Saturday, November 8, 2014

Panduan dan peringatan hakiki kepada orang iman (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, manusia dalam hidupnya berusaha sekuat mampu untuk mencari rezki dan membanyakkan rezki dengan berbagai cara. Bagi mereka yang faham sistem kewangan duniawi akan berusaha melabur untuk mendapatkan habuan atau pulangan duniawi dalam bentuk dividen dan mendapat saham bonus. Manusia bertungkus lumus untuk berjaya di dunia, memiliki harta yang banyak, mendapat nama dan tempat. Malangnya ramai yang lupa - termasuk para ulama' sendiri - yang tidak bersungguh untuk menyediakan dirinya untuk akhirat, supaya berjaya di akhirat. Rata-rata majoriti umat Islam yang menombor-satukan dunianya dan menombor-duakan akhiratnya. Mereka akan mula memikirkan akhirat - kata mereka - ketika sudah berumur, seolah-olah mereka hanya akan mati apabila sudah tua! Mudah-mudahan saudara yang mengikuti blog ini tidaklah bersikap sedemikian. Kerana, kematian itu adalah kiamat kecil bagi kita, dan apabila datang kematian, kita terlepas peluang untuk menyediakan diri untuk kebajikan akhirat.
Saudara, dalam post kali ini kita lihat betapa ruginya orang Islam yang berilmu, tetapi menyimpannya, maksudnya, tidak disebarkannya, atau selesa dengan jawatan yang disandangnya sebab ilmuya, spt menjadi mufti, ketua badan agama atau jabatan yang berurusan tentang agama.

Simpanan/Tabung Akhirat orang Iman 


Saudara, betapa banyaknya peluang bagi mereka yang berilmu itu merisabkan tempat terbaik di akhirat. Melabur untuk akhirat mereka, dengan memoptimumkan pulangan dividen akhirat sebagainya yang tersurrat dari  dalam hadith ini.
Diriwayatkan hadith daripada Sahlin bin Muadz bin Anas, hadith daripada bapanya, bahawa Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Man ‘allama ‘ilman falahu ajrun man ‘amila bihi, la yanqusu min ajrin amili.' [Yang bermaksud: Barangsiapa mengajarkan sesuatu ilmu, maka baginya pahala (seumpama pahala) orang-orang yang beramal dengan ilmu tersebut, tidak mengurangi daripada pahala orang yang belajar (akan ilmu tersebut daripadanya)].’ [Hadith ibnu Majah]
Saudara, dalam perkara dunia, kita melabur hanya kita mendapat pahalanya. Dalam urusan akhiratpun kita melabur kita mendapat ganjaran pahala, tetapi mendapat dividen bonus pula, kerana apabila kita ajarkan satu ilmu kepada seseorang, kita mendapat pahala mengajarkan dia ilmu, dan jika dia amalkan ilmu yang kita ajarkan kepadanya itu, maka dia yang mengamalkannya mendapat pahala dan itapun yang mengajarkannya ilmu tersebut, tanpa mengurangkan pahalanya sendiri. dalam urusan dunia, kita tidak akan dapat dividen kerana mengilmukan seseorang dan kita juga tidak mendapat fividen bonus kerana mengajarkan seseorang yang lain.
Ramai orang keliru bahawa mengajarkan ilmu dunia kepada manusia mendapat pahala! Wajib diingati Allah (a.w) tidak langsung menilai perkara dunia. Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu jikalah dunia ini - seglaa isinya-sama nilainya dengan sebelah kepak nyamuk pada Allah (a.w), sudah barang pasti Allah (a.w) tidak akan membenarkan seorang kafir mendapat/minum seteguk air sekalipun! Apatah ilmu dunia yang nilainya jauh lebih minute (kecil) dari dunia!
Saudara, dalam hadith berikut, kita diberitahu apakah yang menguntungkan kita yang Islam ketika sampai ajal kita. Ada 3 kategori umat Islam yang beruntung kalaulah dia yakin dengan Islam dan akhiratnya; iaitu: pertama, seorang ibu/bapa atau pasangan ibubapa yang mempunyai anak-anak lelaki yang soleh/anak perempuan yang solehah, kerana mereka akan sentiasa bersyukur kepada Allah (a.w), Rasulallah (s.a.w), para penyampai ilmu dan kedua ibubapanya, maka mendokan supaya Allah (a.w) kurniakan keampunan terhadap kedua ibu bapanya. Kedua, semasa hidupnya sering bersedekah dan menginfaqkan sebahagian daripada harta atau wang ringgitnya demi agama Islam dan membela agama Islam. Ketiga, mengajarkan ilmu kepada orang lain, dan orang itu mengamalkannya, kerana apabila diamakan oleh orang tersebut dia mendapat kiriman pahala untuk menambah kepada tabungan dividen akhiratnya.
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Abi Qatadah, hadith daripada bapanya (yakni, abi Qatadah) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Khairu ma yuhalifur-rajulu min ba’dihi thalathatun: Waladun solihun yad’u lahu, wa-sodaqatun tajri yablughuhu ajruha, wa-‘ilmun yu’malu bihi min ba’dihi.' [Yang bermaksud: Sebaik-baik apa-apa yang yang ditinggalkan oleh seorang lelaki daripada sesudahnya (yakni, sesudah matinya, yang berguna kepada akhiratnya adalah) tiga perkara: ‘(pertama) anak-anak yang soleh (dan solehah) yang berdoa mereka baginya (selepas matinya), dan (kedua) sedekah yang mengalir (pahalanya kepadanya) sampai kepadanya, dan (ketiga) ilmu (yang diajarkannya kepada orang lain) di’amalkan oleh (orang itu) dengan ilmu (tersebut) dari sesudahnya (yakni, sesudah matinya)]. [Hadith ibnu Majah] 

Saudara, aangkah ruginya orang yang beriilmu dalam ilmu agamanya, kemudian apabila dia diberi kerusi empuk kemudian langsung tidak berusaha menyampaikan ilmunya kepada orang lain - sama ada Islam ataupun tidak Islam. 

(-) Yang memanfaatkan seorang iman ketika mati 

Saudara, dalam hadith berikut Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu ada 6 perkara yang akan mendampingi seorang yang Islam ketika di dalam kuburnya, maksudnya ketika sudah meninggalkan dunianya:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Inna yalhaqul-mukmina min ‘amalihi wa-hasanatihi ba’da mautihi: ‘ilman ‘allamahu wa-nasarahu, wa-waladan solihan tarakamu, wa-mushafan war-rasahu, au masjidan banahu au baitan li-ibnis sabili banahu, au naharan ajrahu au sodaqatan akhrajaha min malihi fi sihhatihi wa-hayatihi yalhaquhu min ba’di mautihi.' (Yang bermaksud: Sesungguhnya daripada yang menyusuli seorang mukmin (yakni, yang beriman) dari amalannya dan kebaikannya sesudah matinya (adalah), (pertama) mengajar sesuatu ilmu mengamalkannya (oleh yang belajar darinya) dan menyebarkannya, dan (kedua) anak-anak lelaki yang soleh (dan anak perempuan yang solehah) meninggalkannya (yakni, yang ditinggalkannya), dan (ketiga) kitab-kitab (atau buku-buku) yang diwariskannya (yakni, ilmu yang diasebarkannya), atau (keempat) sebuah masjid yang dibinanya, atau (kelima) rumah-rumah (yang didirikan) untuk anak-anak (dan perbelanjaan) pada jalan Allah (a.w) yang dibangunkannya, atau (keenam) sungai yang mengalir (yakni, pahalanya) dari sedekah yang dikeluarkannya dari harta-hartanya di dalam masa sihatnya dan dalam masa hidupnya menyusuli kebaikan dari sesudah matinya.’] [Hadith ibnu Majah]
Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa apabila mati seorang Islam, maka tiga perkara yang menemani ketika mayatnya diusong ke kubur; iaitu: pertama, keluarganya; kedua, hartanya, dan ketiga amalan dan ibadahnya yang dikerjakannya semasa dia hidup. Apabila sudah disemadikan dalam kuburnya, dua akan meninggalkannya, iaitu keluarganya dan hartanya, dan yang menemaninya di dalam kuburnya adalah amal dan ibadahnya, yang bersama-samanya, supaya kelak di dalam kubur membantunya menjawab soalan-solan para malaikat (Mungkar dan Nakir), dan amalan itu jugalah yang menentukan apakah dia berjaya atau menderita di akhirat kelak, pada hari pembalasan. Maka dengan itulah disebutkan dalam hadith di atas itu, amalan yang berguna sebagai tabungan untuk dividen akhiratnya. Jelasnya, apa-apa milik seorang Islam yang mati tidak berguna kepadanya selepas ajalnya, walaupun yang diwariskannya itu adalah kepada anak cucunya! Yang berguna:
Pertama, mengajarkan ilmu kepada seseorang yang lain, dan yang diajarkan ilmu tersebut mengamalkannya;
Kedua, dia meninggalkan anak-anak lelaki yang soleh dan anak-anak perempuan yang solehah. Selain mendoakan kebajikan akhirat untuknya - sebagai ibu dan bapa , dia mengamalkan apa-apa amalan, kedua ibubapanya juga mendapat kiriman pahala.
Ketiga, kitab-kita mengenai agama yang ditinggalkannya dan diwasiatkan olehnya untuk sesuatu pusat ilmu yang mengajarkan ilmu mengenai Islam - al-Quran dan kitab-kitab hadith.
Keempat, sebuah masjid atau surau atau pusat pengajian yang dibinanya untuk mengembangkan ilmu Islam.
Kelima, rumah-rumah pembelaan anak-anak yatim dan orang yang memerlukan seperti wargatua yang dibiarkan oleh anak-anak mereka yang merupakan sitanggang moden.
Saudara, hari ini ramai orang Islam yang kaya dan berharta meninggalkan kekayaannya kepada anak-anaknya, yang tidak pula merupakan orang yang berilmu dan soleh/solehah, maka menghabiskan harta warisan yang diwariskan oleh kedua ibu bapanya untuk kebatilan, makaanak-anak itu tergolong orang yang membazirkan harta, maka menjadilah mereka itu 'ikhwatun syayatin' (i.e. saudara syaitan) menjadikan dirinya dan rakan taulannya dan lebih-lagi kedua ibubapanya termasuk dalam perangkap syaitan yang menemani syaitan masuk neraka, wal iya zubillah!

(-) Sedekah yang paling afhdal (tinggi) nilainya

Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kta dalam hadith ini bahawa dalam banyak-banyak sedekah, yang paling utama berupa 'sedekah ilmu'. Sekali lagi betapa beruntungnya orang Islam yang berilmu, tetapi tidak mengambil  kesempatan tersebut.

Diriwayatkan hadith daripada Hasan al-Basri, hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Yang paling afdhal sedekah (adalah) bahawasanya belajar seorang Muslim (yakni, Islam) satu ilmu (yakni, ilmu al-Quran dan as-Sunnah), kemudian mengajarkan pula saudara sesama Muslim (yakni, orang Islam yang lain) (akan ilmu tersebut).’ [Hadith ibnu Majah]
Saudara, harus diingatkan saudara kembali bahawa apabila kita sebut kalimah 'ilmu', ia merujuk kepada ilmu yang haq dalam Islam iaitu tiga - ilmu al-Quran (membacanya, memahaminya dan, sekuat mampu, menhafalnya), ilmu al-Hadith atau as-Sunnah dan ilmu faraid (peraturan pembahagaian harta warisan). ilmu yang selainnya berguna untuk dunia tetapi takd nilai untuk akhirat.


Jazakallahu khairah

Thursday, November 6, 2014

Orang Islam yang rugi ... (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara dalam post yang lalu kita telah lihat satu perspektif kerugian yang dialami oleh seseorang yang Islam dan beriman yang merasai dirinya adalah ulama' atau berilmu. Berapa ramai para ilmuan di Malaysia kini - yang dilahrkan oleh Azhar, Umul Qura, Universiti Madinah al-Munawarah, dll institusi ivy league dalam 'pengajian Islam'? Ada yang begitu cemerlang dalam bidang akademik mereka, sehingga memperolehi Ph D dalam 'pengajian Islam' atau ilmu terkait dengan Islam. Mereka memegang jawatan tersohor dan terkemuka. Terlibat dalam pelbagai program agama yang bertaraf international dan nasional. Bergelar Tan Sri, Dato' Seri, Dato', sentiasa didampingi oleh raja, sultan dan pemimpin politik, makan semeja dan berbagai-bagai lagi keistemewaan mereka dalam masyarakat. Malangnya, mereka tidakpun menyerlahkan dirinya dalam urusan menyebarkan ilmu keada umat Islam - masyarakat mereka - yang jahil ilmu atau dahagakan ilmu dan tunjuk ajar untuk mencari dan mendapatkan petunjuk kepada 'siratul mustaqim'.
Saudara, dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) menyebut bahawa 'para ulama' itu adalah '
warathatul anbiya'' - ulama' adalah pewaris para nabi. Ramai ulama' berbangga dengan recognition (pengiktirafan) ini. Mereka berbangga. Malangnya mereka sendiri jahil ilmu. Tak faham. Siapakah yang berhak atau layak diangkat atau digelar atau dinobatkan sebagai ulama? Ulama' adalah orang yang berilmu tentang ilmu agama Islam iatu ilmu mengenai perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w), maksudnya faqih dan faham tentang tuntutan Islam - al-Quran dan as-Sunnah. Itulah dua sumber ilmu danpanduan hidup orang iman. Itulah panduan dan ilmu yang menempatkan orang iman di atas 'siratul mustaqim' dan kekal berada di atasnya untuk mendapatkan kejayaan akhirat - selamat dari neraka dan berjaya mendapat syurga - Ayat 13: an-Nisa' dll dan sabda Rasulallah (s.a.w). Hanya ulama' yang mewarisi ilmu yang dua itu layak dan berhak dinobatkan sebagai 'pewaris para nabi'. kalau setakat tersohor kerana kedudukan dan keintaran menampilkan diri dan membawa diri, bukan ulama'. Kalau ada ilmu tetapi enggan menyebarkannya. Kalau ada ilmu menuntut bayaran menyampaikannya. Dalam post kali ini kita lihat satu lagi perspektif yang merugikan mereka yang berilmu - perkara niat mengajarkan ilmu dan menyampaikan ilmu dengan niat bukan untuk mematuhi perintah Allah (a.w) dan RasulNya.

(-) Silap tujuan

Saudara, para ulama' yang benar-benar dinobatkan sebagai pewaris para nabi itu adalah mereka yang berilmu - mencarinya, menyampaikan dan menyebrluaskan ilmu yang diwariskan oleh Allah (a.w) kepda para nabi untuk disampikan kepada masyrakat mereka masing-masing. Kerana Rasul adalah orang yang diutus Allah (a.w) untuk menyampaikan risalah agamanya untuk manusia, Nabi adalah pemimpin yang memimpin kaumnya untuk melaksanakan apa-apa yang diwasiatkan oleh Allah (a.w).
Rasulallah (s.a.w) diberi Allah (a.w) al-Quran dan al-Hikmah (yakni, as-sunnah), kemampuan untuk memperjelaskan ketetapan Allah (a.w) dalam semua perkara. Maka dia sebarluaskan. kalau ulama' enggan sebarluasakan, mereka belum layak diberi status pewaris para nabi'!
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa mengajar ilmu kerana bukan mengharapkan dari ilmu itu wajah Allah (a.w) (yakni, ikhlas kerana Allah (a.w) dan kerana hendak memperbaiki amalan dan ibadatnya, dan di akhirat kelak dapat menemui Allah (a.w), dapat syurga dan melihat wajahNya), tidak belajar dia ilmu (kecuali) untuk dapat harta dengan ilmu itu dari harta dunia (yakni, bertujuan meraih keuntungan atau kekayaan kerana bayaran oleh mereka yang menuntut ilmu daripadanya), (jika itu tujuannya maka) tidak menjumpai dia bau syurga pada hari qiamat.’ [Kata perawi: istilah yang digunakan oleh Nabi (s.a.w) ‘Baunya syurga’]. [Hadith Ibnu Majah & Hadith Abu Daud]
Saudara, seseorang itu mencari iomu dengan pelbagai niat dan tujuan. Palin lazim untuk mudah mencari maisya (i.e. sara hidup) yang lebih beaik lagi cerah dan mudah. Kemudian baru mungkin timbul niat untuk menghapuskan kejahilan masyarakat sekelilingnya tentang ketentuan agama Islam. Dalam pada itu ada pula yang ingin, kerana ilmunya dan kerana tahap ilmu yang dicapainya, membolehkan dia dipilih menyandang jawatan-jawatan utama dalam tadbirurus agama. Kini ijazah, terutama ijazah anjutan telah meniru sistem dan kaedah ilmu akademik. Takda lagi ulama' kerana ilmu, tetapi ulama' kerana ada Ph D dan M.A dalam bidang agama lulusan menara gading/universiti, bukan pondok atau madrasah. Kerana ilmu telah mengikuti acuan pengimuan Barat, maka semakin tinggi dalam pengajian, semakin diutamakan pendapat dan fikiran serta rujukan yang hakikatnya ada pandnagn dan pendapat manusia, maka batillah penemuan-penemuan tersebut dalam konteks tuntutan Islam yang haq.

(-) Silap niat

Saudara, ramai antara para ulama' yang silap tujuan mncari ilmu. Dan, tidak kurang pula yang silap niat mencari ilmu. Kerana ingin ditonolkan sebagai orang yang hebat, orang yang pintar, orang yang alim dan sebagainya. maka meningkatlah status sosial kita pada kaca mata masyarakat. Kemudian kita berdebat berkata itu danini engan hujjah yang akan meyakinkan, tetapi tiadapun sandaran nas dan dalil al-Quran atau as-Sunnah, hanyalah kepintaran akal fikiran. Kemudian melaratlah hasrat dan niat dan harapan, sehingga bercakap macam-macam walaupun batil dalam konteks ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, namun berjaya mematahkan hujjah orang lain, dan menunjangkan lagi kehebatan kita di kalangan masyarakat. Rosaklah kita.
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Omar (r.a), katanya dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa mengajar ilmu supaya dapat dia dengan ilmu itu membantah (atau menipu) orang bodoh (yakni, dia mengutarakan hujjah menegakkan sesuatu yang dia hendakkan manusia ikuti pendapat dan pdanangannya dalam kejahilan manusia yang mendengar cakap-cakapnya), atau mendaningi dengan ilmu itu ulama’ (yakni, supaya dia boleh berhujjah secara batil tentang segala sesuatu mengenai syariat Islam itu dan mengalahkan para ulama’ yang haq), atau supaya mengadap dia beberapa wajah manusia atasnya (yakni, membuat orang menghormati atau menyanjungnya dan dengan itu dapat dia kedudukan yang istimewa, atau jawatan yang berharga, berkuasa dan disanjung manusia dan rapat dia kepada mereka yang berkuasa dan mendatangkan pula lain-lain keistemewaan dan keuntungan material dll), maka dia itu di dalam neraka.’ [Hadith Ibnu Majah]
Saudara, bagi mereka yang mmpunyi niat yang mirip dengan ketetapan Rasuallah (s.a.w), wajarlah berwasada. kita mencari ilmu untuk menghapuskan kejahilan kita tentang agama, membetulkan amalan dan ibadah kita, termasuklah membetulkan niat dan sikap, dengan harapan setiap amalan dan ibadah yang kita sejajar dengan ketetapan dan ketentuan Allah (a.w) sebagaimana dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), dan dikerjakan kerana menyahut perintah dan suruhan, maka diterima Allah (a.w) dan setiap kerja-kerja sukarelawaan kita itu mendapat keberkatan demi akhirat kita.

(-) Pilih situasi keadaan

Saudara, amat bodohlah seorang ulama' - malah siapa saja - jika dia terlibat dalam ketetapan dan ketentuan hadith ini. 
Diriwayatkan hadith daripada Jabir bin Abdillah (r.a) berkata (hadith ini) dari Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Jangan belajar ilmu supaya boleh dia mendaningi dengan ilmu itu ulama’(i.e. dengan tujuan untuk berdebat menunjukkan kehebatan diri), dan supaya membantah (yakni, menipu atau mempengaruhi) orang-orang bodoh (i.e. jahil), atau (supaya orang) memilih dia kerana ilmunya akan majlis (yakni, mencari atau mendapatkan tempat, nama dan kedudukan), maka barangsiapa berbuat sedemikian, maka tempatnya neraka.’ [Hadith Ibnu Majah]
Saudara, memang ramai umat Islam yang jahil ilmu. di kalangan  masyarakat Melayu lebih-lebih lagi. Kerana yang ada ilmupun tidak sempurna ilmunya - dia mengajar al-Quran membacanya, tapi dia tak pula memiliki ilmu yang sempurna, iaitu boleh membaca al-Quran dengan sekurang-kurangnya 7 kiraat (Kira'atal Sab'ah). Dia mungkin seorang yang hafiz, tapi tak tahu dia apakah mesej al-Quran bagi/dalam setiap ayatnya. Dia, istiqamah mengerjakan ibadah fardu, tetapi banyak yang dikerjakannya hanyalah wairsan tradisi pengamalan nenek moyang mereka, tanpa ilmu. Dia berceramah ke sana dan ke mari dalam forum yang hebat-hebat, tetapi banyak yang diperkatakan tiadapun sandaran ketentuan dan ketetapan atau panduan al-Quran dan as-Sunnah. Dia sering merujuk kepada fahama kemazhaban dalam berceramah.Mumuji imam yang mengasaskan mazhabnya, tapi dia takpun tahu apakah yang diajarkan dan diamalkan itu adalah ajaran orang yang dikatakan pengasas mazhab? Dia tidakun membuat penyelidikan apakah itu sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah? Lebih parah lagi ilmu as-Sunnah atau al-Hadith tidakpun diberi keutamaan dalam pembelajaran ilmu mengenai Islam - aqidah dan syaratnya! Walhal, Allah (a.w) memberitahu syurga itu diperolehi hanya dengan ilmu al-Quran danas-Sunnah,difahami ilmunya, dan diamalkan atau dilaksanakan tuntuannya menepati apa yang ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w). Tapi, kebanyakan ulama' menyebut nama Rasulallah (s.a.w) tidak sekerap mereka menyebut nama-nama ulama' sifolan dan sifolan. Jelaslah, yang wajib diutamakan diremehkan dan yang wajib diremehkan diagungkan ...

Jazakallau khairah

Orang Islam yang rugi setiap saat siapa?

Assalamualaikum,
saudara, Allah (a.w) amat pemurah terhadap hambaNya dalam semua perkara sehinggakan amalan yang sedikit mendatangkan ganjaran pahala yang banyak. Contoh: dalam perkra ilmu, Rasulallah (s.a.w) memberitahu seseorang yang melapangkan masanya untuk mencari dan belajar ilmu mengenai agama Islam dengan tujuan untuk memhami tuntuan Islam dan memperbetulkan amalan dan ibadahnya dan meningkatkan keimanan dan ketqwaan kita, mendapat ganjaran pahala seumpama pahala berjihad fi sabilillah. Malah, seseorang yang berilmu - ulama' - berkedudukan yang amat istemewa dalam Islam jikalah dia sanggup menyebarkan ilmu yang dia miliki kepada orang lain. Maka dia mendapat pahala kerana menyebarluaskan ilmunya. Jika orang yang menerima ilmu darinya mengamalkan ilmu tersebut, maka dia yang mengajarkan ilmu mendapat ganjaran pahala sama dengan pahala amalan orang yang mengamalkannya, tanpa mengurangi pahalaorang tersebut.

Sadara, berapa ramaikah mufti, ulama', ilmuwan didalam bidang keagaman yang dengan rela serta ikhlas hati menyebarluaskan ilmu mereka? Konsep berdakwah adalah ditujukan kepada para ilmuwan - kerana hanya orang yang berilmu sahaja yang sewajarnya berdakwah. Kalau orang jahil berdakwah maka timbullah kumpulan songsang atau sesat dalam masyarakat. Dia jahil ilmu dan dia pula memimpin orang-orang jahil dengan menggunakan kecerdikan akal fikirannya untuk menyelewengkan ajarannya yang batil demi mencari pengaruh atau kesenangan dunia. Mereka ini adalah menganianya dir sendiri kerana menonjolkan kefakihan mereka tanpa memiliki ilmu yang haq. Ada juga golongan orang yang berilmu yang telah selesa hidup kerana menjawat jawatan yang bergaji lumayan dalam agama tidak mahu menyebarkan ilmu mereka, kecuali diimbuh dengan ukhra yang munasabah pada fikiran mereka. Mereka mungkin melakukan apa yang dikatakan memperdagangkan agama kerana mencari keuntungan duniawi yang sedikit.
Ramai ara motivator hari ini begitu popula kerana pandai bercakap dan menampilkan diri sehinggakan dinobatkan sebagai ulama' walhal tidakpun pernah belajar ilmu mengenai agama Islam, selain membaca buku-buku karangan manusia semata-mata, kemudian menyampaikan ilmu yang mereka baca!
Saudara, setiap kita yang akui diri kita Islam wajib belajar ilmu. Mengapa? Kerana ilmu menjelaskan kepada kita apakah maksud perintah Allah (a.w) dalam firmanNya berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Wa-ma khalaqtul jinna wal-insa illa liya’budini.’ (Yang bermaksud: ‘Aku (Allah (a.w)) tidak jadikan jin dan manusian kecuali dengan tujuan untuk mengabdikan diri kepadaKu)Ayat 56: az-Zariat
Tanggungjawab manusia apabila diber pelyang hidup di dunia adalah untuk mengabdkan diri kepada Allah (a.w), dan hanya ilmu yang memperjelaskan bagaimana mengabdikan diri kepada Allah (a.w) mengikut bentuk=bentuk pengabdian, cara dan kaedah mengabdikan diri kepada Allah (a.w). Dan, dengan ilmu juga kita faham firman Allah (a.w):
Firman Allah (a.w): 'Ya aiyuhallazina amanu qu anfusakum wa-ahlikum nara' (Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka) - Ayat 6: at-Tahrim
Allah (aw) memperingatkan kita supaya menjaga diri kita dan diri keluarga kita  ibu bapa, isteri/suami dan anak serta cucu cicit dari terjerumus ke dalam neraka di akhirat kelak! Allah (a.w) memberitahu manusia, khususnya kita yang akui diri kita Islam, bahawa di akhirat kelak - selepas matinya kita, ada hisaban dan ada pengadilan di mahkamah agung Allah (a.w) - dan mahkamah itu memutuskan apakah kita dapat syurga (tak bersalah dalam dunia) atau masuk neraka (kerana bersalah ketika di dunia, tidak akur dengan perintah pada Ayat-ayat a-Quran dan ketetapan as-Sunnah)! Apabila Rasulallah (s.a.w) ditanya oleh para sahabat bagaimana mempastikan dia dan keluarganya tidk masuk neraka berdasarkan firman Allah (a.w) pada Ayat 6: at-Tahrim itu, Rasulallah (s.a.w) memberitahu supaya buatlah atau lakukanlah atau kerajakanlah segala sesuatu yang disukai oleh Allah (a.w) dan tinggalkan atau jauhi apa-apa yang dibenci Allah (a.w). Kita hanya tahu apa yang diskai dan dibenci dengan ilmu - ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Orang yang mengamalkan bida'ah, sebagai contoh adalah orang yang jahil ilmu atau orang yang menentang tanpa mereka sedari sendiri yang mereka menentang ketetapan Rasulallah (s.a.w), perkara yang sangat dibenci Allah (a.w)!

Kewajipan belajar ilmu

Saudara, sehubungan itulah kita wajib belajar ilmu. Bukan sebarang ilmu tetapi ilmu yang diwajibkan kita umat Islam belajar. Kerana mengaji atau belajar ilmu mengenai agama Islam itu wajib, tidak boleh dinombor-duakan, sedangkan ketika hidup kita sanggup berbelanja dan berhabis-habisan mencari ilmu dunia atau menyekolahkan anak-anak kita untuk dapatkan ilmu dunia, ampai ke menara gading, supaya berjaya di dunia! Kita abaikan kebajikan akhirat kita dan anak kita, tidak berbelanja sedikitpun unutk mencari ilmu akhirat suaya faham dan bersedia untuk kehidupan yang lebih panjang tanpa batasan waktu pula!
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Talabul ‘ilmu faridatun ‘ala kulli muslimin. Wa-adi’ul-‘ilmi ‘inda ghairi ahlihi ka-muqalladil-khanaziri jauhara wa-lukluk waz-zahab.’ (Yang bermaksud: Menuntut (belajar) ilmu (iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnahitu) fardu (wajib) atas setiap orang Islam. Dan meletakkan (atau mengajar ilmu) oleh seseorang selain daripada ahli ilmu seumpama mengalongkan rantai yang diperbuat daripada mutiara, permata dan emas ke leher babi.’ [Hadith Ibnu Majah]
Apabila kita tiidak usahakan menyempatkan masa dalam hidup kita untuk belajar ilmu mengenai Islam, maka kita mengahadapi risiko yang pasti - sama ada kita terlibat dalam perkara-perkara yang syirik atau beramal dan beribadah dengan amalan dan ibadah yang tidak diakui oleh Allah (a.w) atau kita takpa sedar terkeluar dari Islam, wal iya zubillah.


Ilmu yang wajib dipelajari apa?

Saudara, janganlah kita mensia-siakan hidup kita - semasa masih bernyawa - dengan melupakan tanggungjawab mengilmukan diri kita. Hanya dengan ilmu kita terpandu, dengan syarat kita belajar il u yang benar dari sumber yang benar dan dari guru yang benar. Ramal orang belajar ilmu secara lazim, iaitu mendengar ceramah sana dan sini, tapi tidak sempurna. Maka dapat sedikit dan tertinggal banyak. Malah boleh dipengaruhi oleh kebatilan yang disampaikan oleh orang yang petah bercakap, tetapi sebenarnya telah menyumpang dari ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w).

Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin ‘Amru bin ‘Ass (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Al-ilmu thalathatun, wama siwa zalika fahua fadlun: Ayatun muhkamatun, au sunnatun qaimatun au faridatu ‘adilatun.’ [Yang bermaksud: Bahawasanya ilmu yang wajib dipelajari itu adalah tiga, adapun di belakangnya (yakni, selepas ilmu yang tiga itu) maka ilmu sedemikian baik: (Ilmu yang diwajibkan) iaitu (pertama) ayat-ayat yang menghukum (yakni, al-Quran), (kedua) as-Sunnah yang tegak (yakni, al-hadith atau as-Sunnah), dan (ketiga) hukum faraid yang adil.][Hadith Abu Daud & ibnu Majah]
Saudara, ilmu yang benar dalam Islam adalah al-Quran dan as-Sunnah. Panduan hidup orang iman adalah al-Quran dan as-Sunnah, bukan kitab-kitab karangan manusia! Manusia boleh buat silap, tapi Allah (a.w) dan RasulNya pasti tidak silap. Maka dengan itulah Allah (a.w) memberitahu kita kalau kita berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, syurga pasti kita dapati, kerana itulah saja jalan ke syurga dan selamat dari neraka, masya Allah.


Faedah belajar ilmu yang haq

Saudara, selain yang disebutkan dalam hadith di atas itu, belajar ilmu adalah merupakan suatu pelaburan akhirat yang banyak manfaatnya, dari segi dividen akhirat, seperti yang dijelaskan dalam hadith berikut. Pernahjah saudara terfikir begitu pemurahnya Allah (a.w) dan begitu bodohnya kita manusia?

Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Iza jalsal-mu’allimu baina yadailal-‘alima fatahallahu ta’ala ‘alaihi sab’ina baban minalr-rahmatin; wa-la yaqumu min ‘indihi illa kayaumi waladathu ummuhu; wa-‘atahullahu bikullii harfin thawaba sittina syahidan; wa-kutiballahu lahu bikulli hadithin ‘ibadatan sab’ina sanatan; wa-banallahu lahu bikulli waraqati, kullu waraqati madinatin mithlad-dunya ‘asyaratan marratan.’ (Yang bermaksud: Ketika duduk seorang yang mencari ilmu (yakni, belajar ilmu) antara dia orang yang mengajarkan ilmu (maksudnya yang mengajarkan ilmu sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) (pahala yang didapatinya adalah) (pertama) membuka Allah (a.w) yang maha tinggi atasnya (yakni, baginya) enam puluh (60) pintu-pintu kerahmatan; (kedua) dan tidaklah berdiri dia di sisinya kecuali seumpama seorang bayi yang dilahirkan oleh ibunya (yakni, dalam keadaan fitrah, tanpa dosa); dan (ketiga) mendatangkan oleh Allah (a.w) dengan setiap huruf (yang dipelajarinya) pahala tujuh puluh orang yang mati syahid; dan (keempat) ditulis oleh Allah (a.w) baginya dengan setiap hadith (yang dipelajarinya) ibadah tujuh puluh (70) tahun; dan (kelima) dibangunkan oleh Allah (a.w) baginya dengan setiap wang di kota tersebut (yang dibelajanya), setiap matawang (yakni, ringgit) kota seumpama nilai dunia seisinya digandakan sepuluh (10) kali ganda.) [Hadith ad-Dailami] 
Ada lima  jenis dividen akhirat yang kita peroleh dengan mengaji atau belajar ilmu. Dalam dunia kita melabur menghabiskan banyak sumber tetapi belum pasti dapat apa-apa kemanfaatan. Dalam agama melabur sedikit mendatangkan pulangan yang beitu banyak. hanyalah manusia itu bak kata Allah (a.w) lalai dan kufur nikmat ...
Pernahkah saudara terfikir dan memikirkan? Malangnya, manusia hari ini yakinkan dividen dunia dan tidak begitu yakin dengan dividen akhirat, walhal akhiratlah yang sangat berat kelak bagi kita jika kita tidak bersedia.

Jazakallahu khairah

Tuesday, November 4, 2014

Panduan dan peringatan hakiki kepada orang iman (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, kita telahpun komen dalam post yang lalu tentang kelaziman para penceramah - dalam apa jua forum - membuat preskripsi tentang sesuatu dalam agama tanpa merujuk kepada ketetapan Allah (a.w) (maksudnya, al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, as-Sunnah), dan dengan lantang dan berani bercakap atau memberi petua dan panduan itu dan ini. Contoh: Jawatankuasa Fatwa Selangor menghukumkan bahawa membaca Doa Qunut dalam Solat Subuh - yang takpun ditinggalkan itu bukanlah suatu yang bersifat bidaah. Rasulallah (s.a.w) dalam hadith Bukhari dan Muslim - malah dalam hadith at-Termidzi, an-Nasa'ie, Abu Daud dan ibnu Majah menyebutkan bahawa sesuatu amalan yang tidakpun diajarkan atau dicontohkan atau disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) dibolehkan dijadikan amalan rutin dan lazim, adalah ditolak apabila diamalkan kerana ianya termasuk dalam istilah bida'ah - 'man 'amala amilan laisa fihi amruna fa-hua raddun'. Amalan tersebut ditolak dan tidak diterima oleh Allah (a.w).
Apakah gunanya kita beramal kalau tidak diterima Allah (a.w)? Dan, lebih bahaya lagi kalaulah yang kita amalkan itu suatu yang bersifat bida'ah - Doa Qunut pada Solat Subuh sebagai contohnya - maka implikasinya lebih besar, - segalaamalan dan ibadah kita termasuk solat, puasa, zakat, fitrah, infaq, sedekah, haji dan umrah dan lain-lainnya, tidak diterima Allah (a.w) dan Allah (a.w) menghukumi kita yang mengamalkan buda'ah tersebut terkeluar dariagama Islam, wal iya zubillah, tanpa kita sedaripun! Jelasnya, jikalah yang difatwakan itu batil dan batal, dan Majlis Fatwa kata ok, fikirkanlah betapa banyaknya dosa orang yang mengamalkannya dicampurkan kepada dosa-dosa mereka sendiri? 

Tanggungjawab wajib bagi orang yang berilmu/mendapat ilmu.

Saudara, dalam hadith-hadith beriut kita disuruh supaya sampaikan yang haq dan jangan sampaikan yang batil. Segala kebaikan yang kita ajarkan apakaa diamalkan oeh orang yang mendengarnya, maka kita mendapat dividen akhirat, masya Allah. Oleh itu perbanyakkanlah pelaburan. Tapi, rata-rata hari ramai ulama; 'yang berilmu' - termasuk yang memegang jawatan yang hebat-hebat dalam kerajaan, tidak melapangkan masa mereka menyampaikan dan mengajarkan ilmu. Kecuali kalau dijemput kemudian diberi ukhra yang munasabah ...
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin Abdullah (r.a), hadith daripada bapanya berkata bahawa Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Semoga menyebarkan apa-apa perkara yang didengarnya daripadaku maka disampaikannya. Kadang-kadang orang yang mendengarnya lebih hafaz dari (orang) yang meyampaikannya.’ [Hadith  Ibnu Majah]
Perkara ini disebukan di dalam hadith pendek di atas itu. Oleh kerana pentingnya amalan menyampai dan mengembangkan ilmu itu, maka Rasulallah (s.a.w) kerapkali menyebutkannya, termasuklah diterima dari kita, maka ditambah lagi pahala kita, dan jika diamalkan pula oleh orang yang mendapat ilmu itu dari kita, maka diberi ganjaran pahala lagi ... tanpa penyudahnya. Seolah-olah kita melabur mendapat dividen tanpa terhenti.

Diriwayatkan hadith daripada Abi Bakrah (r.a) berkata: ‘Berkhutbah Rasulallah (s.a.w) pada hari raya qurban, maka bersabda dia: ‘Nescaya disampaikan (oleh orang) yang datang kepada (orang) yang tidak datang (atau yang tidak hadhir). Maka sesungguhnya kadang-kadang yang didatangkan ilmu (yang mendengar atau menerima ilmu) lebih menguasai ilmu, atau yang didatangi ilmu (yakni, yang diberitahu kemudian oleh yang menerima ilmu) lebih faham dari yang mendengar ilmu.’ [Hadith Ibnu Majah]
Saudara, jika kita mendengar sesuatu ilmu - sepotong tafsiran ayat al-Quran dan sepotong hadith yang disampaikan kepada kita, maka itu adalah sumber pelaburan akhirat bagi kita, kalau kita ingin. Kita sampaikan, maka kita mendapat pahala. Jika disampaikan pula oleh yang kita sampaikan kepadanya ilmu tersebut, dia mengamalkannya dan kemudian disampaikannya kepada orang lain dan orang itu mengamalkannya, maka kita mendapat tambahan ppula, dan demikianlah seterusnya.
Diriwayatkan hadith dari Bahzi bin Hakim (r.a), hadith dari bapanya, hadith dari datuknya, Ma’awiyah al-Qasairi (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ala li-yubailighi syahidu al-ghaiba.'[Yang bermaksud: Ketahuilah supaya disampaikan oleh orang yang hadhir kepada mereka yang tidak hadir (akan ilmu).’ [Hadith Ibnu Majah]
Saudara, hari ini berapa ramaikan orang yang akui dirinya Islam berbuat sedemikian? Kalau disampaikan pula seringkali diperli-perli pula. Yang lebih mengecewakan terhadap 99% para ulama' yang memiliki ilmu, tetapi /

'menyimpan' ilmunya, yakni, tidak disampaikannya. Ada yang menyampaikannya kalau dihebah-hebohkan dalam TV atau media atau forum antarabangsa! Kalau setakat datang ke Kampung Abdullah Hukum memberi ceramah, tak mungkin!
Diriwayatkan hadith daripada Abi ‘Alkamah, hamba merdeka Ibnu Abbas (r.a), dan dari Yasari, hamba merdeka Ibnu Omar (r.a), hadith dari Ibnu Omar (r.a) berkata bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Li-yuballigh syahidukum ghaibakum.' [Yang bermaksud: Supaya disampaikan oleh kamu yang hadhir (yang mendengar ilmu dariku) kepada kamu sekelian yang tidak hadhir (mendengar ilmu).’] [Hadith Ibnu Majah]
Hadith di atas itu merupakan suatu perintah. Sesiapa yang hadihir dalam suatu majlis ilmu dan mendapat suatu ilmu wajib disampaikannya kepada orang yang tidak hadhir di majlis tersebut.
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Naddorallahu ‘abdan sami’a maqalati fawa’aha, thumma ballaghaha ‘anni. Farubba hamili fiqhi ghairi faqihi. Wa-rubba hamili fiqhi ila man hua afqahu minhu.' [Yang bermaksud: Semoga memberi cahaya oleh Allah (a.w) beberapa hamba yang mendengar ucapanku menguasai ilmu, kemudian disampaikannya dariku. Kadang-kadang orang yang membawa (yakni, yang menyampaikan) ilmu kurang faqih (yakni, faham) dari yang disampaikannya ilmu. Dan kadang-kadang orang-orang yang dibawakan (yakni, yang disampaikan) ilmu dia lebih faqih (yakni, faham) dari orang yang menyampaikannya.’] [Hadith Ibnu Majah]
Saudara, dalam hadith berikut perintah yang sama disebutkan supaya menyampaikan ilmu yang diterima kepada orang lain, kerana terdapat kemungkinan orang lain yang tidak hadhir dalam majlis ilmu tersebut berkemungkinan lebih faham tentang ketetapan atau mesej atau panduan yang terkandung dalam sesuatu hadith atau ayat al-Quran itu. Contoh: Seseorang yang belajar al-Hadith akan temui hakikat bahawa Islam itu adalah agama yang wajib dijema'ahkan - Ayat 103: ali-Imran kerana begitu banyaknya sabda Rasulallah (s.a.w) menyebutkan serta memperjelaskan tentang kewajipan berjema'ah dalam Islam itu, walaupun dalam al-Quran hanya terdapat dua ayat menyebut tentang urusan jema'ah dan beberapa ayat tentang kepimpinan jema'ah umat Islam ('ulil amri', contohnya - Ayat 59: an-Nisa'), urusan ikrar janji (bai'at) antara pemimpin dengan pengikut (i.e. rukyah jema'ah - contoh, Ayat 12: al-Mumtahannah) dll. Hakikatnya ketetapan dalam al-Quran itu diperincikan dan diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) melalui as-Sunnah. Justeru itu, kesemurnaan pengajian ilmu dalam Islam itu merangkumi pengajian dua panduan kembar tersebut - al-Quran dan as-Sunnah.


Jazakallahu khairah

Panduan dan peringatan hakiki kepada orang iman (Samb.)

Assalamualaikum,
dalam post kali ini kita peringatkan semula diri kita yang jahil itu apa yang kita wajib berwaspada dalam mendengar cakap-cakap atau ceramah atau ajaran seseorang dalam apa jua forum. Yang wajib kita ingat adalah yang benar tentang agama itu adalah apa yang tersurat dalam al-Quran dan as-Sunnah, bukan apa yang dicakapkan oleh manusia, kalau yang dicakapkan oleh mereka itu tiada sandaran nas dan dalil atau sumber al-Quran dan as-Sunnah.

Mengajar Kebaikan

Di dalam hadith berikut, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita ada dua kelompok manusia, disebutkan dalam hadith berikut: 

Diriwayatkan hadith dari Munziri bin Jariri (r.a), daripada bapanya berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): Barangsiapa membuat kelakuan (yakni, mengajarkan sesuatu ilmu atau amalan yang baik) maka diamalkannya (yakni, orang yang mendapat ilmu itu) dan diajarkannya (orang lain) dengan kebaikan itu baginya pahala, seperti orang yang mengamalkan dari amalan yang dia beramal dengannya tidak mengurangi dari pahala mereka (yang mengamalkannya) sedikitpun. Dan barangsiapa membuat kelakuan yang buruk (i.e. jelek) (yakni, mengajarkan kejahatan atau sesuatu ilmu yang tidak baik) maka beramal dengannya ada atasnya dan mengajarkan orang lain (diberatkan atasnya) dosa dan dosa barangsiapa yang mengamalkannya dengan kelakuan tidak baik itu tidak mengurangi dari dosa (orang lain yang beramal) tersebut sedikit pun.’ [Hadith  Ibnu Majah]
Jelasnya, kelompok yang satu, adalah golongan orang Islam yang beriman yang membuka pintu-pintu kebaikan, yakni mengajarkan sesuatu yang baik bagi umat Islam - baik dalam kontek menyediakan diri untuk kejayaan akhirat, dan menutup pintu-pintu kejahatan - maksudnya membantu kita supaya tidak terus mengerjakan kejahatan, kejelikan dan kemaksiatan supaya terselamat dan tidaklah terjerumus atau menyimpang masuk neraka di akhirat kelak; kelompok yang satu lagi, adalah kelompok yang membuka pintu-pintu kejahatan, yakni mengajkar dan menyuruh berbuat atau melakukan kejahatan, dan menutup pintu-pintu kebaikan, maksudnya mengajar atau memberi hujjah yang menjadikan manusia membuat kejahatan atau kemaksiatan atau melakukan kejahatan yang mereka sedari atau tidak sedari.
Saudara, hari ini begitu sudah menjadi kelaziman orang yang bersolat Solat Subuh (Kuliyah Subuh) dan Solat Maghrib (Kuliyah Maghrib) serta Solat Isya' di masjid di ceramahi oleh para ustaz dan para guru - ada yg terkenal dan ada yang baru dikenali, tentang agama. Mereka berceramah seolah-olah merka itu amat alim dalam ilmunya Seolah-olah mereka seorang yang benar-benar berilmu dan faham agama. Kerana kita yang mendengar ceramah dan celotehnya jahil ilmu. Atau, kita yang mendengarkannya tidak berkesempatan membaca kitab-kitab atau buku-buku yang menjadi bahan rujukan mereka ketika berceramah. Terkadang yang berceramah itu membuat ketetapan itu dan ini atau menyampaikan pendapat itu dan ini dan mereka pula sering tidak lupa merujuk kepada istilah 'ahlus sunnah wal-jama'ah' atau mereka merujukkepada fahaman mazhab dengan menyebutkan 'kita dalam mazhab as-Syafie ...' begini dan begini! Malah dalam ceramah mereka jarang-jarang sekali mereka menkankan atau memberi pedoman yang hakiki bahawa umat Islam itu wajib akur dan patuh dengan ketetapan Rasulallah (s.a.w) - yakni ketetapan as-Sunnah atau al-Hadith.
Saudara, Islam itu mewajibkan umatnya berpandukan hanya dua panduan ilmu dan amalan serta panduan aqidah dan panduan hidup orang iman, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Malah seseorang yang Islam itu secara mutlak wajib belajar dua ilmu tersebut. Tanpa, mempelajari dua ilmu tersebut, kita tidak dibenarkan buat apapun amalan dan ibadah dalam kejahilan - Ayat 36: al-Isra'! Malah amalan dalam kejahilan tidak diterima Allah (a.w), wal iya zubillah.  Seseorang yang Islam itu wajib berpandukan - terima - perintah dan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), bukan ketetapan atau ketentuan yang disampaikan oleh mana-mana individu - walau sehebat mana dan sealim manapun, jika dia tidak merujuk kepada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah! Itu wajar dan wajib kita fahami. 
Sebagai contoh: Kita menolak sesuatu ketetapan as-Sunnah maka kita terkeluar dari Islam. Apabila kita ketepikan ketetapan as-Sunnah, walaupun satu perkara yang kelihatan remeh, kita dimasukkan ke dalam neraka dengan pasti. Kalau kita menyebut sesuatu yang tiada pula dalam al-Quran dan as-Sunnah, maka kita berbohong terhadap Allah (a.w) dan UtusanNya, maka kita dalam keseronokan berceramah, menganianya diri kita sendiri kerana syok sendori - menyampaikan pelbagai petua tau ketetapan tanpa sandaran ilmu dan panduan yang hak.
Saudara, kita diperintahkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran, antaranya Ayat 80: an-Nisa' - mentaati Rasulallah (s.a.w) bererti kita mentaati Allah (a.w) atau counter factualnya menentang atau tidak akur dengan ketetapan atau perintah Rasulallah (s.a.w) bererti kita menentang atau tidak akur dengan ketetapan Allah (a.w)! Maka perbuatan sedemikian itu adalah kekufuran dan kita yang melakukannya menjadi kafir tanpa kita sedari, wal iya zubillah. Dan, kita diperintahkan oleh Alllah (a.w) ambil pakai atau terima pakai segala sesuatu yang disampaikan atau ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w) dan tinggalkan segala sesuatu yang ditegah atau dilarang oleh Rasulallah (s.a.w) - Ayat 7: al-Haysr. hari ini kita diajarkan banyak perkara mengenai Islam yang tidakpun diajarkan atau disuruh oleh Rasulallah (s.a.w), malah melakukan atau disuruh kerjakan sesuatu yang dutegah atau dilarang oleh Rasulallah (s.a.w), kerana kononnya itulah ajaran atau amalan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' atau pengikut Mazhab as-Syafie.
Saudara, hadith di atas adalah peringatan bahawa kalau kita mengajak kepada yang haq atau benar atau kebenaran kita seumpama melabur untuk akhirat kita, yang dividennya berlipat ganda dan bertabah banyak, kalau boleh exponential melantun berganda-ganda, apaka;a ramai yang amalkan apa yang kita ajarkan! Dan, sebaliknya, kita juga boleh dengan mudah melabur untuk kehancuran dan kecelakaan akhirat kita apabila kita mengajarkan kebatilan dan menyuruh seseorang membuat 'kemaksiatan' - kemaksiatan dalam Islam bermaksud melakukan segala sesuatu yang ditegah atau dilarang oleh al-Quran dan as-Sunnah. itulah intipati ketetapan dalam hadith-hadith tersebut dan berikut.
Di beritahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa sesiapa yang mengjarkan kebaikan akan beruntung, dan sesiapa yang mengajarkan kejahatan dimasukkan ke dalam neraka wel.
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya dari manusia yang membuka pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu-pintu kejahatan. Dan bahawasanya dari manusia membuka pintu-pintu kejahatan dan menutup pintu-pintu kebaikan. Maka beruntunglah bagi orang-orang yang menjadikan pintu-pintu kebaikan dengan kedua-kedua tangannya (yakni, mereka yang sentiasa membuat dan menganjurkan kebaikan). Dan neraka wellah bagi orang yang menjadikan Allah (a.w) pintu-pintu keburukan (yakni, kejahatan) atas kedua-dua tangannya (yakni, mengajar atau menganjurkan kebatilan).’ [Hadith Ibnu Majah]

Saudara, begitulah ketetapan Rasulallah (s.a.w) untuk peringatan kita. Soalnya: bagaimanakah kesudahan mereka yang berilmu, yakni diberitahu hadith-hadith, mereka sangsi dan tidak yakin dengan ketetapannya, dan mencari pula hujjah bagi ‘mengubah ketetapan’ Rasulallah (s.a.w) tersebut. Dan, bagaimanakah pula mereka yang berilmu sedikit, membuat pelbagai peraturan menghalang manusia yang memiliki ilmu yang haq menyampaikan ilmu mereka kepada umat Islam, semata-mata penyebaran ilmu tersebut menongkah arus atau menjejaskan pelbagai amalan yang konvensional.
Nota: Baru-baru ini timbul semula perdebatan antara ‘loyalist’ ikutan mazhab memburuk-burukkan dakwah golongan lain yang cuba menegakkan as-Sunnah yang haq. Di katakan, tanpa penelitian yang haq, bahawa mereka tersebut cuba memecah-belahkan ummah, walhal mereka menganjurkan supaya umat Islam di Malaysia ini kembali kepada yang haq atau benar - beramal bersumberkan ilmu yang haq iaitu al-Qurn dan as-Sunnah.
Diriwayatkan hadith daripada Sahil bin Saad (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya ini kebaikan ada beberapa gedung (atau gudang) dan demikian gudang ada kunci-kuncinya atau pintu-pintunya. Maka beruntunglah bagi hamba yang menjadikan Allah (a.w) baginya pembuka pintu kebaikan dan penutup pintu kejahatan (keburukan). Dan neraka wellah bagi hamba yang dijadikan Allah (a.w) penjaga kunci atau pintu gudang-gudang kejahatan atau keburukan dan penutup gudang-gudang kebaikan.’ [Hadith Ibnu Majah]
Hadith di atas menyebutkan bahawa ada banyak gedung ilmu dalam Islam, dan kuncinya dipegang oleh mereka yang berilmu. Ulama’ atau ilmuan yang mendapat banyak ganjaran pahala adalah mereka yang membuka kunci pintu ilmu ke arah kebaikan, dan celakalah mereka yang membuka kunci pintu-pintu ilmu kebatilan.

Saudara, ilmu yang haq itu adalah al-Quran dan as-Sunnah dan ilmu yag batil itu adalah kitab-kitab atau buku-buku karangan manusia yang cuba mengubah ketetapan al-Quran dan as-Sunnah atas dasar ijtihad. Allah (a.w) memberitahu umat Islam - yang memimpin dan yang dipimpin bahawa apabila berselisih tentang sesuatu perkara - walaupun diistilahkan sebagai furuq - tidak fundamental dalam Islam - wajib kembali menda[atkan penjelasan dan penyelesaian mengenai yang dipersoalkan itu dengan merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah - Ayat 59: an-Nisa' - kita tidak boleh memandai-mandai dalam perkara Islam.

Jazakallahu khairah

Sunday, November 2, 2014

Panduan dan peringatan hakiki kepada orang iman (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dlam Islam itu adadua golongan, satu mereka yang melakukan kejahatan lebih dari melakukan kebaikan, dan satu golongan lagi mereka yang melakukan  kebaikan lebih dari melakukan kejahatan. 'Kejahatan' atau 'keburukan' dalam Islam adalah kemaksiatan.  Kejahatan itu melibatkan dirinya sendiri, atau melibagtkan orang lain. Kalau kejahatan atau kemaksiatan itu melibatkan dirinya sendiri - di suruh tidak dibuat atau diperintah tidak dihiraukan, sebaliknya yang ditegah dibuat atau yang tidak disuruh dibuat, maka perbuatan sedemikian itu dilabelkan sebagai 'menzalimi diri sendiri'. Perbuatan yang meninggalkan perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w), yang menyampaikan perintah Allah (a.w) dan yang menunjukkan bagaimana hendak melaksanakan perintah Allah (a.w) tersebut. Juga dikira 'menzalimi diri sendiri' jika yang ditegah dikerjakan dan yang disuruh diabaikan. Setiapseseorang yang menzalimi dirnya sendiri pasti dimasukkan ke dalam  neraka kerana  dosa yang terakibat dari perbuatan zalimnya, dan menjalani hukuman di neraka. Berapa lama?bWallahu a'lam, mungkin satu dekad atau 100 dekad atau satu ahkab (bersamaan 27.0 juta tahun, bilamana sehari di akhirat sama lamanya engan 1,000 tahun kiraan masa di dunia!).
Saudara, ada orang Islam yang membuat kejahatan terhadap orang lain, maka dia berdosa dan orang yang dizaliminya itu mendapat pahala kelak di akhirat, sekiranya apa yang dianianyainya terhadap orang itu tidak dipohon keampunan orang yang dizalimi ketika di dunia. Di akhirat pahala simpanannya akan dipotong dan diagihkan kepada orang yang dia zalimi semasa di dunia dahulu.

Mengerjakan Kebaikan dan Kejahatan

Saudara, Islam memberitahu kita betapa pemurahnya Allah (a.w) terhadap hambaNya. Ini jelas disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut, dan hadithhadith selanjutnya.
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Datang kepada Nabi (s.a.w) seorang lelaki meminta kenderaan kepadanya maka tiada didapatinya disisinya barang yang boleh menanggung (yakni, kenderaan) akan dia, maka ditunjukkannya atas orang lain, maka ditanggongkannya. Maka datang dia kepada Nabi (s.a.w) lalu diceritakannya, maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Bahawasanya orang yang menunjuk atas kebajikan (yakni, kebaikan) itu seperti yang memperbuatnya.’ [Hadith gharib at-Termidzi]
Sadara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita tentang perbuatan kebaikan seorang iman kepada seorang iman yang lain dalam hadith di atas. Walaupun dia tidak mampu menolong, namun dia mengusahakan supaya ada orang lain yang mamu menolong seseorang yang memeinta pertolongan. Maka kerana mengusahakan agar sahabatnya yang memerlukan di tolong, walaupun dia tidak dapat menolong, kekal dia mendapat ganjaran pahala terhadap pertolongan yang diberikan.
Pahala mengajrkan ilmu kepada orang lain
Saudara, setiap yang Islam itu terhadap seorang Islam yang lain adalah bersaudara. Maka jika seseorang itu Islam tidaklah dia menyusahkan atau menyulitkan, dan jauh sekalu menanianya sahabat sesama Islam. Maka dengan itulah seseorang itu ditegah mengumpat, mengaibkan sahabatnya, walaupun keabiban itu benar berlaku.

(-) Melabur untuk akhirat melalui ilmu

Dalam hadith berikut, seseorang yang mengajarkan ilmu mengenai Islam kepada seorang Islam yang lain, Allah (a.w) memberikan pahala kepadanya. Dan, jika dengan ilmu yang disampaikannya itu, orang yang mendengarnya atau melaksanakannya atau mengamalkannya, maka yang mengamalkan ilmu tersebut mendapat ahala, dan orang yang menyampaikan ilmu ata mengajrakan ilmu itu kepadanya juga mendapat pahala kerana menyampaikan ilmu tersebut yang wajib disampaikan dan kerana orang yang menerima ilmu darinya itu amalkannya. Pahala yang diterima oleh orang yang menyampaikan ilmu sama dengan pahala yang diperolehi orang yang mendengar, menerima ilmu dan mengamalkannya itu, tanpa mengurangi pahal orang yang mengerjakannya. Demikianlah pemurahnya Allah (a.w) kepada kita, hambaNya!
Diriwayatkan hadith dari Munziri bin Jariri (r.a), daripada bapanya berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): Barangsiapa membuat kelakuan (yakni, mengajarkan sesuatu ilmu atau amalan yang baik) maka diamalkannya (yakni, orang yang mendapat ilmu itu) dan diajarkannya (orang lain) dengan kebaikan itu baginya pahala, seperti orang yang mengamalkan dari amalan yang dia beramal dengannya tidak mengurangi dari pahala mereka (yang mengamalkannya) sedikitpun. Dan barangsiapa membuat kelakuan yang buruk (i.e. jelek) (yakni, mengajarkan kejahatan atau sesuatu ilmu yang tidak baik) maka beramal dengannya ada atasnya dan mengajarkan orang lain (diberatkan atasnya) dosa dan dosa barangsiapa yang mengamalkannya dengan kelakuan tidak baik itu tidak mengurangi dari dosa (orang lain yang beramal) tersebut sedikit pun.’ [Hadith  Ibnu Majah]
Saudara, hadith itu juga memberitahu counterfactualnya - akibat mengajarkan yang tidak baik atau mungkar atau maksiat. Orang yang diajarkan mendapat dosa kerana mengamalkan sesuatu yang ingkar atau batil yang diajarkan oleh orang tersebut kepadanya. Dia berdoa dan yang mengajarkan kemaksatan tersebut juga berdosa kerana mengajarkan kebatilan dan mendapat pula kiriman dosa dari orang yang diajarkannya yang mengamalkan apa-apa yang diajarkannya, tanpa sedikitpun menghakis atau mengurangkan dosa yang diterima oleh orang yang dia mendapat suatu imu batil dan mengamalkannya, kerana yakin dia tentang 'kebetulan' orang yang menyampaikan ilmu tersebut kepadanya.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Datang seorang lelaki kepada Rasulallah (s.a.w) maka mengajak dia (Nabi) bersedekah atasnya. Maka berkata beberapa lelaki lain: ‘Di sisiku begini dan begini.’ Berkata Abi Hurairah (r.a): ‘Maka tidak tertinggal di dalam majlis itu lelaki tersebut kecuali bersedekah atasnya dengan apa-apa (sama ada) yang sedikit ataupun banyak. Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa membuat kelakuan (perbuatan) baik maka dikerjakan dengannya adalah bagi orang itu pahala yang sempurna, dan dari pahala dari (orang yang) mengerjakan kebaikannya dan tidak mengurangi baginya pahala tersebut sedikitpun. Dan barangsiapa membuat perbuatan (kelakuan) kejahatan maka dikerjakannya dengannya, maka baginya berat atasnya sempurna dari dosa yang dikerjakan dan yang mengerjakan dengannya (oleh orang lain), dan tidak dikurangi sedikitpun dosa-dosa mereka (yang mengerjakannya) sesuatu.’ [Hadith Ibnu Majah]
Hadith di atas ini juga menceritakan prinsip atau ketetapan yang sama.

(-) Pahala dan dosa berdakwah

Saudara, ramai orang yang akui dirinya Islam, tetapi kerana kejahilan ilmu atau kerana falsafah dan fahaman hidup mereka dipengaruhi oleh mahaguru atau pemimpin mereka, seringkali melakukan pelbagai tindaktanduk dan perbuatan yang merugikan dirinya. Kadang-kadang kononnya dengan tuuan mencari pahala kononnya mencegah kemungkaran. Ini sering berlaku dalam perkara ilmu.
Saudara, hadith di atas menyebutkan satu lagi bentuk pelaburan akhirat bagi kita yang akui dirri kita Islam. Tetpi, kalau kita jahil ilmu atau dipengaruhi oleh orang yang jahil ilmu atau yang mempunyai agenda tersendiri, maka kiat juga mendapat habuan dosa kerana mempercayai mereka dan mengikut ajaran atau ajakan mereka.
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) katanya hadith daripada Rasulallah (s.a.w) sesungguhnya bersabda: ‘Dimanakah apa-apa yang mengajak (berdakwah) dengan dakwah kepada kesesatan dan diikuti oleh mereka (yang didakwahkan oleh yang berdakwah), maka bahawasanya baginya seperti dosa orang yang mengikutinya dan tidak mengurangi dosa dari dosa orang yang mengerjakannya sedikitpun. Dan (sesiapa yang) mengajak (berdakwah) kepada petunjuk (yakni, kebaikan), maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang-orang yang mengikutnya, dan tidak mengurangi sedikitpun dari pahala mereka (yang mengikutnya)’ [Hadith  Ibnu Majah]
Contoh: Dalam perkara aqidah seseorang mungkin memberitahu kita supaya kita menyemak semula setiap amalan dan ibadah kita supaya sejajar dengan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), kerana setiap amalan dan ibadah yang menyelisihi atau menyimpang dari atau bertentangan dengan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), tidak diterima Allah (a.w). Maka kita usahakan belajar ilmu sejajar denga usulan atau saranan atau nasihat orang tersebut. Maka kita membetulkan segala amalan dan ibadah kita, maka kita terselamat dari mendapat dosa dan mendapat pahala pula. Orang yag memberitahu kita perkara menyemak ilmu dan membetulkan amalan terdahulu itu mendapat pahala sebagaimanan pahala yang kita dapatu, tanpa mengurangi pahala kita yang mengamalkannya.

(-) Mengajak kepda hidayah

Saudara, hadith berikut menyebut entang satu lagi pelaburan akhirat yang memanfaatkan kita, iaitu mengajak seseorang Islam yang lain kepada hidayah yang benar.
Hidayah adalah hak Allah (a.w). hanya Allah (a.w) yang berkuasa mengurniakan hidayah kepada kita. Hudayah terbaik yang dicontohkan kepada kita adalah hidayah yang dibawakan dan didemokan oleh Rasulallah (s.a.w). Allah (a.w) itu amat menyayangi hambaNya yang Islam dan beriman. Jika hambaNya berusaha mencari hidayah, maka akan diberikan olehNya. Hidayah tidak akan datang menggolek. Ia perlu diusahakan sendiri. Kebanyak kita orang Melayu belum mendapat hidayah Islam, kerana ita Islam atas dasar dilahirkan dari keluarga Islam dan dibimbing oleh kedua ibbapa kiat yang Islam yang menerima Islam secara warisan. Islam kita hanya sah dengan ilmu. Dan, ilmu yang wajib kita cari dan pelajari serta fahami dan jadikan asas panduan amalan dan ibadah, malah kehidupan adalah al-Quran dan as-Sunnah. Kalau kita belajar al-Quran dan as-Sunnah sudah pasti Allah (a.w) menunjukkan jalanNya untuk mendapat syurga. 'Siratul mustaqim' itu aalah hidayah yang menunjukkan kota kepada jalan untuk selamat dari neraka dan berjaya mendapat syurga.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa mengajak kepada hidayah (yakni, petunjuk kepada mengikuti ajaran al-Quran (yakni, mentaati Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan (petunjuk kepada as-Sunnah, yakni jalan mentaati) Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) adalah baginya dari pahala seperti pahala barangsiapa mengikutinya, tidak mengurangi sedikitpun demikian pahala dari mereka yang mengikutinya sesuatupun. Dan barangsiapa mengajak kepada kesesatan (i.e. sesuatu yang batil, yakni tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah), maka diberatkan ke atasnya (yakni, ditanggungnya) dari dosa-dosa orang yang mengikuti ajakannya, tidak dikurangi sedemikian dosa-dosa dari mereka yang megikutinya sedikitpun.’ [Hadith Ibnu Majah]
Saudara, ada orang Islam yang akui dirinya berilmu tetapi mengamalkan banyak amalan an badah yang bertentangan dengan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Kemudian, dalam kejahilan kita pla, kita diajar oleh mereka ilmu mengenai sesuatu amalan dan ibadah atau cara dan kaedah mengerjakan amalan dan obadah yang batil - berlainan dari ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) - kita amalkan, maka kita mendapat dosa dan dia yang mengajarkan kita juga mendapat kiriman dosa dari apa yang kiyta amalkan, tanpa sedkitpun manghais dosa yang kita dapati kerana amalkan kebatilan yang diajarkannya kepada kita itu.

(-) Membuat kebaikan atau kejahatan

Saudara, dalam perkara kebaikan - amal makruf, dan perkara kejahatan - kemungkaran, akibatnya serupa. Inilah mesej dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abu Huzaifah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa mengerjakan pekerjaan yang baik (yakni, amal makruf), maka beramal dengannya selepas itu (yakni, orang yang diajarkannya), adalah baginya (orang yang mengajarkan pekerjaan yang baik itu) pahala seperti pahala mereka dari selain (yakni, orang yang mengikuti ajaran bainya) apabila mengerjakan orang-orang itu. Dan barangsiapa mengerjakan kerja-kerja keburukan maka mengerjakannya (oleh orang lain yang diajar olehnya) dengan kerja keburukan itu sesudah itu ada di atasnya (orang yang mngajarkan pekerjaan buruk itu) dosa seperti mereka dari selainnya (yakni, yang mengikutinya) bahawa tidak dikurangi dosa-dosa mereka (yang mengikuti ajaran keburukan itu) sedikitpun.’ [Hadith  Ibnu Majah]

(-) Tanggungjawab orang yang berdakwah
Saudara, setiap kita akan ditanya tentang apa yang kita katakan tentang agama kita di akhirat kelak. Bercakap sesuatu tentang Islam adalah suatu bentuk dakwah. kita dipertanggung jawabkan kelak diakhirat apa yang kta dakwahkan semasa di dunia. Kalau dakwah kita itu sahih atau benar berdasarkan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), maka selamatlah kita dan kita mendapat pahala kerana dakwah kita dan kiriman pahala dari orang yang kita dakwahkan dan mereka amalkan apa yang kita dakwahkan kepada mereka.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa dari mereka yang mengajak (berdakwah) dengan ajakan kepada sesuatu (perkara mengenai agama, yakni al-Quran dan as-Sunnah) kecuali ditahan mereka pada hari qiamat untuk ditanya kerana dakwahnya (atau ajarannya) apa-apa ajaran yang dia mengajak atasnya. Dan jika diajaknya (pula oleh) lelaki pada lelaki yang lain (yakni, mengajarkannya pula orang lain).’ [Hadith  Ibnu Majah]
Sayangnya, berapa ramaikah para 'ulama' atau mereka yang mengakui dirinya ualamk atau da'i yang sanggup berdakwah? Berapa ramaikah yang diberikan ilmu dan mendapat ilmu - ilmu al-Quran dan as-Sunnah - yang sanggup berdakwah atau menyampaikan ilmunya kepada orang lain? Kalaupun sanggup berdakwah berapa ramaikan orang-orang golongan sedemikian itu berdkwah kerana Allah (a.w) dan bkan kerana dunia? Dan, lebih serius lagi persolanannya, berapa ramaikah orang yang berilmu berdakwah tanpa megaharpkan fee atay bayaran? Kalau berdakwah meminta fee atau bayaran, maka adakah mereka tergolong dari kalangan orang yang 'memperdagangkan agamanya demi dunia'? Kemungkinan besar. Islam tidak menyuruh orang yang berilmu menyampaikan ilmu mereka dengan menagih bayaran ...

Jazakallahu khairah