Saturday, July 31, 2010

Puasa Fardu - Ramadhan

Assalamualaikum,
Saudara dlm post sebelum ini kita telah teliti rumusan beberapa kefadhalan atau kebaikan beberapa amalan dalam bulan Ramadhan. Yg paling utama adalah ibadah Pusa Wajib atau Fardu sepanjang Ramadhan. Itulah syariat Islam. Elemen ketiga Rukun Islam. Sesiapa yg tidak berpuasa tanpa sebarang keuzuran, maka mereka tergolong orang yg fasiq, yakni orang yg menentang perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w). Orang yg menentang perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w) tergolong orang yg disebutkan dalam firman Allah (a.w) pada Ayat 14, Surah an-Nisa': Barangsipa yg menentang Allah (a.w) (yakni, tidak ikuti ketetapan al-Quran) dan yang menentang Rasulallah (s.a.w) (yakni, tidak mengikuti ketetapan as-Sunnah), dan orang-orang yg melanggar had-had ketetapan Allah (a.w) (i.e. dalam kes ini ketetapan tentang puasa), pasti dimasukkan ke dalam neraka di akhirat kelak.' Orang yg tidak berpuasa juga mengingkari ketetapan Allah (a.w) pada ketetapanNya pada Ayat 7, Surah al-Haysr: 'Dan apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kamu ambil pakai atau terima atau laksanakan, dan apa-apa yg ditegahnya hendaklah engkau jauhi.' Puasa adalah satu dimensi syariat Islam yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) untuk dikerjakan oleh orang yg akui dirinya Islam. Orang yg tidak berpuasa pastilah dia bukan Islam atau menyerupai perilaku orang yg tidak Islam!
Allah (a.w) berfirman pada Ayat 185, Surah al-Baqarah: 'Bulan Ramadhan itu bulan yg diturunkan di dalamnya al-Quran yg membawa petunjuk (ie. hidayah) bagi manusia dan (al-Quran itu) memberi keterangan dari hidayah dan batas-batas hukum Allah (a.w0 (yakni halal, haram, dosa pahala dsbnya). Maka barangsiapa yg menyaksikan dari kalangan kamu anak bulan Ramadhan, maka hendaklah berpuasa, dan barangsiapa yg sakit atau dalam perjalanan (i.e. bermusafir), maka gantilah hari puasa (yg tertinggal atau ditinggalkan itu) dari hari-hari lain. Allah (a.w) berkehendakkan bagi kamu memudahkan kamu dan tidaklah Allah (a.w) itu mengkehendaki menyulitkan kamu dan agar dapat kamu menyempurnakan hitungan harinya dan agar kamu sekelian dapat mengagungkan Allah (a.w) atas apa-apa yg mewajibkan atas kamu oleh Allah (a.w), dan mudah-mudahan kamu sekelian bersyukur kepada Allah (a.w).' [Ayat 185, Surah al-Baqarah]
Ayat di atas itu adalah ayat perintah menetapkan bahawa orang yg Islam itu diwajibkan berpuasa dalam bulan Ramadhan. Jika kita sakit yg tidak membolehkan kita berpuasa, maka kita wajib ganti bilanagan hari yg tertinggal itu dalam lain-lain bulan supaya tetap mencukupi puasa kita 30 hari. Kalau kita perlu menjalani tugas di luar qariah kita (melebihi 89 kM) maka kita diberi pilihan untuk berpuasa atau tidak berpuasa, namun tetap perlu diganti hari-hari yg kita tidak beruasa itu. Puasa itu adalah salah satu amalan yg tertakluk kpd hukum had dalam Islam. Ayat itu juga memberitahu kita bahawa pertama kali al-Quran itu diturunkan ayatnya adalah dalam bulan Ramadhan. Demikianlah kebesaran al-Quran itu dalam Islam. Malam lailatul-Qadr itu juga jatuhnya dalam bulan Ramadhan. Sesiapa yg berkempatan menemui lailatul-Qadr itu mendapat ganjaran pahala orang yg perfect amalan dan ibadahnya selama 1,000 bulan atau 83 tahun!
Insya Allah pada 11 Ogos 2010 nanti kita akan mula berpuasa. Mudah-mudahan kita dipanjangkan umur supaya dapat berpusa penuh sebulan dengan penuh keimanan dan kesabaran dan mendapat pahala maksimum. Seiapa yg mengabaikan Puasa ramadhannya amat rugi. Kerana disebutkan pahala sehari pusasa yg ditinggalkan, tidak dapat disamai oleh pahala kita berpuasa selama setahun! Rugi, jika kita batalkan sehari atau kita tinggalkan sehari. Sudahlah rugi tak dapat pahala yg banyak, kita pula mendapat dosa yg banyak meninggalkan sehari puasa.

Jazakallahu khairah

Friday, July 30, 2010

Kefadhalan Bulan Ramadhan

Assalamualaikum,
Saudara, tak lama lagi, insya Allahkalau kita panjang usia, tiba 11 Ogos 2010, kita akan mula berpuasa wajib atau fardu, iaitu Puasa Ramadhan. Puasa ramadhan adalah rukun ke-3 dalam Rukun Islam - tiang ugama bagi orang Islam - selepas syahdah kemudian solat. Selepas puasa kita akan bergembira menyambut Aidil Fitri pula.
Puasa itu disebut dalam Surah al-Baqarah. Diceritakan betapa beratnya dalam zaman Rasulallah (s.a.w) apabila umat Islam perlu berpuasa lebih panjang masanya setiap hari, iaitu bermula sesudah Solat Isya' tamat ketika masuk waktu Solat Maghrib. manusia hanya ada bmasa yg singkat untuk berbuka, iaitu dalam waktu Maghrib. Kerana ketika masuk waktu Isya' mereka tidak dibolehkan makan minum dan bergaul (i.e. menyetubuhi) isteri.
Antara kefadhalan bulan Ramadhan itu, selain puasa, adalah dalam bulan itulah di turunkan al-Quran dan dalam bulan Ramadhan - pada 10 malam terakhirnya - akan berlaku Lailatul-Qadr. Disebutkan bahawa lailatul-Qadr itu lebih baik, yakni mengandungi pahala yg besar, menerupai pahala 1,000 bylan yg disi penuh dgn amalan dan ibadah.
Dan, ibadah serta amalan dalam bulan Ramadhan itu akan diberi ganjaran oleh Allah (a.w) gandaan pahala lebih dari 700 kali ganda sehingga gandaan yg Allah (a.w) saja akan tetapkan. Sebaliknya pula, sesuatu kejahatan atau kemaksiatan yg dilakukan dalam bulan Ramdhan itu juga akan digandakan melebihi 700 kali, terpulang kpd Allah (a.w) menentukan gandaan dosa yg dikenakan kerana kemaksiatan dalam bulan Ramadhan.
dalam bulan Ramadhanlah terdapat beberapa amalan tambahan, iaitu Solat Terawih setiap malam. Rasulallah (s.a.w) mengerjakan Solat Terawih itu delapan rakaat, iaitu dikerjakan empat empat rakaat satu salam dan ditutup pula dgn Solat Witir, yg ganjil rakaatnya - satu atau tiga atau lima atau tujuh rakaat satu salam. Dalam zaman Rasulallah (s.a.w) Solat Terawih itu dibuat 8 rakaat, di buat dua dua rakaat satu salam, kemudian diteutupi dengan Solat Witir. Rasulallah (s.a.w) pada malam ganjil 10 malam terakhir akan mensolatkan Terawih di masjid, maka dgn itu diikuti atau dimakmumkan oleh para sahabat. Dalam zaman khalifah Omar b Khattab (r.a), Solat Terawih itu dijema'ahkan sebanyak 20 rakaat dibuat dua dua rakaat satu salam.
Justeru itu, hari ini kita ada pilihan bagi Solat Terawih, iaitu dibuat 8 rakaat seumpama apa yg dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w) atau dibuat 20 rakaat dua dua rakaat mengikut amalan khalifah Omar (r.a). [Nota: Rasulallah 9s.a.w) membuat ketetapan bahawa syariat yg dikerjakan oleh Omar (r.a), dan khalifah yg 4, adalah termasuk senahagian drpd sunnah.
Apabila tiba waktu berbuka, kita mendapat pahala berbuka segera setelah terbenam matahari, atau masuk waktu Maghrib. Dan, kita mendapat pahala jika kita bersahur dan lebih afdhal bersahur selambat yg mungkin. Kita juga diberi pahala sekiranya kita bersedekah makanan dan minuman bagi orang yg berpuasa.
Dalam bulan Ramadhan, jika kita bermusafir, kita diberi pilihan untuk berpuasa atau tidak, tetapi puasa yg ditinggalkan hendaklah diganti (qada'kan) sejumlah hari yg kita tidak berpuasa.
Selain itu, bagi warga tua (wargamas) yg umurnya melampaui 60 tahun dan tidak mampu lagi berpuasa, mereka diberi pilihan tidak berpuasa tetapi hendaklah dia memberi makan kpd seorang orang miskin bagi setiap sehari yg tidak dipuasakan.
Kita diberitahu bahawa sesiapa yg sengaja meninggalkan puasa Ramadhan, walaupun seharai tanpa keuzuran yg disebutkan, kemudian kita qada'kan hari tersebut dalam bulan lain, kita kerugian yg amat besar kerana pahala terlepas yg tidak dapat disamai dgn pahala kita berpuasa sepanjang tahun kerana meninggalkan puasa Ramadhan sehari.
Kemudian kita diberitahu bahawa sesiapa yg berkemampuan, kita digalakkan mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan. Pahal satu umrah dlm bulan Ramadhan begitu banyaknya, sama dgn mengerjakan haji bersama-sama dgn Rasulallah (s.a.w). Oleh itu bagi mereka yg berwang/berkemampuan, eloklah diusahakan mengerjakan umrah di Mekah. Oleh kerana pahala amalan baik bulan Ramadhan digandakan Allah (a.w) melebihi 700 gandaan dan kerana semua amalan dan ibadah yg dkerjakan di tanah haram mendapat gandaan pahala 100,000 kali, fikirkanlah betapa banyak dividen akhirat yg kita daoat kerana berumrah dan berpuasa serta mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah sunat di Baitullah.
Insya Allah kita akan teliti sandaran hadith mengenai kefadhalan Ramadhan (i.e. apa-apa yg kita sebutkan di atas) itu dalam post-post yg akan datang.

Jazakallahu khairah

Fahaman Kemazhaban: betulke atau salahke?? (Samb)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teliti pula apa kata personaliti ulama' yg disanjung oleh Malaysia dan pemimpinnya iaitu Dr Yusof al-Qaradawi tentang ketaksuban dalam bertaklid kpd fahaman mazhab.

Kata Yusof al-Qardawi:

‘Sikap taksub mazhab fiqh begitu kuat dalam masyarakat kita, sehingga mereka enggan melihat pandangan-pandangan luar mazhab mereka yg mungkin lebih kukuh dan bermanfaat. Kelompok ugama jenis ini hanya berusaha agar pengikutnya tidak sekalipun terpaksa, menolak dalil yg sahih.... Golongan yg taksub ini tidak membolehkan sesiapa yg mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya (i.e. dari mazhab ikutannya), sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian (pegangan dalam ugama). Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yg tidak diwajibkan oleh Allah (a.w). Seakan-akan mereka menganggap imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syariat dan perkataan mereka adalah hujjah syarak yg dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini sebenarnya menyanggahi tunjuk ajaran imam-imam mazhab itu sendiri, kerana sesungguhnya mereka (imam mazhab) telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain mereka. Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf umat ini iaitu para sahabat dan mereka yang selepas sahabat sepanjang kurun-kurun yg awal yang merupakan sebaik-baik kurun dan yang paling dekat kepada petunjuk Nabi (s.a.w). Justeru itu, para ulama’ besar umat ini dan para muhaqqiqnya membantah sikap melampau di dalam taklid mazhab yg menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab (i.e. Yahudi dan Nesrani) yang mengambil padri dan pendita (i.e ilmuwan) mereka sebagai tuhan selain Allah (a.w).’ [al-Sahwat al-Islamiat bainal-Masyruk wa al-Tawarru’ al-Tafarru’ al-Mazdhum, m.s 202, Kahirah, Darel-Sahwat (1991).

Dr Yusuf Qaradawi menyebutkan di atas bahawa ulama' dan para ilmuwan mazhab, termasuklah mereka yg menjadi pendokong dan pengikut Mazhab as-Syafie, tidak wajar taksub serta tidak boleh bertaklid pada imam-imam yang dikatakan mengasaskan mazhab itu. Kita telah teliti dalam post-post yg sebelum ini, wasiat Imam as-Syafie, Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad ibnu Hanbal supaya jangan ikuti ketetapannya atau pandangannya jika ada sunnah yg sahih datangnya dari Rasulallah (s.a.w). Jika terdapat percanggahan antara pandapat imam-imam tersebut apabila dirujuk kepada ketetapan al-Quran atau as-Sunnah, maka hendaklah kita yg mengikuti fahaman kemazahaban itu tolak kata-kata mereka dan ambil al-Quran atau as-Sunnah. Al-Quran dan as-Sunnah wajib mengatasi dan mendahului ketetapan siapapun. Jika para ulama' atau ilmuwan fahaman Mazhab tidak mahu terima ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka mereka seumpama bertindak sebagaimana paderi Kristian dan ralib Yahudi, serta pengikutnya seolah-olah hukum mereka lebih tinggi dari hukum Allah (a.w). Ini merupakan kekafiran yg nyata.

Manusia tidak boleh menghalalkan apa yg diharamkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya dan tidak boleh mengharamkan apa yg dihalalkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Contoh: kalau Rasulallah (s.a.w) bersabda: Barangsipa membuat sesuatu amalan atau ibdah yg tidak didatangkan oleh beliau, maka amalan atau ibadah itu ditolak , i.e. tidak diterima. Rasulallah (s.a.w) beritahu kita bahawa seburuk-buruk perkara dalam ugama adalah memperbaharui kpd perkara ugama, dan setiap pemharuan adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat dan setiap kesesatan tempatnya (i.e. tempat orang yg membuatnya, mengajarnya dan mengamalkannya) adalah dalam neraka. Mengapakah masih bertegang para ulama' as-Syafie wujudnya ' bid'ah hasanah' walhal Nabi (s.a.w) kata semua bid'ah sesat dan batil? Inilah contoh taklid atau taksub kpd mazhab walhal, jikalah Imam as-Syafie, atau Imam Maliki atau Imam Abu Hanfiah atau Imam Ahmad ditanyakan isu ini, pastilah jawapan mereka, ikuti al-Quran dan tolak ajaran mereka, jikalah benar mereka yg ajarkan 'bid'ah hasanah' itu. Kerana, itulah pesanan atau wasiat mereka. Mereka juga adalah ulama' muhadithin, mungkin tidak sehebat Bukhari dan Muslim dalam konteks hadith atau as-Sunnah, tapi merekalah membawakan as-Sunnah kpd kita semua supaya kita boleh terpandu dalam Islam.

Insya Allah, kita akan teliti dan komen kesemua yg kita postkan kemudian nanti, insya Alllah.

Jazakallahu khairah

Fahaman Kemazhaban: Apa Kata Imam as-Syafie

Assalamualaikum,
Saudara, kita teliti pula apa kata Imam as-Syafie yg kononnya dikatakan pengasas fahaman Mazhab as-Shafie, iaitu mazhab yg dijadikan pegangan umat Islam golongan perdana di Malaysia. Penulis gunakan quote "..." pada perkataan 'kononnya', kerana siapakah yg pasti bahawa Imam as-Shafie itu pengasas Mazhab as-Syafie? Adakah tertulis di mana-mana bahawa Imam as-Syafie berhasrat atau memeng berusaa untuk menubuhkan mazhab atau mencari pengikut di kalangan manusia dalam menganuti Islam. Atau, adakah as-Syafie dikatakan pengasas apabila wujud pengikutnya yg sangat kasihkan dia dan kagum dengannya sehinggakan menaikkan mertabatnya menjadi seorang wali yg dianugerahkan Allah (a.w) dgn kelebihan. Maka, pengikut as-Syafie telah menobatkan beliau sebagai pengasas Mazhab', walaupun beliau tidak berniat mahupun berhasrat menubuhkan satu firqah terasing dalam beramal dan beribadah, dan dalam mengabdikan diri kpd Allah (a.w).
Sesiapa yg mengaji ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah (atau al-Hadith) secara sistematis serta menyeluruh dan sempurna, akan tahu bahawa terdapat sejumlah 49 ulama' muhadithin - ilmuwan yg mengumpul hadith dengan membukukannya sebagai kitab al-Hadith. Kitab koleksi hadith yg diketahui oleh semua orang Islam adalah Kuttubul Sittah (yakni, kitab yg enam), iaitu Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan an-Nasa'i, Sunan at-Termidzi, Sunan Abu Daud dan Sunan ibnu Majah. Mereka yg ingin digelar atau diktiraf sebagai sahih seorang ulama' (i.e. orang yg berilmu atau luas dan banyak ilmunya tentang Islam dan syariatnya) adalah orang yg faqih dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, paling kurang. Namun, seseorang itu layak digelar ulama' apakala dia khattam mengaji, selain al-Quran, Kuttubul Sittah itu.
Mengapa, seseorang itu diiktiraf faqih serta berilmu tentang Islam dan syariatnya apabila mereka telah khattam Kuttubnul Sittah, dan tidak memadai hanya faqih dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim? Kerana, ilmu mengenai Islam itu sewajibnya dipelajari dengan sempurna. Kerana ada dimensi syariat Islam ataupun ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) yg tiada dalam Bukhari atau Muslim, tapi ada dalam kitab-kitab hadith lain. Tambahan pula, setiap seorang ulama' muhadithin itu, ada keistimewaan atau kelebihan masing-masing.
Imam as-Syafie adalah salah seorang dari 49 ulama' muhadithin, walaupun tidak sampai ke tahap Bukhari atau Muslim atau ulama' yg 4 lagi dalam konteks pengumpul hadith atau as-Sunnah. Namun as-Syafie tergolong salah seorang dari 49 ulama' hadith tetapi tidaklah sehebat pengumpul Kuttubul Sittah. Kitab utama Imam as-Shafie adalah 'al-Umm'. Jika kita teliti al-Umm kita akan dapati beberapa ketetapan mengenai Islam dan syariatnya yg bertentangan dgn amalan orang Islam arus perdana sendiri, walaupun beliau diambil sebagai Imam ikutan atau contoh pegikut Mazhab as-Syafie atau pengasas fahaman Mazhab Shafie.
Tapi, yg lebih utama adalah kesilapan para ulama' arus perdana yg menyatakan bahawa Imam as-Syafie pengasas Mazhab as-Syafie dan ajaran as-Syafie itu adalah ajalan yg cocok dgn 'ahlus sunnah wal-jama'ah'. Tapi, Imam as-Syafie sendiri mengakui bahawa mazhabnya adalah Mazhab as-Sunnah kerana beliau ikuti ketetapan Rasulallah (s.a.w). Malah beliau sendiri membuat deklarasi mengenai perkara ini dalam tulisannya. Imam as-Syafie tidak pernah menganjurkan suatu ajaran atau ketetapan yg bertentangan dengan atau berlainan dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Justeru itu, Imam as-Syafie tidak pernah menyatakan wujudnya 'bid'ah hasanah', kerana beliau kekal mendahulukan al-Quran dan as-Sunnah dalam mengajarkan pengikutnya tentang Islam dan segala sesuatu mengenainya.
Inilah apa yg dikatakan oleh Imam as-Syafie. Kita petik deklarasi beliau itu untuk kita sama-sama faham dan sedari.

Mazhab Shafie
Imam as-Syafie berkata: ‘Setiap masalah itu jika di dalamnya terdapat hadith sahih dari Rasulallah (s.a.w) menurut para pakar hadith, namun bertentangan dengan apa yang aku katakan, maka aku rujuk (tarik balik) di dalam hidupku dan setelah aku mati.’ [al-Hilyah 9/107, al-Harawi 4/71]
Beliau menyebut, jika ada ajarannya yg berlainan atau bertentangan dgn as-Sunnah, maka beliau akui dia salah. Kalau kesilapan ajarannya diketahui selepas kematian beliau, beliau berpesan kpd pengikut ajarannya supaya ketepikan atau batalkan ketetapannya dan ikutilah ketetapan as-Sunnah. Kita harus ingat Imam as-Syafie mungkin tidak sempat meneliti kesemua as-Sunnah, maka dgn itu beliau mungkin tersar dalam memberi pandangan.
Imam as-Syafie juga berkata: ‘Setiap apa yang aku ucapkan lalu didapati hadith yang sahih yang diriwayatkan dari Rasulallah (s.a.w) menyanggahi pendapatku, maka hadith itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku (i.e. ikutilah ketetapan hadith itu).’ [al-Zahabi, Syi’ar Alam al-Nubala 10/34,Beirut, Muassasah al-Risalah]
Beliau menyebutkan bahawa jika sesuatu yg beliau ajarkan bercanggah dgn sesuatu hadith yg sahih, maka pendapat atau ketetapan beliau wajib diketepikan. Maksudnya, ambil as-Sunnah dan buang pendapat atau pandangan beliau.
Juga Imam as-Syafie berkata: ‘Setiap hadith daripada Rasulallah (s.a.w) adalah pendapatku, sekalipun kamu tidak mendengarnya dariku. [al-Zahabi, Syi’ar Alam al-Nubala 10/35]
Katanya lagi: ‘Manusia telah sepakat bahawa sesiapa yang telah ternyata kepadanya suatu sunnah daripada Rasulallah (s.a.w), maka tidak boleh meninggalkannya (i.e. menolak sunnah itu) kerana pendapat seseorang dari kalangan manusia.’ [ibnu Qaiyim al-Jauziah, ‘iilam al-Muaqqi’in 2/263]
Katanya lagi: ‘Setiap perkara yang telah aku perkatakannya, sedangkan ada riwayat yang sahih di sisi ulama’ hadith daripada Nabi (s.a.w), maka aku menarik balik ucapanku semasa hidupku dan (menarik balik ucapanku) selepas matiku.’ [ibnu-Qaiyim al-Jauziah, ‘iilam al-Muaqqi’in 2/266]
Pendirian yg serupa disebutkan oleh Imam as-Syafie. Beliau memberitahu pengikutnya bahawa jangan ikuti dia membabi buta atau membuta tuli (i.e. jangan bertaklid padanya kerana taksubkan dirinya). Kita wajib mencari ilmu as-Sunnah supaya kita pasti bahawa siapa saja yg mengajarkan kita Islam, adalah wajib bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. Jangan bersumberkan kitab karangan ulama' kerana kemungkin terjadi preskripsi ulama' tersebut silap atau menyimpang, jika dia beluam ketetamui ketetapan mengenainya dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Katanya lagi: ‘Apabila sahihnya sesuatu hadith maka itulah mazhabku.’ [al-Zahabi, Syi’ar Alam al-Nubala, 10/35]
Kemudian rumusan Imam as-Syafie tentang pendapat beliau dan ajaran beliau. Beliau mengasaskan mazhab atau ikutannya itu semata-mata kpd as-Sunnah. Kalau sesuatu pendapatnya itu didapati bertentangan dgn as-Sunnah, as-Sunnah mengatasi pendapat beliau. Oleh itu, ketaksuban hasil bertaklid kpd fahaman mazhab amat membahayakan. Imam as-Syafie sendiri tidak berani mengatakan sesuatu dgn pasti selagi belum di nilai dalam konteks as-Sunnah. Kalau berlainan dari as-Sunnah, pendapatnya gugur atau terbatal dengan sendirinya. Mudah-mudahan pembaca faham perkara ini. Yg pasti benar adalah al-Quran dan as-Sunnah. Yg pasti salah adalah fikiran atau pendapat manusia.

Jazakallahu khairah

Fahaman Kemazhaban: Apa Kata Imam Ahmad

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat pendapat atau pendirian Imam as-Syafie tentang taklid dan tentang 'superiority' as-Sunnah terhadap pendapat dan pandangan beliau mengenai Islam dan syariatnya mengenai segala bentuk-bentuk manifestasi pengabdian manusia dalam Islam. Beliau, menyuruh umat Islam teliti as-Sunnah supaya kita pasti tidak lari dari ketetapan as-Sunnah. Kalau ketetapan as-Sunnah berbeza dari ketetapan atau pendapat beliau, maka pendapat beliau secara otomatis batal atau menjadi batil, dan as-Sunnah wajib diterima.Itulah pendirian beliau.
Pandangan dan pendapat yg serupa juga dikatakan oleh Imam Ahmad b Hanbal, yg dikatakan kononnya pengasas Mazhab Hanbali. Imam Ahmad ibni Hanbal juga salah seorang daripada 49 pengumpul hadith atau ulama' muhadithin. Kita teliti di bawah ini apa kata Imam Ahmad ibnu Hanbal, yg kononnya dikatakan pengasas Mazhab Hanbali, tentang taklid dan tentang Islam dan syariatnya dan tentang 'superiority' as-Sunnah berbanding dgn pendapat manusia, walaupun seorang Imam muktabar, seumpama beliau. Kitab Imam Ahmad yg memuatkan koleksi hadith-hadith beliau adalah, antara lain, Musnad Imam Ahmad, kitab utama beliau.
Imam Ahmad dalam mengutip hadith lebih mengutamakan tentang sistem pemerintahan atau pentadbiran dalam Islam (i.e. his area of specialisation). maka dgn itu beliau banyak meriwayakan hadith tentang keImaman atau imarah (kepimpinan), khususnya institusi keimaman atau keamiran (yakni, realiti penterjemahan konsep 'ulil amri' dalam sistem tatasusila pemerintahan atau kerajaan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah), tentang jema'ah Islam, tentang ikrar janji (bai'at) antara jema'ah dan pertalian antara imam dan anggota jema'ah dalam Islam.

Mazhab Hambali
Imam Ahmad ibnu Hanbal berkata: ‘Janganlah engkau taklid (i.e. mengikuti) kepadaku dan janganlah engkau mengikuti Malik, Syafie, Auza’i, dan at-Tsauri. Tapi ambillah dari mana mereka mengambil (i.e. maksudnya rujuklah kpd sumber ilmu dalam Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah).’ [al-Fulani 113, dan ibnu al-Qayim di dalam al-Ilam, 2/302]
Imam Ahmad menasihatkan kita jangan bertaklid, i.e. menjadi pengikut tanpa periksa terhadap ajaran manusia spt beliau, tapi hendaklah kita pelajari ilmu as-Sunnah kerana 'ilmu as-Sunnahlah tempat para imam tersebut mengambil ilmu mereka atau menjadi sumber ilmu mereka. Namun, disebabkan tiada tertulis al-Hadith yg boleh dirujuk, manusia perlu mencari sendiri dan mengkaji hadith. Ada yg jumpa banyak dan ada yg jumpa sedikit saja. Maka dgn itu, kemungkinan besar banyak hadith yg kemungkinan ulama' pengumpul hadith (i.e. muhadithin) seperti Imam Ahmad tidak temui, maka dgn itu dia berhujjah menggunakan fikirannya. Justeru itulah ada reservation supaya jangan membuta tuli yakin dgn pendapat beliau dan tolak as-Sunnah jika seseorang itu menemui ketetapan as-Sunnah yg beliau sendiri belum jumpa semasa dia mengumpulkan hadith dan menulis kitabnya.
Beliau nasihatkan kita supaya kembali merujuk kpd al-Quran dan as-Sunnah, kerana itulah sumber ilmu serta panduan yg haq, kalaupun kita baca kitabnya. Jangan kita berpegang dgn kata-kata atau pendapatnya, sebelum kita pasti ilmunya. Justeru itu, yg paling selamat bagi umat Islam adalah mempelajari ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah, kemudian barulah kita semak apa pendapat atau pandangan yg tertera dalam kitab-kitab Imam as-Syafie, Imam Malik, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanfah dan siapa saja.
Saudara,
Kalau kita teliti kitab karangan manusia sebelum kita belajar (secara berguru) kitab-kitab hadith yg 49 itu,- paling kurang Kuttubul Sittah - kita akan tersasar dan sesat. Kerana kita akan dipengaruhi oleh pendapat manusia. Ramai ulama' dan ilmuwan Islam zaman ini yg mengarang kitab, tidak merujuk kpd al-Quran atau as-Sunnah, tapi menggunakan kepintaran otaknya berkata-kata itu dan ini dan mengeluarkan hukum itu dan ini.

jazakallahu khairah

Fahaman Kemazhaban: Apa Kata Imam Abu Hanifah

Assalamualaikum,
Saudara, dikatakan Imam Abu Hanifah adalah pengasas fahaman Mazhab Hanafi, sebagaimana dikatakan Imam Malik b Anas adalah pengasas Mazhab Maliki dan Imam asy-Syafie sebagai pengasas fahaman Mazhab asy-Syafie, yg menjadi ikutan kita semua di Nusantara - Indonesia, Filipina, Brueni, Singapura, Thailand dan Malaysia. Apa kata Imam Abu Hanifah tentang ajaran beliau dan tentang ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dalam konteks ajaran dan pendapat beliau mengenai Islam dan syariatnya?

Mazhab Hanafi
Saudara, Imam Abu Hanifah melarang pengikutnya bertaklid kpd beliau secara membuta tuli, sehinggakan mereka menolak ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan menerima pendapat atau pandangannya, kalaulah pendapat dan pandangannya itu berlainan daripada atau bertentang dgn mana-mana ketetapn al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa sumber ilmu mengenai Islam itu dan panduan yg haq tentang cara hidup orang iman itu hanyalah al-Quran dan as-Sunnah. Kerana ugama Islam itu adalah ugama yg dicipta Allah (a.w) untuk manusia mengabdikan diri mereka kpd Allah (a.w), tuhan mereka yg esa. Dan,ugama Islam itu disampaikan kpd manusia oleh utusan Allah (a.w), i.e. Rasulallah (s.a.w). Beliaulah yg mengajarkan manusia dan mencontohkan atau mendemokan bagaimana hendak mengerjakan amalan dan ibadah yg menepati ketetapan Allah (a.w) Rasulallah (s.a.w) lah yg menterjemahkan segala perintah Allah (a.w) dalam bentuk amali atau praktkalnya. Beliauah memperincikan perintah Allah (a.w) itu melalui as-Sunnah. Justeru itu, kalau kita ingin faham Islam secara sempurna wajiblah kita mengajai atau mempelajari ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah. Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) bersabda bahawa beliau tinggalkan pada manusia, khususnya orang Islam, dua perkara, yg jika kamu sekelian berpegang dgn kedua-duanya, kamu sekelian tidak akan sesat (secara pasti) mencari siratul mustaqim atau keridhaan dan kerahmatan Allah (a.w) untuk berjaya mendapat syurga Allah (a.w), iaitu Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Sunnah NabiNya (i.e. as-Sunnah).
Al-Quran itu semua orang dapat kerana telah dikitabkan/dibukukan mulai zaman khalifah Othman ibni Affan (r.a) atas perintah Rasulallah (s.a.w). Tetapi, as-Sunnah hanya diketahui oleh para sahabat yg hidup sezaman dgn Rasulallah (s.a.w) atau para sahabat yg kemudian yg menjadi pengikut kpd para sahabat tersebut, yg masih ada koleksi kata-kata dan episod perlakuan dan perbuatan Rasulallah (s.a.w) yg mereka tulis (sebagaimana ibnu Masud) atau yg mereka ingat, yakni yg mereka hafal (spt Abu Hurairah) dan semumpama mereka. Kemudian para pengikut mereka yg belajar dari mereka pula tahu. Kalaulah, as-Sunnah tidak dicari, dikitabkan atau dibukukan oleh para ulama' muhadithin, kita pasti tercari-cari as-Sunnah. tanpa as-Sunnah purak purandalah segala amalan dan ibadah kita kerana kita mengerjakannya secara jahil tanpa panduan yg haq. Maka dgn itulah kita wajib bersyukur kpd Allah (a.w) ada para ilmuwan yg berusaha mencari as-Sunnah dan mengumpulkannya dan menelitinya supaya umat Islam akhir zaman faham ugamanya dan faham bagaimana hendak mengerjakan amalan dan ibadah sejajar dgn ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya.
Maka wujudlah sejumlah 49 koleksi kitab-kitab hadith yg dikumpul oleh sramai 49 orang ulama' hadith atau muhadithin. Atara mereika adalah empat imam yg dikatakan sebagai pengasas fahaman mazhab, termasuklah Imam Abu Hanifah. 
Dalam konteks ilmu mengenai Islam dan syariatnya, apa kata Imam Abu Hanfiah?
Imam Abu Hanifah berkata: ‘Tidak dihalalkan bagi seseorang berpegang kepada perkataan kami (i.e. aku), selagi dia tidak mengetahui dari mana kami (i.e. aku) mengambilnya (i.e. teliti al-Quran dan as-Sunnah, kemudian teliti pendapatnya).’ [Ibnu Abdl Barr, al-Intiqa’u fi- fada’ilits Tsalasatil A’immatil Fuqaha’i. m.s 145]
Imam Abu Hanifah yg dikatakan pengasas fahaman Mazhab Hanafi juga melarang pengikutnya - atau sesiapa saja - yg meneliti hasil kerjanya supaya jangan ambil membabi-buta atau terima tanpa menyemak sumbernya. Sumber ilmu itu adalah al-Quran dan as-Sunnah. Itulah sumber yg haq. Pendirian beliau sama dgn pendirian Imam as-Syafie, Imam Malik, Iman Ahmad.
Malangnya, apa yg terjadi hari ini. Ramai para ulama' baru dan ilmuwan baru, terutama yg belajar Islam dan syariatnya dari mahaguru mereka, yg pula mempunyai kepentingan strategik mereka sendiri, yg suka mencari sesuatu untuk ditonjolkan kpd manusia, termasuklah mentafsirkan sifat-sifat fisikal Allah (a.w) [Nota: macamlah dia tahu atau ada ilmunya], walhal Allah (a.w) berfirman (memperingatkan kita): '... wala taqfu ma laisa bihi ilmun ...' [Maksud: dan janganlah kamu sekelian lakukan atau buat atau kerjakan sesuatu itu tanpa kamu terlebih dahulu tahu ilmu mengenainya.' ] [Ayat 36, Surah al-Isra']
Hari ini kita terima bulat-bulat cakap-cakap atau kata-kata seseorang yg kita anggap ulama' atau ilmuwan atau bertaraf ulama', walaupun ilmunya tak sebanyak mana. Itulah yg dikatakan bertaklid membabi-buta atau membuta tuli, sehingga tidak mahu mendengar sesuatu kebenaran dari orang lain, sekiranya berlainan dari apa yg kita diindoktrinasikan oleh para ulama' mazhab masing-masing atau apa yg disampaikan oleh mahaguru mereka!
Berwaspadalah, kerana yg rugi bukan orang lain tapi kita sendiri. Imam Abu Hanifa tahu perkara ini. Maka dgn itu dia nasihatkan kita jangan berpegang kpd seseorang tanpa menyemak sumber ilmunya.

Jazakallahu khairah

Fahaman Kemazhaban: Apa Kata Imam Malik

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah teliti apa kata pemutus atau pendirian para Imam yg dikatakan pengasas fahaman kemazahaban, spt Imam Ahmad ibni Hanbal (Mazhab Hanbali), Imam Abu Hanifah (Mazhab Hanafi), Imam as-Syafire (Mazhab as-Syafie). Kini kita tengok apa kata pemutus atau pendirian Imam Malik yg juga dilabelkan oleh ulama' sebagai pengasas Mazhab Maliki.
Pendirian Imam Malik, sebagaimana yg kita jangkakan, sama dgn pendirian imam-imam lain, iaitu jangan bertaklid buta dan jangan taksub kpd seseorang atau sekumpulan orang yg menyuruh kita berpaut dalam Islam hanya kpd fahaman mazhab dan, lebih utama, jangan ambil pendapat mereka jika ada etetaopan mereka yg bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kenapa mereka berpendirian sedemikian?Kesemua para imam yg dikategorikan sebagai ulama' muhadithin - dan imam yg empat itu adalah tergolong dalam golongan tersebut - faham tentang Islam dan syariatnya. Mereka, sebagai pengumpul hadith memangah ulama' muktabar zaman mereka. Mereka adalah orang iman yg tinggi ketaqwaan mereka dan mereka faham ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan RasulNya, dan mereka faham bahawa contoh atau jalan atau sunnah Rasulallah (s.a.w) amat utama dalam melaksanakan segala tuntutan islam dalam konteks realiti dunia. Maka dgn itu mereka akur dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w) yg bersabda: 'Aku tinggalkan kpd kamu sekelian dua perkara, yg jika kamu sekelian berpegang dengan kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya (mencari dan mendapatkan siratul mustaqim yg menjaminkan keridaan Allah (a.s) dan kerahmatanNya, iaitu Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Sunnah NabiNya (i.e. as-Sunnah)' itu.
Mazhab Maliki
Imam Malik b Anas (r.k) adalah seorang ulama' yg muktabar zamannya. Dia juga salah seorang pengumpul hadith atau ulama' muhadithin, walaupun tidaklah sehebat Imam Bukhari atau Imam Muslim atau Imam-imam yg empat selainnya yg mengumpulkan hadith dalam Sunan an-Nasa'i, Sunan at-Termidzi, Sunan Abu Daud, dan Sunan Ibnu Majah, dalam konteks koleksi hadith-hadith mereka. maka dgn itu, Imam Malik akur dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, khususnya hadith yg kita rujuk sebentar tadi.
Dalam konteks panduan Islam dan syariatnya, Imam Malik berkata (kpd semua orang Islam yg menggunakan kitab-kitabnya dan dalam meneliti pendapat atau pandangannya): ‘Sesungguhnya aku ini adalah seorang manusia yg kadang kala salah dan kadang kala benar. Maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapatku yang sesuai dengan al-Quran dan as-Sunnah, maka ambillah. Dan setiap (pendapatku) yang tidak sesuai dengan al-Kitab (i.e. al-Quran) dan as-Sunnah, maka tinggalkanlah.’ [Abd Barri di dalam al-Jami’, 2/32] 
Saudara, Imam Malik adalah juga seorang daripada 49 ulama' muhadithin. Kitab beliau yg terkenal adalah al-Muato', yg banyak meriwayatkan hadith tentang ibadah haji dan umrah. Nasihat Imam Malik ini amat simple lagi jelas, iaitu jangan kita terima membabi buta, apa katanya. Kita perlu teliti sumber ilmu yg beliau asaskan pendapat atau pandangannya. 
Saudara, jika kita halusi dan renungi kata-kata pemutus kesemua imam yg disebutkan sebagai pengasas fahaman kemazhaban itu, kita dapati mereka kesemuanya merujuk atau kembali kpd ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran, khususnya firman Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa': taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan Ayat 80, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr (yakni, taatkan Rasulallah (s.a.w) (iaitu, ikutilah as-Sunnah). Mereka tidak akan mengajarkan atau menganjurkan kita berbuat sesuatu dalam ibadah dan amalan bersandarkan selain al-Quran dan as-Sunnah, kerana itulah sahaja dua sumber ilmu serta sumber panduan ibadah dan amalan, dan panduan hidup Muslim,yg haq (i.e. benar). Kemudian mereka juga mengajar kita tentang Islam berdasarkan firman Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr: ikuti ketetapan as-Sunnah, ambil segala sesuatu yg disampaikan atau dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) serta akur dengan ketetapan Rasulallah (s.a.w) tinggalkan apa yg ditegahnya. Justeru itu, Imam as-Syafie, Imam Ahmad ibnu Hanbal, Imam Abu Hanifah dan Imam Malik, yg dikatakan pengasas mazhab masing-masing itu, tidak akan mengajarkan pengikutnya sesuatu yg bersalahan atau bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kalau ada sesuatu preskripsi atau ketetapan atau ajaran atau pendapat mereka yg bertentangan dgn al-Quran atau as-Sunnah mereka nasihatkan kita jangan ambil atau jangan pakai. Malah mereka suruh kita buang atau tolak tepi, dan kita hendaklah ikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, hari ini begitu banyaknya perbezaan dalam amalan dan ibadah yg dikatakan ketetapan mazhab itu sebenarnya adalah ketetapan orang-orang lain yg taksub dgn ajaran mereka ini atau yg menggunakan landasan fahaman kemazhaban yg kononnya itulah ajaran imam-imam tersebut. Walhal, mereka belumpun tamat pengajian segala tulisan atau kitab mereka yg dikatakan pengasas mazhab itu. Atau, mereka tidak membaca atau terbaca ketetapan atau rumusan pendirian mereka spt yg disebutkan dalam post ini dan post-post lain dalam blog ini. Kerana kepentingan strategik pribadi mereka sendiri, mereka tidak akan menerima sesuatu yg benar kalaulah disampaikan atau dimaklumkan oleh orang yg mereka anggap tidak setanding atau setaraf dgn mereka. Begitulah bongkak dan sombongnya sesetengah orang yg masyarakat nobatkan mereka sebagai 'orang alim' atau 'ulama', walhal siapa dia ulama? Ulama' adalah orang yg mendalam dan banyak ilmunya mengenai Islam dan syariatnya, termasuklah segala facet atau dimensi syariat Islam itu - sistem aqidah, sistem amalan dan ibadah, sistem kerajaan dan pentabdiran jema'ah Islam, sistem kewangan Islam (termasuk sistem kredir, pinjam meminjam), sistem kepimpinan, hubungan antara imam (i.e. pemimpin) dgn anggota jema'ahnya, sistem kemasyarakatan dan sebagainya. Kesemua ini ada dalam Kuttubul Sittah. maah, spt disebutkan, ada 49 koleksi kitab-kitab hadith oleh 49 ulama' hadith. kalau seorang itu khattam, faham dan faqih Kuttubul Sittah itu, mereka boleh dianggap orang yg berilmu atau ulama' dan ulama' dalam Islam wajib sampaikan atau sebarluaskan ilmunya, dan amalkan ilmunya sendiri. Orang sedemikian layak dilabekan 'ulama'.
amalkan ilmunyajang kita terpengaruh.
Spt dijelaskan sebagai rumuasan. kesemua imam tersebut juga adalah ulama' muhadithin,yakni pengumpul hadith dan mereka adalah 'pewaris para Nabi' (kerana Nabi (s.a.w) wariskan umatnya ilmu bukannya dirham atau dinar,(i.e. kekayaan atau kemewahan dunia). Walaupun mendalam ilmu mereka, mereka sedar, bahawa mereka hanyalah penyampai dan mereka faham bahawa sesiapa yg berbohong terhadap al-Quran dan as-Sunnah menempatkan diri mereka tempat tinggal mereka di akhirat kelak. Justeru itu, mereka pasti tidak memperdagangkan akhirat mereka demi mencari pengikut atau menjadi pemimpin umat Islam dalam perkara amalan dan ibadah. Kita wajarlah berhati-hati, kerana kelainan dalam amalan dan ibadah yg dikatakan berteraskan fahaman kemazhaban itu mungkin sekali perbuatan orang-orang yg taksub bertaklid kpd imam-imam tersebut. Yg pastinya, kita sebagai umat Islam wajib belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah dan berpandu hanya kpd dua panduan hidup Muslim ini, kerana Rasulallah (s.a.w) telah berjanji bahawa jika kita berpegang dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah sudah barang pasti kita selamat dunia akhirat dan tidak akan sesat menjadi orang Islam yg dijanjikan Allah (a.w) syurga di akhirat kelak (Ayat 13, Surah an-Nisa').
Mudah-mudahan saudara semua faham. Jika telah tersilap, dan tersesat, kembalilah ke pangkal jalan. Belajarlah al-Quran dan as-Sunnah, kemudian barulah kita lihat apa kata mazhab. Kalau betul kita terima, kalau tak betul atau menyimpang kita tolak tepi. Itulah nasihat orang yg kita katakan pengasas mazhab itu dan itulah sepatutnya pendirian kita yg selamat. 

Jazakallahu khairah