akan diampunkan oleh Allah (a.w). Allah (a.w) memberi peluang kpd kita dalam bulan Ramadhan untuk menghakis segala dosa-dosa kita yg telah lalu - setahun selepas Ramadhan yg lalu - jika kita juga bertindak sedemikian dalam bulan Ramadhan yg lalu. Justeru itu, sesiapa yg secara istiqamah memaksimumkan ibdahnya dalam bulan Ramadhan setiap tahun, maka pastilah dia tidak mempunyai dosa yg melayakkan dia dibersihkan dalam neraka di akhirat kelak. Maka selamatlah dia dari neraka dan jadilah dia orang yg berjaya menduduki syurga.
Ibadah puasa yg boleh memaksimumkan pahala sejajar dgn ketetapan sabda Rasulallah (s.a.w) itu adalah meminimumkan dosa yg termungkin dari kesemua panca indera kita -mata, telinga, mulut, tangan dan kaki dan lain-lain anggota badan ketika berpuasa, dan bukan setakat menahan lapar dan kehausan. Inilah kelakuan ketika berpuasa di siang harinya. Dan, pada malamnya pula, kita mengerjakan Solat Terawih. Solat Terawih itu boleh dikerjakan secara berseorangan atau bersendirian atau dijema'ahkan di masjid atau surau atau mana-mana musolla (tempat bersolat). Kerana solat-solat sunat itu lebih afdhal dibuat di rumah supaya tidaklah menjadikan rumah kita 'tanah perkuburan' yg sunyi sepi tidak diimarahkan pada malamnya. Solat Terawih itu boleh dibuat 8 rakaat, jika mengikuti sunnah Rasulallah (s.a.w), iaitu disolatkan empat-empat rakaat satu 'salam', dan ditutup dengan Solat Witir disudahi satu atau tiga rakaat dengan satu 'salam'; atau, dibuat 20 rakaat, mengikuti sunnah Omar ibnu Khattab (r.a), sebagaimana kelaziman di masjid dan surau, disolatkan dua-dua rakaat satu 'salam', kemudian ditutup dengan Solat Witir, satu atau tiga rakaat disudahi dgn' salam'.
[Nota: Sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, iaitu Omar dalam kes ini, adalah sebahagian daripada 'as-sunnah', demikianlah ketetapan Rasulallah (s.a.w), bahawa orang iman tetapi atau ikuti as-Sunnah yg merangkumi sunnah beliau dan sunnah khalifah].
Selain Solat Terawih itu, kita juga digalakkan membaca sebanyak mungkin al-Quran dan seboleh-bolehnya satu juzu' setiap malam, supaya kita khattam al-Quran itu sekurang-kurangnya sekali, dalam bulan Ramadhan. Kita juga digalakkan berwirid, berzikir atau membaca takbir, tasbih dan tahlil serta memperbanyakan doa pada waktu malamnya. Secara berjema'ah kita juga digalakkan bertadarus al-Quran - yakni, sekumpulan kita sama-sama membaca al-Quran, iaitu seorang membaca dan yg lain memerhatikan dan memperbetulkan sebarang kesilapan bacaan dan kemudian dibaca secara bergilir-gilir.
Amalan yg diutamakan selepas 20 Ramadhan (yakni, 10 malam terakhir Ramadhan), kita digalakkan beriktikaf di masjid, yakni berada di masjid setiap malam untuk acara ibadah secara bersendirian atau berkumpulan, untuk mencari lailatul-qadr. Dalam Surah al-Qadr disebutkan kefadhalan malam qadr itu. Allah (a.w) diiringi oleh malaikat Jibril (a.s) dan rombongan para malaikat rahmat turun ke langit dunia sepanjang malam untuk menganugerahkan kpd orang iman segala sesuatu yg dikehendakinya. Allah (a.w) dengan iringan para malaikat akan berada di langit dunia sehinggalah tiba atau masuk waktu Subuh. Sesiapa yg menemui lailatul qadr itu, kefadhalan yg diperolehinya melebihi amalan dan ibadah yg sempurna (perfect) sebanyak 1,000 bulan (i.e. alfi syahrin) atau sama dgn amalan dan ibadah sempurna 83 tahun. Orang yg menemui malam qadr itu dijamin masuk syurga kerana segala dosanya dihapuskan dan amalannya sempurna selama 83 tahun walaupun mungkin dia hanya hidup 45 tahun!
Menyebut tentang malam qadr ini malaikat Jibril (a.s) pernah memberitahu Rasulallah (s.a.w) iaitu dalam zaman sebelum Islam, terdapat 4 orang ralib (i.e. ulama' Bani Israil) yg berusaha menyempurnakan amalan dan ibadah sebagai membuktikan ketinggian ketaqwaan mereka terhadap Allah (a.w) serta sebagai menyahut perintah Allah (a.w) selama 80 tahun usia mereka tanpa sekelip matapun membuat dosa. Mendegra cerita itu, Rasulallah (s.a.w) sangat merasa hairan. Namun, malaikat Jibril (a.s) memmberitahu Rasulallah (s.a.w) tidak perlu merasa ajaib perlakuan ralib tersebut. Jibril (a.s) memberitahu Rasulallah (s.a.w) bahawa umat beliau, yakni kita yg Islam kini, diberi oleh Allah (a.w) anugerah yg jauh lebih baik, iaitu malam qadr, yg melebihi ketaqwaan dan kefadhalan ralib tersebut, kerana menemuinya hanya semalam, kita berjaya mendapat kesempurnaan ibadah 83 tahun (i.e. 1,000 bulan)!
Mudah-mudahan kita diberi kekuatan dgn keazaman untuk mengimarahkan malam Ramadhan kita, dan semoga kita berjaya menemui malam qadr itu, insya Allah.

Jazakallahu khairah