Wednesday, October 2, 2013

Haji dan Umrah: Jadilah orang yang faham

Assalamualaikum,
Saudara, tak lama lagi bulan Zulhijjah 1434 akan menemui kita dan kita dalam musim haji - bulan haji. Bulan haji itu bermula pada 1 Syawal dan berakhir pada 10 Zulhijjah. Justeru itu sesiapa yang mengerjakan umrah dalam bulan haji ini, dia diwajibkan membayaw dam seekor kibas atau kambing bagi setiap umrahnya! Ramai umat Islam tidak faham. Malah ramai yang jahil. Malah mutawif Tabung Haji yang menguruskan umrah pelanggannya sendiri tidak faham apabila merka menasihatkan jema'ah haji dalam musim haji untuk membayar hanya satu dama bagi kesemua umrah yang merka buta ketika berada di Mekah. Maka berdosalah jema'ah haji yang mengikuti peraturan mutawih-mutawif tersebut. Oleh itu berhati-hatilah sesiapa yang tahun ini berada di Mekah atau yang akan ke Mekah untuk urusan ibadah haji dan mengerjakan umrah. 
Saudara, bagaimanakah mengerjakan ibadah umrah? Kita rengkaskan perlakuannya berdasrkan ketetapan as-Sunnah - sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasuallah (s..w). Wajib ingat amalan umrah - sebagaimana juga lain-lain amalan -yang berbeza dari ketetapan as-Sunnah adalah batal dan batil, tidak diterima Allah (a.w) amalan tersebut.
Dalam perkara urusan ibadah haji, kesemua bakal jema'ah haji dalam kuliyah haji mereka, mereka diberitahu bahawa ada 3 jenis haji; iaitu, pertama, Haji Qiran - melaksanakan ibadah haji bersekali dengan ibadah umrah satu masa dalam satu ikhram, yakni ibadah umrah dan haji digabungkan, dan membawa dam seekor unta ketika melakukan Tawaf mengelilingi Baitullah; kedua Haji Ifrad - melaksanakan ibadah haji terlebih dahulu, kemudian setelah selesai Haji barulah dikerjakan pula ibadah umrah, dan ketiga, Haji Tamattuk - mengerjakan ibadah haji selepas mengerjakan umrah dengan ikhram yang berasingan, i.e. jema'ah haji ketika sampai ke Mekah mereka mengerjakan ibadah umrah dahulu, kemudian apabila tiba waktu Wukuf mereka barulah berikhram semula kemudian bertolak ke Arafah untuk Wukuf.
Saudara, jema'ah haji yang mengerjakan Haji Ifrad - iaitu berhaji kemudian buat umrah, tidak dikenakan dam, kerana umrahnya dibuat di luar musim/bulan haji. Bagi jema'ah haji yang mengerjakan Haji Tamattuk pula - buat umrah dulu, kemudian berehat dan buat ibadah haji kemudia, maka dikenakan dam seekor kambing. Kenapa? Setiap umrah yang dikerjakan dalam bulan haji - 1 Syawal hingga 10 Zulhijjah - dikenakan dam. Jema'ah haji yang mengerjakan Haji Qiran iaitu memakai ikhram sekali sahaja kemudian mengerjakan ibadah umrah dan diikuti pula dengan ibadah haji, juga dikenakan dam, dan damnya dibawa bersekali ketika mengrjakan Tawaf. Haji kategori ini tiada lagi dikerjakan, kerana tak mungkin boleh dalam sinario zaman kini, mengerjakan Tawaf 7 pusingan Baitullah membawa seekor dam, iaitu unta, mustahil boleh dibuat.
Saudara, kedua-dua ibadah - haji dan umrah - mewajibkan memakai ikhram (bagi lelaki) dan telekung bagi premuan, dan melafazkan nitanya di Miqat. Dalam perkara niat ini, para mutawif Tabung Haji dan syarikat-syarikat yang membawa jema'ah haji, memberitahu 'niatnya' iaitu seumpama 'Nawaitu hajjan/umratan wa-ikhramtu biha ... ' dan seumpamanya. Niat dan lafaz niat sedemikian itu tiada sandaran nas dan dalil al-Quran mahupun as-Sunnah. Maka menyimpang dari cara yang diwajibkan atas umat Islam oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) memberitahu umatnya bahawa dalam perkara ibadah umrah dan haji, kita hendaklah akur dengan sabda beliau: 'Khuzu 'anni manasikakum ...' (Yang bermaksud: Kalian ambillah dari aku (Nabi) cara kamu mengerjakan ibadah haji dan umrah). Wajib diingati ketetapan Rasulallah (s.a.w) bahawa 'Man 'amilan 'amalan laisi fihi amruna, fahua raddun' (Yang bermaksud: Sesiapa yang beramal dengan satu amalan yang amalan itu tidak didatangkan dari aku (Nabi) - dari segi bentuk, kaedah dan cara mengamalkannya - maka amalan itu ditolak (i.e. tidak diterima Allah (a.w) - Hadith Bukhari dan Muslim dll). Tak guna bersusah payah mengahabiskan masa dan wang ringgit kerjakan haji dan umrah, tapi tak diterima Allah (a.w). Kalau tak diterima masakan dapat Haji Mabrur?
Mudah-mudahan saudara faham dan dapat pula, insya Allah, memberi kefahaman kepada saudara mara yang akan mengerjakan haji tahun ini, supaya janganlah mereka menempah dosa, tanpa disedari mereka.

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Haramayn Group is the biggest system encouraging worldwide Umrah & Hajj Tour Operators in various ways. Hajj Travel Agents will enroll them will all around famous and reputed Hotels in Saudi Arabia so their customers will never face any issue with respect to their stay in luxury hotels in Saudi Arabia.

    ReplyDelete